Makanan Sesuai untuk Kanak-kanak yang Kurang Daya Tumpuan dan Ingatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Otak kanak-kanak berkembang dengan cepat seawal usia bayi lagi. Apabila mencecah umur 3 tahun, otak bayi sudah berkembang sebanyak 90 peratus. Perkembangan otak bergantung sepenuhnya kepada nutrisi yang mereka ambil. Nutrisi ini merupakan asas kepada otak bagi bayi yang sedang membesar. Diet yang seimbang dan sihat mampu merangsang perkembangan bayi serta meningkatkan daya tumpuan, ingatan dan kebolehan mental.

Sarapan

Pakar nutrisi berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan cenderung mempunyai akademik yang lebih bagus dan kurang masalah perilaku berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Tetapi pengambilan gula yang tinggi semasa sarapan akan mendatangkan kesan negatif. Ketika bersarapan pastikan kanak-kanak mengambil protein dan karbohidrat kerana makanan jenis ini lebih lambat dicernakan.

  • Telur. Vitamin Choline yang terdapat dalam telur sangat penting untuk otak penghasilan sel memori di dalam otak kanak-kanak. Lebih banyak kanak-kanak anda mempunyai sel ini, lebih kuatlah daya ingatan mereka.
  • Oat. Kanak-kanak yang mengambil oat cenderung mempunyai memori berkaitan ruang dan lokasi yang lebih kuat. Selain itu, oat juga dicernakan dengan lambat. Oleh itu protein yang terdapat dalam oat akan membuatkan kanak-kanak lebih bertenaga.
  • Beri. Strawberi dan beri biru merupakan buah yang kaya dengan antioksida. Makanan yang mengandungi antioksida dapat merangsang fungsi kognitif otak kanak-kanak.

Makan Tengah Hari

Apa yang kanak-kanak makan pada waktu tengah hari akan menentukan tahap tenaga mereka menuju ke waktu petang.

  • Roti. Roti gandum mempunyai serat yang sangat tinggi. Selain itu, tepung yang digunakan untuk membuat roti juga mengandungi folat. Folat merupakan komponen vitamin B yang berfungsi menghasilkan sel memori di dalam otak.
  • Susu. Susu rendah lemak mempunyai kalsium, protein, vitamin D dan fosforus yang penting untuk perkembangan otak. Selain itu kalsium juga dapat merangsang penghasilan insulin dalam badan kanak-kanak.
  • Buah-buahan. Selain membantu kanak-kanak mengatasi masalah sembelit, pengambilan buah-buahan juga akan membuat badan anak anda menjadi lebih sihat dan selesa sekaligus dapat meningkatkan konsentrasi apabila mereka belajar.

Snek

Bagi memastikan kanak-kanak tidak kelesuan apabila berada di rumah, anda boleh memberi snek yang sesuai kepada mereka.

  • Air. Kanak-kanak kebiasaannya minum air dalam kuantiti yang sedikit sepanjang berada di sekolah lalu menyebabkan dehidrasi. Akibatnya, mereka akan mudah berasa lesu dan mudah untuk marah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka minum air setiap kali selepas makan, terutamanya pada hari yang aktif.
  • Bijirin. Selain diambil pada waktu sarapan, bijirin juga boleh diambil sebagai snek. Bijirin mengandungi folat, karbohidrat protein serta merupakan sumber vitamin B12 yang penting untuk daya ingatan yang kuat.
  • Daging. Kebanyakan kanak-kanak di dunia kekurangan zat besi dalam badan. Antara simptom utama permasalahan ini adalah prestasi akademik yang kurang baik. Daging lembu merupakan sumber zat besi yang terbaik. Pengambilan 30 gram daging lembu sehari juga mampu mengubah kapasiti badan untuk menyerap zat besi daripada sumber lain dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Individu yang menghidap penyakit talasemia mungkin sukar untuk kekal sihat. Namun, tidak mustahil untuk mereka jalani hidup yang berkualiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Anemia 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Rutin harian kini merangkumi banyak penggunaan telefon seperti menghantar mesej dan lain-lain. Tapi, jika sampai menyebabkan gangguan tidur, bagaimana?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan gigitan pepijat

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 4 minit bacaan
    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    bakteria dalam perut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan