backup og meta

Manfaat Vitamin B untuk Kanak-kanak dan Jenis-jenisnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 31/07/2022

    Manfaat Vitamin B untuk Kanak-kanak dan Jenis-jenisnya

    Vitamin B terdapat dalam banyak bentuk, termasuklah B1, B2, B6, B12, niacin, asid folik, biotin, dan asid pantotenik. Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam aktiviti metabolisma, yang membantu membina tenaga dan membebaskannya pada saat tubuh anda perlukannya. Selain itu, ia juga penting untuk membolehkan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh anda. Kumpulan vitamin ini penting untuk mental kanak-kanak serta pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

    1. Vitamin B1 (Thiamine)

    Vitamin B1 bertanggungjawab dalam pengeluaran tenaga. Vitamin ini membantu menukarkan gula dan karbohidrat lain menjadi tenaga. Di samping itu, vitamin B1 juga melindungi sistem saraf daripada sebarang jenis kerosakan atau kemerosotan. Ia berguna dalam menyerahkan mesej daripada sistem saraf ke organ-organ berbeza dalam tubuh. Bagi kanak-kanak pula, keperluan vitamin ini dalam lingkungan 500 hingga 900 mikrogram setiap hari.

    Vitamin B1 boleh ditemui dalam kacang, biji bunga matahari, ikan, kacang soya panggang, kacang pis, dan roti gandum. Walau bagaimanapun, vitamin B1 adalah amat sensitif kepada suhu, jadi makanan mungkin kehilangan kandungan B1 penting apabila ia terlebih masak, diproses ataupun dibekukan.

    2. Vitamin B6 (Pyridoxine)

    Vitamin ini penting untuk kardiovaskular dan juga sistem saraf. Ia membantu meningkatkan penghadaman dan perkembangan imuniti. Kanak-kanak memerlukan daripada 0.5 -1.0 miligram vitamin B6 setiap hari. Vitamin B6 terdapat dalam ayam itik, daging, ikan, bijirin penuh, kacang, pisang, dan ubi kentang. Ingatlah, adalah lebih baik jika anak anda mendapat B6 daripada diet seimbang.

    3. Vitamin B7 (Biotin)

    Vitamin larut air ini daripada kumpulan B, yang penting untuk proses metabolisma lemak dan karbohidrat. Vitamin B7 membantu menenang dan menyihatkan sistem saraf. Ia juga berguna untuk mereka yang menghidap diabetes jenis 2 dengan cara menguruskan paras insulin. Keperluan vitamin ini untuk kanak-kanak adalah pelbagai daripada 12 hingga 40 mikrogram.

    Vitamin B7 juga boleh ditemui dalam barli, jagung, bijirin diperkuat, kuning telur, avokado, brokoli, kubis bunga, keju, bayam, dan cendawan.

    4. Vitamin B12 (Cobalamin)

    Vitamin B12 adalah penting untuk kedua-dua golongan, tua dan muda. Ia amat penting untuk mensintesis DNA dan memberikan pelbagai manfaat untuk anak kecil. Selain itu, vitamin ini juga melindungi kanak-kanak daripada mendapat asma. Juga, ia menggalakkan penghasilan sel darah dan memelihara keberkesanan sistem saraf. Pengambilan harian yang disarankan untuk vitamin ini ialah kira-kira 2.5 mikrogram.

    Vitamin B12 boleh didapati daripada produk tenusu, telur, daging, ayam itik, dan kerang. Kekurangan vitamin ini boleh menjurus kepada masalah yang serius seperti anemia, otot rapuh dan tumbesaran terbantut.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan