home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

4 Kesan Sampingan Susu Soya Terhadap Kanak-kanak

4 Kesan Sampingan Susu Soya Terhadap Kanak-kanak

Oleh kerana susu lembu menawarkan nutrien penting, lemak dan protein, ia sering kelihatan seperti pilihan minuman terbaik berbanding dengan minuman manis, berkafein. Walau bagaimanapun, kadang-kadang intoleransi terhadap susu lembu boleh berlaku sehingga perlu mencari alternatif susu. Walaupun susu soya sering boleh menjadi pengganti yang baik. Namun perlu diperhatikan juga kesan sampingannya.

1. Kekurangan kalsium

Menurut laman web Diet Channel, kanak-kanak yang minum susu soya berbanding dengan susu lembu mengalami kekurangan kalsium. Kalsium bertanggungjawab untuk membina dan mengekalkan gigi, tulang, otot, sistem saraf pusat dan juga hormon kanak-kanak. Ini menjadikan nutrien ini sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Walaupun sesetengah jenama menambah kalsium dan vitamin D, susu soya tidak semula jadi memyediakan nutrien ini.

2. Tindak balas alahan

Walaupun susu soya sering digunakan sebagai pengganti susu lembu, laman web Keep Kids Health menjelaskan bahawa tindak balas alahan yang teruk boleh berlaku dengan susu soya juga. Ia berpunca daripada protein yang terdapat dalam kacang soya yang boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Walaupun sesetengah simptom mungkin ringan hingga sederhana, seperti ruam kulit, rasa mual atau sakit perut, alahan soya boleh menjadi teruk. Kanak-kanak kecil mungkin mengalami kesukaran pernafasan dan mengalami bengkak tekak. Keadaan ini, yang dipanggil anafilaksis, boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

3. Kekurangan protein

Oleh kerana susu lembu secara semula jadi mengandungi protein sekitar 25% lebih banyak daripada susu soya, laman web Diet Channel memberi amaran bahawa kanak-kanak kekurangan protein daripada susu soya. Kekurangan protein ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Laman web Merck mengatakan bahawa kanak-kanak mungkin menjadi lemah, kehilangan lemak dan otot, mengalami penurunan saiz jantung dan mengurangkan denyutan nadi, tekanan darah dan suhu yang lebih rendah. Dalam kes yang teruk, kegagalan organ boleh berlaku. Untuk menanganinya, pastikan anak anda mendapat protein dari sumber lain seperti daging, telur dan kacang.

4. Gangguan tiroid

Yayasan Weston A. Price mengatakan bahawa phytoestrogens yang terdapat dalam susu soya boleh menyebabkan gangguan dalam hormon tiroid kanak-kanak. Hormon tiroid berfungsi seperti neurotransmitter. Tetapi estrogen kacang soya yang terdapat dalam susu soya boleh menghalangnya, menyebabkan pelbagai simptom. Kanak-kanak mungkin mengalami kehilangan ingatan, kelambatan, kekeliruan, kehilangan rambut, keletihan, sembelit dan tulang yang rapuh. Di samping itu, fungsi tiroid yang rendah juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Soy Milk Side Effects in Toddlers https://www.livestrong.com/article/128951-soy-milk-side-effects-toddlers/ Accessed May 25, 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 04/06/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x