Minuman Bertenaga untuk Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanak-kanak menghadapi pelbagai tekanan dan bebanan semasa mereka membesar. Kerja rumah, peperiksaan atau tempoh tamat projek boleh menjadikan anak anda letih. Maka, ini akan menyebabkan pengambilan kafein semakin meningkat. Minuman bertenaga, dewasa ini, sangat popular dalam kalangan kanak-kanak sebagai minuman yang berkesan untuk memberi tenaga. Walau bagaimanapun, adakah ia baik untuk kesihatan mereka?

Butiran khasiat di dalam minuman tenaga

Minuman bertenaga mengandungi kafein, taurin, vitamin, suplemen herba, gula atau pemanis tiruan – kandungan utama ialah kafein. Kebiasaannya, pihak pengeluar akan menambahkan bahan perasa ke dalam minuman seperti guarana, kacang kola, yerba mate atau koko. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, kebanyakan minuman bertenaga di pasaran mengandungi 70-80 mg kafein setiap 236.85 ml. Ini adalah tiga kali ganda jumlah kafein yang ditemui di dalam minuman kola. Oleh itu, minuman ini tidak mempunyai nilai nutrisi kepada pengguna.

Kesan positif minuman tenaga

Kandungan kafein yang tinggi memberi beberapa impak positif kepada fungsi tubuh badan.

Kecergasan

Kafein akan menghalang fungsi adenosine receptors di otak, oleh kerana itu badan tidak akan menjadi letih dan hilang rasa mengantuk, maka menjadikan badan berasa segar.

Melegakan kesakitan

Keradangan atau persepsi sakit di otak boleh dikurangkan dengan menggunakan kafein.

Ketahanan

Glycogen akan digunakan sepenuhnya oleh otot sebelum berasa keletihan.

Membantu masalah neurologi

Kafein boleh mencegah atau melambatkan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan kecelaruan hiperaktiviti yang lain.

Keseluruhannya, minuman tenaga dipercayai boleh meningkatkan tenaga, stamina, prestasi sukan, dan membantu menurunkan berat badan. Kini, ia dijual hampir di seluruh kedai runcit berdekatan.

Kesan sampingan minuman tenaga

Selain daripada minuman tenaga tidak mengandungi kandungan khasiat, ia juga boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berlebihan. Australian Poison Center telah menyenaraikan beberapa kesan sampingan daripada pengambilan minuman tenaga yang berlebihan seperti jantung berdegup, termor, kegelisahan, sakit dada, masalah pernafasan dan sebagainya. Kajian menunjukkan golongan yang meminum minuman bertenaga adalah cenderung kepada perilaku berbahaya, penyalahgunaan dadah, amalan seks bebas, pergaduhan, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan suka mengambil risiko. Penggunaan alkohol dan nikotin merupakan sesuatu yang digemari oleh pengguna minuman tenaga.

Tambahan pula, kandungan gula yang tinggi di dalam minuman tenaga boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Ia termasuklah monosaccharides menyerupai glukosa, fruktos, sukros dan laktos yang boleh mengakibatkan obesiti kepada kanak-kanak, seterusnya menyebabkan kencing manis. Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan gigi kepada kanak-kanak. Meskipun pengeluar dan syarikat minuman selalunya mengiklankan dan mendakwa bahawa pengambilan minuman tenaga adalah selamat, dan pengambilan yang berlebihan boleh membawa kemudaratan kepada tubuh badan.

Keseimbangan yang ideal

Para pengkaji mencadangkan pengambilan kafein haruslah dihadkan kepada 250 mg sehari untuk mengelakkan tekanan darah tinggi yang tidak menentu. Walaupun begitu, tidak semua label adalah jujur dan menyenaraikan setiap bahan yang terkandung. Anda haruslah menasihati anak anda untuk mengambil minuman tenaga dengan kadar sederhana dan memaklumkan kesan sampingan daripada pengambilan yang berlebihan. Tambahan pula, ia adalah penting untuk mengambil masa dalam mengurangkan pengambilan minuman tenaga sebagai kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala sekiranya proses berhenti mengambil minuman tenaga berlaku secara mendadak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

    Sebagai kudapan sihat, cuba makan kacang sebelum bersenam. Banyak khasiat kacang yang ramai orang tidak tahu, termasuklah keupayaannya untuk beri tenaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    conteng dinding

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    susah tidur

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit glue ear

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan