Mana 1 Pilihan Anda: Pam Susu Manual atau Elektrik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Untuk mereka yang baru pertama kali bergelar ibu, pasti akan berasa sukar untuk memilih antara pam susu manual ataupun elektrik. Jenis pertama adalah untuk mereka yang hanya mengepam sekali-sekala dan yang kedua sesuai untuk kegunaan kerap. Teruskan membaca jika anda ingin tahu jenis pam susu mana yang lebih sesuai dengan anda.

Mengapa saya perlu gunakan pam susu elektrik?

Jika anda perlu kerap menyusukan anak, pam susu elektrik adalah amat sesuai untuk anda. Selepas habis cuti bersalin, ibu berkerjaya perlu kembali bekerja. Bagi ibu yang pertama kali mengalaminya pasti menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkan antara kerja dengan kehidupan baru sebagai ibu. Oleh itu, anda mungkin perlu mengepam susu badan pada bila-bila masa lapang anda, termasuk juga ketika di pejabat. Dalam situasi ini, anda memerlukan pam susu yang mempunyai fungsi yang cepat dan mudah; iaitu pam susu elektrik. Pam susu elektrik mempunyai ciri-ciri penyedutan berima, dan tidak akan menimbulkan kesakitan atau menghasilkan bunyi, namun masih boleh memerah banyak susu badan.

Terdapat dua jenis pam susu untuk anda pilih: pam susu tunggal ataupun dwi pam susu. Jika anda mahu memerah susu pada kedua-dua belah payudara secara serentak, anda boleh pilih dwi pam susu untuk lebih menjimatkan masa. Satu perkara menarik tentang pam elektrik ialah ia bercirikan automatik, jadi anda tidak rasa letih apabila menggunakannya. Anda boleh memerah susu badan untuk bayi anda semasa sedang berehat, menonton televisyen ataupun semasa sedang membaca.

Mengapa saya perlu gunakan pam susu manual?

Meskipun pam susu elektrik mudah digunakan, namun harganya agak mahal. Jadi, ramai ibu yang lebih gemar memilih jenis yang mampu milik dan kurang mahal: iaitu pam menggunakan tangan. Pam susu yang menggunakan tangan ataupun pam susu manual mempunyai kurang fungsi dan bahagian berbanding dengan pam susu elektrik, namun fungsinya masih baik. Anda boleh memerah susu dengan mudah dengan cara menyedut menggunakan tangan. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan pam susu manual, anda perlu mengambil banyak masa untuk memerah susu dan mungkin akan penat apabila berterusan memerah susu.

Jika anda tidak tahu yang mana sesuai untuk anda (sama ada anda akan kerap menggunakan pam susu ataupun tidak), maka anda disarankan untuk memilih pam susu manual dahulu. Harga pam susu manual tidak sebegitu mahal, jadi amat sesuai jika anda pertama kali ingin mencuba. Dengan menggunakan pam susu ini, anda boleh mengetahui cara terbaik untuk memerah susu dan mencari posisi yang paling selesa semasa memerah susu. Selepas itu, terpulang kepada anda jika anda rasa selesa menggunakan pam susu manual ataupun mahu menukar kepada pam susu elektrik.

Sebagai kesimpulannya, anda tidak perlu membeli pam susu elektrik jika anda bukan seorang ibu yang sangat sibuk. Tambahan pula, pam elektrik terbukti amat berguna buat mereka yang ingin menjimatkan masa dan memerlukan lebihan susu badan untuk bayi mereka. Sebaliknya, jika anda ada masa dan mahu menjimatkan wang untuk membeli barang keperluan bayi yang lain, penggunaan pam susu manual masih menjadi satu pilihan tradisi, bahkan efektif untuk ibu yang menyusukan bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan