backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Ayah Tak Perlu Pening Lagi, Ini 5 Panduan Pilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

    Ibu Ayah Tak Perlu Pening Lagi, Ini 5 Panduan Pilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi!

    Memang tidak dapat dinafikan, susu ibu atau susu badan adalah sumber susu yang paling terbaik buat bayi. Disebabkan itu, majoriti para ibu akan memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, mungkin ada segelintir ibu yang menggunakan susu formula untuk bayi mereka. Mengapa? 

    Ini kerana para ibu tidak berpeluang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu ekoran gaya hidup mereka. Ini kerana ada ibu yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka.

    Jadi, mereka terpaksa mencari alternatif dan penyelesaiannya, mereka perlu mencari susu formula untuk bayi! Bagaimana? sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini. 

    Susu formula, setanding susu badan ibu?

    Sebenarnya, terdapat beberapa lagi sumber susu selain susu ibu yang mampu menjadi alternatif buat bayi. Antara sumber susu tersebut adalah susu segar dan susu formula.

    Seperti yang diketahui umum, susu segar adalah sumber susu daripada haiwan organik seperti lembu atau kambing.

    Pun begitu, kebanyakan pakar beranggapan bahawa ia kurang sesuai buat bayi. Oleh itu, pakar akan menyarankan susu formula sebagai alternatif.

    Walau bagaimanapun, agak sukar buat ibu bapa mencari susu formula yang paling bagus untuk anak ekoran terlalu banyak pilihan yang ada.

    Di pasaran sahaja, bermacam-macam produk susu formula yang dijual untuk diminum oleh anak. Persoalannya, yang manakah merupakan susu formula yang paling sesuai?

    Panduan memilih susu formula untuk bayi

    Mungkin para ibu bapa terutamanya yang masih baharu masih ragu-ragu ekoran kurangnya pengalaman memilih produk susu formula paling bagus untuk bayi.

    Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.

    Berikut merupakan tip-tip tersebut:

    #1. Kenali jenis-jenis susu formula untuk bayi

    Perkara yang paling utama adalah anda perlu ketahui terlebih dahulu bahawa terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi.

    Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:

    • Susu lembuIa adalah yang paling banyak dan mudah dijumpai namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi yang tidak sesuai.
    • Susu kambingKini, ia semakin popular kerana ia dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
    • Susu soyaBuat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan, ini merupakan pilihan yang paling sesuai.
    • Susu formula berkeperluan khas – Dalam sesetengah kes, contohnya bayi yang pramatang atau mempunyai alahan tertentu, mereka memerlukan susu formulasi khas seperti yang disarankan oleh doktor.

    Jadi, pilih dengan bijak untuk mendapatkan susu formula paling sesuai untuk bayi anda.

    #2. Pilih produk susu mengikut usia bayi

    botol susu

    Mungkin masih ramai lagi ibu bapa yang tidak tahu bahawa terdapat penggolongan susu formula berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan si comel anda.

    Jadi, ikutilah penggolongan ini berpandukan kepada label susu formula untuk mencari sumber susu formula yang paling bagus terutamanya jika mereka masih berusia bawah 6 bulan.

    Baca juga:

    #3. Baca label dengan teliti

    Lantaran itu, anda perlu membaca label susu formula dengan sangat teliti.

    Anda perlu tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda.

    Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.

    #4. Cuba susu formula untuk bayi terlebih dahulu

    susu formula untuk bayi

    Ya, memang agak sukar untuk ibu bapa menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja.

    Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit.

    Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.

    #5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

    susu formula untuk bayi

    Akhir sekali, anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus.

    Sesetengah susu formula untuk bayi mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka sahaja.

    Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk anak anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan