Jangan tunggu terlalu lama untuk duduk bersama anak-anak remaja anda untuk berbincang tentang amalam seks selamat dan juga risiko kehamilan. Dan jangan lupa untuk bercakap tentang kaedah perancang kecemasan dan kegunaan kondom untuk melindungi diri daripada penyakit jangkitan kelamin. Diskusi seperti ini bukannya senang namun ianya perlu.
Abstinens (Langsung tidak melakukan seks) – Kadar Kegagalan Biasa: 0%
Inilah kaedah yang paling mujarab untuk tidak mengandung atau mendapat penyakit jangkitan kelamin seperti HPV. Beberapa strain HPV mampu mengakibatkan kanser pangkal rahim.
Pil Perancang – Kadar Kegagalan Biasa: 9%
Pil-pil perancang adalah kaedah paling popular untuk mengelak kehamilan kerana ianya sangat efektif, mesra pengguna, selamat dan mudah didapati. Untuk pil harian, hormon yang dikeluarkan oleh pil tersebut menekan pelepasan telur daripada ovari dan memekatkan cecair pangkal rahim, menyukarkan kemasukan sperma. Pil gabungan mengandungi estrogen dan progestin manakala pil lain adalah pil yang mengandungi progestin sahaja.
Terdapat pelbagai manfaat tambahan pil perancang seperti mengurangkan kekejangan akibat haid, turun darah yang lebih sedikit dan juga melindugi daripada penyakit radang pelvis. Pil ini juga mampu untuk mengurangkan jerawat, elak penipisan tulang dan kurangkan simptom pra-haid (PMS). Sejenis pil perancang juga mampu untuk memberikan anda haid 4 kali setahun (untuk anda yang tidak gemar haid). Bagaimanapun, terdapat kesan sampingan seperti pendarahan antara haid, mual, sakit buah dada yang lazimnya akan wujud untuk beberapa bulan pertama.
ADR dan Implan – Kadar Kegagalan Biasa: 0.05% untuk implan, 0.2-0.8% untuk ADR
Alat dalam rahim (ADR) dan implan adalah kaedah perancang jangka-panjang yang boleh dikeluarkan semula yang cukup terkenal.
Kenapa? Anda tidak perlukan komitmen untuk memakan pil setiap hari atau risau sekiranya anda terlepas atau terlupa makan pil. Sebaik sahaja anda guna alat ini, anda boleh lupakan tentang mengandung hingga 3 atau 5 tahun kemudian. Kurang daripada 1 dalam 100 wanita yang menggunakan ADR atau implan mengandung setiap tahun.
Suntikan Perancang – Kadar Kegagalan Biasa: 6%
Suntikan perancang (Depo-Provera) adalah kaedah yang bagus untuk wanita yang tidak begitu berjaya atau komited untuk mengambil pil secara harian kerana suntikan ini adalah sekali setiap 3 bulan. Suntikan ini mengandungi hormon progestin yang mencegah kehamilan dengan cara yang sama yang dilakukan oleh pil hormon.
Tambahan lagi, suntikan ini juga memberi perlindungan daripada kanser endometrium dan anemia akibat kurang zat besi. Kesan sampingan yang boleh dijangka adalah peningkatan berat badan dan haid yang tidak seragam.
Cincin Faraj (Birth Control Vaginal Ring)– Kadar Kegagalan Biasa: 9%
Cincin dalam faraj (NuvaRing), adalah sejenis cincin fleksibel yang diletakan dalam faraj selama 3 minggu setiap bulan. Ianya mudah untuk didapati, digunakan dan selamat. Ianya merembeskan hormon estrogen dan progestin, memberi kesan yang sama seperti suntikan perancang dan pil perancang. Ianya boleh menyebabkan peningkatan cecair faraj, kerengsaan faraj dan juga jangkitan.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]