backup og meta

Pendidikan Seks Untuk Remaja: Bila Masa Yang Sesuai?

Pendidikan Seks Untuk Remaja: Bila Masa Yang Sesuai?

Komunikasi yang jujur, terbuka dan sesuai berkaitan dengan seks antara ibu bapa dan anak-anak adalah penting. Ia menjadi bertambah penting apabila anak kecil anda mula untuk melangkah ke dunia remaja dengan melalui pelbagai perubahan fizikal dan emosi. jadi pendidikan seks untuk remaja adalah satu perkara penting yang harus dilakukan oleh ibu bapa.

Bila masa yang sesuai?

Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak lelaki dan perempuan mula melangkah ke alam akil baligh pada usia 8 tahun. Jadi, waktu tersebut mungkin masa yang sesuai untuk anda bercakap mengenai perubahan seksual pada tubuh anak anda.

Bagi kanak-kanak perempuan, maklumat tentang haid mungkin telah disediakan dalam program sekolah mereka, tetapi anda boleh berkongsi pengalaman anda sendiri apabila mereka mempunyai soalan atau apabila anda merasakan mereka mungkin memerlukan bimbingan anda.

Topik berkaitan pendidikan seks boleh merangkumi aspek anatomi, penyakit kelamin (STD), dan kehamilan. Apabila anak anda belajar perkara baru dari sekolah, mereka mungkin mempunyai pelbagai pertanyaan. Ibu bapa perlulah bersikap terbuka untuk bercakap tentang apa yang ingin diketahui oleh anak anda.

Adakah penting untuk bercakap tentang seks dengan anak?

Topik kehamilan remaja bukan satu topik yang pelik. Namun, ia bukan satu perkara yang baik. Pendidikan awal dan mencukupi mengenai seks pastinya sangat bermanfaat dalam mencegah kehamilan pada peringkat remaja.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda tidak harus mengelak untuk bercakap atau berbincang tentang hubungan seks dengan anak anda:

  • Kehamilan pada peringkat remaja bukan sahaja mengganggu kesihatan anak anda, tetapi ia boleh memberi impak kepada mental kepada remaja yang bergelar ibu kerana mereka mungkin tidak cukup matang untuk mengendalikan kehamilan, melahirkan anak dan menjadi ibu bapa.
  • Pendidikan yang baik adalah mengenai penggunaan kondom, perkara yang harus dielakkan, dan kaedah kontraseptif yang dapat membantu mencegah kehamilan dan penyakit STD yang tidak diingini.
  • Remaja akan lebih memahami mengenai kesan buruk akibat kehamilan ketika remaja. Ini sekali gus membolehkan mereka mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai kesan negatif kehamilan pada masa mendatang. Anak anda harus mengetahui akibat menyembunyikan kehamilan atau pengguguran adalah sangat bahaya.
  • Pendidikan seks dapat membantu golongan remaja untuk menghindari daripada mendapat penyakit AIDS, dan penyakit kelamin lain seperti gonorrhea, penyakit keradangan pelvis dan sifilis.

Adalah normal untuk anak anda untuk mempunyai sifat ingin tahu mengenai seks. Ini adalah satu langkah semula jadi untuk mengenali dan memahami tubuh. Pendidikan seks akan membantu remaja untuk berasa lebih positif tentang penampilan fizikal dan membantu mereka untuk mendapatkan maklumat penting bagi untuk membolehkan mereka menjaga diri dengan baik.

Bersikap terbuka dengan anak anda mengenai seks, bermakna anda sedang melindungi mereka dari pelbagai bahaya ketika mereka sedang membesar. Apabila mereka sudah terbiasa bertukar maklumat dan pandangan mengenai perkara atau isu intim, ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk berkongsi masalah lain seperti soal perhubungan, kemurungan, salah laku di sekolah, ketagihan alkohol, dan masalah seksual dengan anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Tiada Idea Nak Bagi Nama Panjang Anak, Cuba Lihat 100 Pilihan Nama Baby Boy

5 Model SUV Terbaik Tahun 2024 Jika Anda Ada Keluarga Besar, Luas & Selesa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan