Ujian Tibi Terbaru Mampu Selamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan hampir 10 juta orang di seluruh dunia menghidap batuk kering atau tibi (tuberkulosis) pada tahun lalu, dan kira-kira 1.3 juta daripada mereka meninggal dunia disebabkan penyakit ini. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 1 juta kanak-kanak disahkan mendapat tibi.

Serangan penyakit ini tidak mengenal usia di mana setiap tahun berjuta-juta orang berterusan jatuh sakit disebabkan penyakit ini.

Malahan, dianggarkan 240,000 kanak-kanak mati disebabkan tibi di seluruh dunia setiap tahun, dan kebanyakannya tidak mendapat rawatan.

Fakta asas mengenai tibi

Penyakit tuberkulosis atau tibi terjadi disebabkan mikroorganisma yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis. Bakteria tibi ini merebak melalui udara dari individu ke individu lain. Bakteria tibi berada di udara apabila seseorang yang dijangkiti penyakit tibi batuk, bersin, bercakap, ataupun menyanyi. Seseorang yang ada berdekatan dengan pesakit tibi ini mungkin menghidu bakteria tersebut dan dijangkiti. Lazimnya, penyakit tibi akan menjejaskan paru-paru dan organ lain seperti nodus limfa, kotak suara, buah pinggang, usus dan tulang.

Kanak-kanak yang dijangkiti tibi adalah kurang untuk menyebarkan bakteria tibi kepada orang lain. Ini kerana bentuk penyakit tibi yang dijumpai pada kanak-kanak selalunya adalah kurang berjangkit, berbanding dengan bentuk yang ada pada orang dewasa. Malahan, bukan semua individu yang dijangkiti bakteria tibi akan jatuh sakit. Terdapat dua keadaan berkaitan tibi iaitu jangkitan tibi pendam dan penyakit tibi.

Tanda dan simptom penyakit tibi dalam kalangan kanak-kanak

Antara tanda dan simptom tibi pada kanak-kanak termasuklah batuk, rasa sakit atau lemah, kurang bermain, kehilangan berat badan atau gagal membesar, demam dan berpeluh di waktu malam. Bentuk paling lazim penyakit tibi berlaku dalam paru-paru, malahan boleh menjejaskan bahagian tubuh badan yang lain. Bayi, anak kecil, dan kanak-kanak immunocompromised seperti kanak-kanak yang menghidap HIV, adalah berisiko tinggi mendapat bentuk tibi yang paling teruk seperti tibi meningitis atau penyebaran penyakit tibi.

Revolusi pemeriksaan tibi untuk kanak-kanak

Dalam penyelidikan terbaru yang didedahkan ketika Persidangan Kesihatan Paru-paru Global, di The Hague, saintis telah menemui cara baru pemeriksaan kanak-kanak untuk penyakit tibi. Revolusi terbaru ini dikatakan dapat menghalang ratusan ribu kanak-kanak setiap tahun daripada menghidap penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian ini.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di KNCV Tuberculosis Foundation ini menjumpai cara mudah bagi menguji sampel najis kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Kaedah yang digunakan untuk melakukan ujian tibi sekarang ini memerlukan pesakit memberikan sampel sputum atau kahak. Sampel ini kemudiannya akan dianalisis menggunakan mesin khas sebelum diberikan keputusan kepada pesakit.

Namun, bagi pesakit kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang tidak boleh mengeluarkan kahak, prosedur yang digunakan untuk ujian tibi kepada kanak-kanak adalah menyakitkan dan memerlukan mereka dimasukkan ke wad hospital.  

Justeru, pengenalan ujian pemeriksaan tibi terbaru untuk kanak-kanak ini memberikan harapan baru yang dapat mencegah penularan penyakit ini, tanpa keperluan untuk menghantar ujian najis ke kemudahan kesihatan yang lebih besar.

Pengarah Eksekutif KNVC Tuberculosis Foundation, Kitty van Weezenbeek berkata, potensi kaedah ini adalah besar, dan bermakna diagnosis tibi boleh dilakukan di luar bandar.

“Kita mempunyai kaedah yang boleh mendiagnosis tibi di tahap penjagaan kesihatan terendah (tanpa perlu ke kemudahan kesihatan yang lengkap), dan menjalankan ujian kepada beratus ribu orang,” katanya.

Selain itu, Perunding Makmal KNCV, Petra de Haas memberitahu AFP bahawa ujian tersebut boleh menyelamatkan seramai 650 kanak-kanak yang mati setiap hari akibat tuberkulosis (tibi).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan