Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi 26 bulan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Sewaktu ini, anda mungkin mengalami sakit kepala kerana anak anda menggigit apabila marah atau rasa terancam. Itu adalah caranya berkomunikasi.

Sebelum ini, anda mungkin menyedari bahawa anak anda mula menggunakan satu tangannya melebihi tangan yang lain untuk melakukan aktiviti seperti makan atau memegang sesuatu (bayi cenderung menggunakan tangannya bergilir-gilir). Dalam tempoh yang mendatang, penggunaan tangan dominen akan lebih konsisten dan anda mungkin akan dapat mengenal pasti dia akan menggunakan tangan kanan atau kiri.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Walaupun menggigit adalah difahami, tidak bermakna ia merupakan sesuatu yang boleh dibiarkan. Sila pastikan anak anda jelas dan tahu bahawa tingkah laku tersebut adalah tidak dibenarkan. Cakap dengan tenang tapi tegas: “Jangan gigit-gigit. Orang lain sakit nanti.” Kemudian, alihkan perhatian mereka kepada menenangkan orang yang digigitnya. Membesar-besarkan masalah kepada yang menggigit hanya akan menggalakkannya mengulangi perbuatan tersebut pada masa lain.

Ramai pakar kanak-kanak merasakan bahawa umur 2 tahun adalah waktu yang sesuai untuk mula menggunakan metod “masa tamat” sebagai alat mengajar. Kini, anak anda sudah mampu memahami punca dan kesan serta boleh duduk diam seketika. Kunci keberhasilannya adalah:

  • Amaran. Berikan anak anda peluang untuk hentikan aktiviti nakal mereka “tolong berhenti atau tak boleh main lagi.”
  • Tempat. Anda boleh sediakan tempat khusus atau hanya biarkan dia duduk di tempat di mana ia berada.
  • Sikap yang betul. Bertenang dan sebutkan perkara yang perlu. Jangan berikan ceramah semasa tempoh “masa tamat.”
  • Fokus yang betul. Jelaskan padanya bahawa tingkah laku tersebut yang anda tidak suka, bukannya diri mereka.
  • Tempoh masa. Seminit per tahun adalah penalti yang biasa tetapi bagi kanak-kanak 2 tahun, 30 saat ke 1 minit sudah cukup lama.
  • Jangan teruskan bercakap tentang kesalahannya. Apabila masa telah tamat, bawanya kepada aktiviti baru yang menyeronokkan.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Antara umur 2 dan 3 tahun, kosa kata yang dituturkan oleh anak anda akan berkembang sehingga 300 perkataan – dia akan memahami sehingga 900 perkataan. Tidak semua kanak-kanak mula bercakap dengan ayat yang jelas dan sempurna di umur 2 tahun. Petanda amaran tentang perkembangan percakapan di umur ini termasuk:

  • Hampir tidak bercakap;
  • Tidak ikut orang lain bercakap;
  • Membuang semua konsonan (“dog” menjadi “og”)
  • Tidak menggunakan ayat dengan 2 ke 4 perkataan menjelang umur 3 tahun;
  • Tidak pernah bertanya soalan atau kelihatan kecewa kerana tidak difahami.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Menjelang umur 2 tahun, kanak-kanak mula berkembang dengan sangat laju dalam mempelajari skil-skil baru. Jadi, doktor harus pencapaian perkembangan (milestone) yang penting bagi anak anak. Anak anda harus mampu:

  • Menunjukkan objek yang anda sebut;
  • Mengenal pasti nama orang, objek dan bahagian badan yang biasa dijumpai;
  • Menggunakan frasa pendek atau ayat dengan 2 ke 4 perkataan;
  • Mengikuti arahan mudah;
  • Mengulangi perkataan yang didengari;
  • Menemui objek walaupun anda menyorokkannya di bawah 2 ke 3 selimut;
  • Menyusun objek mengikut bentuk atau warna;

Jika anda bimbang anak anda sedikit terkebelakang, sila maklumkan pada doktor. Cara yang terbaik untuk mendiagnosis masalah adalah melalukan penilaian pakar dan pemerhatian berterusan – bersama dengan maklumat dari anda, doktor boleh mengenal pasti tanda-tanda abnormal.

Apa yang Dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang keperluan tempat duduk bayi. Memegang anak di atas riba mungkin kelihatan sudah selamat tanpa perlu menggunakan tempat duduk bayi. Anda perlu memikirkannya dengan teliti.

Tempat duduk bayi mengurangkan risiko mati atau kecederaan serius semasa kemalangan. Semua ibu bapa perlu mendapatkan tempat duduk bayi yang selesa digunakan; dan gunakannya sehingga menjadi tabiat. Ia boleh menyelamatkan nyawa anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 16/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 25/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

mencegah kanser paru paru

Rawatan & Cara Mencegah Kanser Paru-Paru : Pembedahan & Ubatan Yang Perlu Pesakit Kanser Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 5 minit bacaan
Punca kanser paru paru

Punca Kanser Paru-Paru : Individu Dengan Risiko Ini Harus Lebih Berjaga-Jaga

Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 5 minit bacaan
sakit paru paru

Diagnosis Kanser Paru-Paru, WAJIB Buat Pemeriksaan Kesihatan Setahun Sekali

Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 5 minit bacaan
tahap kanser paru-paru

Jenis Dan Tahap Kanser Paru-Paru, Ia Penting Untuk Tahu Di Mana Kanser Bermula

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cara Mencegah Kanser Payudara, Ubah Gaya Hidup Anda Bermula Sekarang

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser payudara. Kanser payudara tiada ubat, namun perubahan ini dapat merendahkan risiko kanser.

Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Ambil Tahu Tentang Rawatan Kanser Payudara, Buat Persediaan Dengan Lebih Awal

Pelbagai cara yang boleh doktor lakukan untuk merawat kanser payudara. Sebagai contoh, pesakit boleh lakukan rawatan kanser payudara seperti pembedahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Punca Kanser Payudara Yang Harus Dikenalpasti Lebih Awal

Ada banyak faktor risiko atau punca yang meyebabkan kanser payudara. Antaranya ialah faktor seperti umur dan sebagainya, gaya hidup dan keturunan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Tanda Kanser Payudara Yang Selalu Dan Jarang Berlaku, Orang Perempuan Kena Tahu Ini

Kanser payudara mempunyai tanda-tanda ataupun simptom yang tersendiri. Ia mungkin berbeza daripada satu individu ke individu yang lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 4 minit bacaan