Anda pernah melalui saat mencabar ketika menjaga bayi dan melayan tantrum anak kecil. Jadi adakah perkataan ‘remaja dan cabaran’ boleh mewujudkan rasa risau pada anda?
Remaja dan cabaran
Usia belia sering dianggap tempoh pertumbuhan sengit, bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga berkaitan emosi dan intelektual.
Pastinya secara tidak langsung, keadaan ini boleh mewujudkan rasa bimbang bagi kebanyakan ibu bapa.
Selalunya apabila bercakap mengenai remaja dan cabaran, kebanyakannya mengundang persepsi negatif daripada individu dewasa.
Hakikatnya, belia adalah individu yang bertenaga, bijaksana, idealis dan mempunyai minat mendalam untuk membongkar kebenaran.
Tidak dinafikan, pada tempoh ini seringkali wujudnya konflik antara ibu bapa dan anak.
Namun ia tidak bermakna, anda boleh melepas tangan daripada membantu proses perkembangan mereka ke arah yang lebih baik dan positif.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Memahami perkembangan remaja
Belia adalah tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak dan dewasa.
Ia merangkumi beberapa perubahan besar pada tubuh dan cara berhubung dengan dunia.
Banyak perubahan fizikal, seksual, kognitif, sosial dan emosi yang akan berlaku selama tempoh ini.
Perubahan yang berlaku pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegelisahan pada ibu bapa. Itulah antara isu berkaitan remaja dan cabaran yang paling membimbangkan.
Walau bagaimanapun, jika anda sebagai ibu bapa dapat memahami apa yang boleh dijangkakan, sudah tentu ia dapat bantu memberikan dorongan sihat untuk perkembangan mereka, bukan?
Awal remaja (Usia 10 – 13)
- Pada peringkat ini, tumbesaran anak lebih cepat
- Berlaku perubahan pada tubuh seperti pertumbuhan bulu bawah lengan dan pada alat kemaluan, perkembangan payudara pada gadis dan pembesaran testis kepada lelaki
- Menginginkan privasi
- Berdikari
Pertengahan remaja (Usia 14 – 17)
- Perubahan fizikal akil baligh berterusan pada tempoh ini
- Kebanyakan belia pada usia ini mula berminat dengan hubungan romantis dan seksual. Salah satu rangsangan diri paling kerap dilakukan adalah melancap
- Semakin kurang meluangkan masa bersama keluarga dan lebih memilih untuk menghabiskan masa dengan kawan
- Lebih kerap berhujah dengan ibu bapa
- Berlaku perkembangan dan kematangan otak tetapi masih wujud perbezaan antara pemikiran belia dan dewasa
Akhir remaja (18 – 21… dan seterusnya)
Pada peringkat ini, tumbesaran fizikal telah berkembang sepenuhnya.
Lebih matang dalam pemikiran dan kawalan kendiri.
Remaja dan cabaran kesihatan mental
Remaja dan cabaran berkaitan isu kesihatan mental tidak boleh dianggap remeh. Ini kerana ia melibatkan kesejahteraan sosial dan emosi.
Seorang belia memerlukan kesihatan mental yang baik untuk berkembang dengan sihat, membina hubungan baik, menyesuaikan diri dengan perubahan dan menangani cabaran hidup.
Jika anak mempunyai tahap kesihatan mental yang baik, mereka akan:
- Rasa lebih bahagia dan positif terhadap diri mereka sendiri
- Mempunyai hubungan yang lebih sihat dengan keluarga dan rakan-rakan
- Lakukan aktiviti fizikal dan pengambilan makanan yang sihat
- Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
- Mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan
- Boleh berehat dan tidur dengan nyenyak
- Berasa diri tergolong dalam kelompok komuniti dan tidak tersisih
- Memiliki pencapaian
Aspek kesihatan
Tanpa kita sedari, perkembangan remaja juga boleh mendorong kepada perubahan bebanan penyakit dalam usia kanak-kanak dan dewasa.
Sebagai contoh, apabila semakin meningkat usia, pelbagai masalah kesihatan boleh terjadi yang melibatkan kesihatan seksual dan pembiakan, penyakit mental serta kecederaan lain.
Kewujudan masalah kesihatan tertentu pada tempoh belia seperti penyalahgunaan bahan mahupun gangguan mental, mungkin kesan daripada perubahan biologi akil baligh dan konteks sosial yang perlu dilalui.
Banyak masalah kesihatan berkaitan tingkah laku boleh terjadi dalam tempoh ini, oleh sebab itu ibu bapa perlu sentiasa memantau keadaan anak.
Ini adalah penting kerana jika tidak ada pemantauan ibu bapa, anak berisiko berdepan implikasi kesihatan yang serius pada masa depan.
Kesimpulan
Membantu anak melalui tempoh remaja dan cabaran untuk mewujudkan identiti diri adalah penting.
Pada fasa ini anak sememangnya akan lebih sensitif, namun ia bukan bermakna mereka tidak memerlukan anda.
Cuma mungkin mereka tidak mahu menyatakannya secara terus.
Jadi pastikan anak sentiasa dapat merasai kewujudan anda sebagai ibu bapa dalam hidup mereka.
Jangan sesekali membiarkan mereka rasa terpinggir atau tidak diperlukan. Ini dapat menghindari wujudnya risiko untuk anak memberontak.
Walau apa pun, pastikan anda kekal tenang dan bersabar. Jangan lekas melenting ya?
[embed-health-tool-baby-poop-tool]