backup og meta

Kaitan Tidur dan Tumbesaran Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    Kaitan Tidur dan Tumbesaran Kanak-kanak

    Satu kajian terbaru mengenal pasti lonjakan pertumbuhan dalam kalangan bayi adalah berkaitan dengan kekerapan mereka tidur. Kemuncak dalam jumlah tempoh tidur harian dan bilangan episod tidur secara signifikannya berkaitan dengan lonjakan pertumbuhan yang boleh diukur mengikut panjang badan, yang mana cenderung untuk berlaku dalam tempoh 48 jam daripada pecahan tidur yang dirakam. Analisis lanjut turut menemui bahawa kebarangkalian lonjakan pertumbuhan meningkat sebanyak satu median 43% untuk setiap tambahan episod tidur dan 20% untuk setiap jam tidur tambahan.

    Tidur, pertumbuhan dan hormon

    Hormon tumbesaran manusia (atau kata ringkasnya HGH, atau GH untuk hormon tumbesaran, atau hGH) adalah sebahagian sistem endokrin tubuh yang penting dan aktif terutamanya semasa tempoh pematangan kanak-kanak sedang membesar. (Ini bukan satu-satunya faktor fisiologikal yang membuatkan anak jadi lebih tinggi.)  HGH dilepaskan oleh otak ke dalam aliran darah semasa tidur, dan pembebasannya ialah sebahagian daripada fungsi pembaikan dan pemulihan tidur.

    Hormon ini ialah satu protein kompleks yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari dalam otak, dan sebagai tambahan untuk menggalakkan pertumbuhan dalam alam kanak-kanak, ia membantu mengekalkan kesihatan tisu badan walaupun ketika sudah di alam dewasa. Kelenjar pituitari mengeluarkan hormon pertumbuhan bukan secara berterusan – pembebasannya seperti satu denyutan. Tidur dan senaman dapat menyuntik pembebasan hormon tersebut.

    Bagi orang normal yang sihat, tempoh utama pembebasan HGH adalah semasa dalam tempoh pertama tidur Tahap 3 pada waktu malam.

    Jika seseorang itu berjaga sepanjang malam, apabila dia biasanya tidur ketika waktu itu, justeru tiada peningkatan dalam pembebasan hormon pertumbuhan. Selepas suatu tempoh kekurangan tidur, hormon tambahan dilepaskan apabila tidur disambung, dan corak menyimpang daripada denyutan normal semasa tidur gelombang-perlahan.

    Dalam umur pertengahan, otak mula menghasilkan kuantiti hormon pertumbuhan yang rendah. Keadaan ini merangsang minat dalam penggunaan hormon tambahan untuk memastikan badan kekal muda. Keberkesanan cara ini tidak diterima secara meluas pihak berkuasa perubatan yang diiktiraf, malah ianya juga tidak diluluskan oleh FDA. (HGH tambahan diluluskan oleh sesetengah patologi, tapi bukan untuk penuaan umum.)

    Berapa lama tidur yang kanak-kanak perlukan?

    Pertumbuhan adalah proses kompleks yang memerlukan hormon berganda untuk memulakan pelbagai kejadian biologi dalam darah, organ, otot, dan tulang. Salah satu yang paling penting ialah hormon pertumbuhan (atau “hormon tumbesaran manusia”), yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.

    Beberapa faktor menjejaskan pengeluarannya, termasuklah pemakanan, tekanan, dan senaman. Walau bagaimanapun, bagi kalangan kanak-kanak muda, tidur memainkan faktor utama. Hormon pertumbuhan dilepaskan sepanjang hari, namun bagi kanak-kanak pula, tempoh pembebasan yang paling puncak adalah tidak lama selepas mereka mendapat tidur yang nyenyak (tidur mati).

    Setiap kanak-kanak adalah berbeza, di mana sesetengahnya memerlukan tidur yang kurang atau lebih berbanding dengan rakan sebayanya yang lain. Namun, secara umumnya, bayi umur 1- dan 2- tahun memerlukan tidur selama 11 hingga 14 jam sehari (termasuk meridap), dan kanak-kanak 3- hingga 5- tahun memerlukan tidur 10 hingga 13 jam sehari (termasuk meridap).

    Tanpa tidur yang cukup, kanak-kanak akan mengalami masalah pertumbuhan – akan jadi lambat atau terbantut.  Kanak-kanak yang mengalami masalah tidur fizikal tertentu, seperti apnea tidur yang berhalangan, juga mungkin telah mengganggu penghasilan hormon pertumbuhan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan