Bukan mudah untuk anda bina rasa percaya pada orang luar, biarpun selepas anda sudah memilih pengasuh untuk anak anda. Namun, anda boleh cuba membina kepercayaan dengan cara menguji pengasuh seperti memintanya menyiapkan tugasan mudah pada beberapa jam terakhir sebelum anda hendak mengambil anak balik. Dan, lihatlah jika pengasuh boleh mengikuti permintaan anda. Sedikit sebanyak dengan cara ini membantu anda untuk menanam sifat percaya pada pengasuh baru tersebut.
Jadilah bos yang baik
Dalam mengharapkan pengasuh yang baik, anda sendiri sebagai bos atau majikan perlulah melayan pengasuh dengan baik. Anda perlu faham pengasuh jika mahu pengasuh memahami anda. Contohnya, jika anda terpaksa mengambil lewat anak anda, maklumkan segera pada pengasuh kerana dia juga mungkin sudah mempunyai rancangan lain selepas habis waktu jagaan anak anda. Anda juga boleh menelefon atau memberi mesej kepada pengasuh semasa dalam perjalanan untuk mengambil anak supaya pengasuh mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan anak anda. Komunikasi adalah kunci penting untuk membina kepercayaan antara ibu bapa dan pengasuh. Anda boleh tahu jika pengasuh adalah yang terbaik dengan cara melihat reaksi anak anda pada pengasuh tersebut. Jika anak anda berasa dekat dan gembira dengan pengasuh, tandanya inilah pengasuh terbaik untuk anak anda!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen