
Rawatan muka yang ingin kami kongsikan berbeza dengan rawatan spa, di mana ia adalah prosedur bukan perubatan yang dilakukan dalam persekitaran yang santai untuk keremajaan.
Hal ini kerana, kulit wajah yang terdedah pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran, tekanan hidup serta proses penuaan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, berjerawat dan tidak sekata memerlukan pendekatan yang berbeza.
Di sinilah rawatan muka moden seperti laser, microneedling dan chemical peel memainkan peranan penting dalam mengembalikan seri wajah.
Tapi, antara ketiga-tiganya rawatan manakah yang paling berkesan? Mari kita fahami perbezaan, kelebihan dan kesesuaian setiap jenis rawatan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Laser treatment

Laser muka antara rawatan parut muka yang kian popular kerana lebih cepat nampak perubahan pada kulit wajah. Rawatan ini akan merangsang pertumbuhan kolagen yang membantu memperbaiki tekstur kulit. Apabila luka sembuh dan kulit tumbuh semula, kawasan yang dirawat lebih licin dan tegang.
Jenis laser ablatif termasuklah laser karbon dioksida (CO2), laser erbium dan sistem gabungan.
Siapa yang perlu skin treatment:
- Kedutan halus
- Tompok umur
- Warna atau tekstur kulit tidak sekata
- Kulit rosak akibat matahari
- Parut jerawat ringan hingga sederhana
- Tahi lalat
- Birthmark
- Parut tanda lahir
Rawatan muka: Microneedling

Microneedling ialah prosedur invasif minimum untuk kulit anda. Ketika sesi ini berlangsung, hand roller atau peralatan elektrik yang ada jarum nipis akan digunakan untuk membuat lubang kecil di lapisan atas kulit.
Jarum yang digunakan pada anggaran 0.5mm hingga ke 2mm.
‘Kerosakan’ ini akan membantu merangsang proses penyembuhan kulit anda, jadi ia menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Hasilnya, kulit anda akan menjadi lebih lembut dan tegang.
Namun, anda tidak akan melihat perubahan dengan kadar yang cepat dan ia perlu diulang kerana berbeza berbanding laser treatment.
Skin treatment ini sesuai untuk keadaan:
- Pori membesar
- Garis halus atau kedutan
- Kulit longgar atau berkrep (nipis dan berkedut)
- Parut ringan, terutamanya dari jerawat atau melecur
- Warna kulit atau tona kulit tidak sekata
Rawatan muka: Chemical peel
Anda pernah dengar tentang chemical peel?
Ini adalah prosedur di mana larutan kimia digunakan pada kulit untuk mengeluarkan lapisan atas bagi menggalakkan kulit yang tumbuh kembali lebih licin.
Rawatan muka ini mungkin memerlukan anda menjalani prosedur lebih daripada sekali untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Kebiasaannya, chemical peel akan digabungkan dengan prosedur yang lain bergantung kepada masalah kulit.
Chemical peel menawarkan hasil yang lebih berkesan dan menakjubkan tetapi juga mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Skin treatment ini sesuai untuk mereka yang mengalami:
- Kedutan
- Warna kulit atau tona kulit tidak sekata
- Jerawat

Setiap rawatan di atas hanya boleh ditentukan oleh pakar kulit yang merawat anda ketika itu, bergantung kepada situasi anda. Seperti ubatan yang diambil, alergik, sejarah perubatan dan sebagainya.
Hal ini kerana, setiap rawatan yang dilakukan mempunyai risikonya tersendiri. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat dan berkemampuan, apa salahnya mengambil laser treatment. Jika sebaliknya, anda boleh mengambil microneedling untuk membantu masalah kulit anda.
Kulit cantik dengan rawatan muka
Sama ada memilih laser yang berteknologi tinggi, microneedling yang semula jadi, atau chemical peel yang cepat bertindak, semuanya boleh memberi hasil menakjubkan apabila dilakukan oleh pihak profesional.
















