backup og meta

Susu Ibu Ada Bakteria?

Susu Ibu Ada Bakteria?

Susu ibu adalah merupakan sumber pemakanan terbaik buat bayi. Kebaikannya meliputi aspek genetik, khasiat pemakanan, imuniti badan, psikologi dan sosioekonomi dalam meningkatkan tahap kesihatan ibu yang menyusu dan anak yang disusu. Namun begitu, tahukah anda bahawa susu ibu mengandungi bakteria? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Rekomendasi terkini adalah untuk memberikan susu badan eksklusif iaitu pemberiannya tanpa sebarang makanan atau minuman yang lain sehingga bayi berusia enam bulan. Terdapat pelbagai jenis kebaikan yang dapat diekstrak daripada susu ibu. Artikel ini akan membincangkan kesan susu ibu terhadap populasi mikrobiota di dalam usus bayi.

Mikrobiota? Apa tu?

Mikrobiota dan mikrobioma adalah dua perkataan yang membawa maksud yang sama. Kedua-duanya merujuk kepada populasi mikroorganisma seperti bakteria, virus dan archaea yang hidup di segenap tubuh manusia. Ia merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu.

Setiap manusia mempunyai jumlah populasi mikrobiota yang berbeza. Perbezaan ini bergantung kepada faktor gaya hidup, gaya pemakanan dan sumber mikrobiota semasa kecil. Ia penting dalam memastikan keteraturan fungsi fisiologikal tubuh badan. Gangguan pada ekosistem populasi mikrobiota akan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan.

Susu ibu adalah merupakan sumber mikrobiota terbaik buat bayi. Beberapa dekad yang lalu, pengkaji menganggapnya sebagai sumber makanan yang steril (tiada mikroorganisma) sehingga terbukti bahawa ia mengandungi beberapa spesis bakteria seperti Staphylococcus, Streptococcus dan lain-lain.

Agak sukar untuk kita siasat asal usul mikroorganisma yang terdapat di dalam susu ibu. Ia mungkin datang daripada susu itu sendiri, kulit ibu semasa menyusukan anak atau mikrobiota yang berasal dari mulut bayi, ditelan sewaktu menyusu. Namun apa yang pasti, bayi yang diberikan susu ibu mempunyai populasi mikrobiota berbeza dengan bayi yang diberikan susu formula.

Peranan susu ibu dalam pembentukan populasi mikrobiota usus

Pada tahun 2016, kajian telah menunjukkan proses pemindahan mikrobiota dari ibu kepada bayi telah pun bermula sepanjang tempoh kehamilan. Namun, proses pendedahan bayi kepada populasi besar mikrobiota ibu bergantung kepada kaedah ibu bersalin, penggunaan antibiotik sebelum bersalin dan penyusuan anak.

Saluran faraj ibu mempunyai jumlah populasi mikrobiota yang tinggi. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah C-Section (pembedahan) tidak melalui ruang ini, maka, populasi mikroorganisma tersebut tidak dapat dipindahkan kepada bayi. Namun begitu, ibu mempunyai alternatif lain untuk memastikan perkembangan mikrobiota yang sihat dalam usus anak iaitu pemberian susu badan.

Kajian yang dibuat pada tahun 2018 telah mendapati bahawa kunci kepada pembentukan komposisi dan struktur mikrobiota bergantung kepada sama ada bayi tersebut diberi susu ibu atau pun tidak. Pada peringkat awal, bayi yang diberikan susu badan mempunyai populasi bakteria Lactobacillus dan bifidobacteria sebagai populasi majoriti manakala mereka yang diberikan susu formula mempunyai kepelbagaian jenis populasi bakteria seperti mereka yang berusia 3 tahun.

Lactobacillus dan Bifidobacteria mengeluarkan asid asetik yang tinggi. Fungsinya adalah untuk melindungi usus bayi daripada terkena jangkitan kuman. Bayi yang diberi susu formula tidak mempunyai kepekatan asid asetik yang tinggi maka mereka lebih cenderung untuk terkena jangkitan usus.

Jadi, penting ke untuk ibu memberikan susu badan eksklusif kepada bayi sebelum berumur 6 bulan? Ya, kepentingan untuk tidak mencampurkan pemakanan bayi di bawah 6 bulan itu perlu kerana ia boleh mengubah komposisi mikrobiota di dalam usus bayi. Sebab itulah penting buat ibu untuk tidak mencampurkannya dengan makanan atau minuman lain. Berikanlah susu ibu kepada anak anda kerana itulah pemberian terbaik yang boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Innate Immunity and Breast Milk. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5447027/). Diakses pada 8 Oktober 2019
  2. Shaping the Gut Microbiota by Breastfeeding: The Gateway to Allergy Prevention? (https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fped.2019.00047/full). Diakses pada 8 Oktober 2019
  3. Interaksi Antara Mikrobiota Usus dan Sistem Kekebalan Tubuh Manusia. (https://www.researchgate.net/publication/334227625_INTERAKSI_ANTARA_MIKROBIOTA_USUS_DAN_SISTEM_KEKEBALAN_TUBUH_MANUSIA). Diakses pada 8 Oktober 2019.

 

Versi Terbaru

29/10/2019

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 29/10/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan