Lambakan mainan yang terdapat dalam pasaran kini menyebabkan tugasan mencari mainan yang sesuai untuk anak anda menjadi satu tugasan yang sukar. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mainan-mainan yang sesuai untuk perkembangan otak anak anda mengikut usia.
1. Mainan untuk kanak-kanak berumur 3 bulan ke bawah
Ketika berumur sebulan, anak anda masih lagi belum mengetahui cara untuk memegang objek dan juga cara untuk duduk. Ketika ini, mereka gemar untuk melihat dan mendengar sesuatu. Mainan yang mempunyai corak dan warna yang terang dapat menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, mainan berbentuk kotak muzik, pemain MP3, cermin yang tidak boleh pecah, buku yang mempunyai corak dan warna yang terang, “sensory toys”, mainan kerincingan, loceng angin dan berbagai lagi.
2. Mainan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 bulan
Pada usia ini, anak anda sudah mengetahui cara untuk memegang objek dan sudah boleh duduk dengan sendiri. Disebabkan itu, mereka kini lebih menggemari mainan yang oleh digerakkan oleh mereka. Contoh mainan sesuai untuk mereka yang berusia 3 hingga 6 bulan ini adalah “crib mobiles”, mainan kerincingan, patung lembut, “squeky toys”, buku cerita kecil dan “teethers”
[embed-health-tool-vaccination-tool]
3. Mainan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 9 bulan
Ketika ini, anak anda sudah boleh mengenalpasti mainan kepunyaan mereka. Mereka akan mula mencari mainan kepunyaan mereka sekiranya tidak kelihatan. Anak anda juga sudah mula menunjukkan pergerakan yang lebih sedikit. Mainan-mainan yang sesuai untuk mereka adalah: buku, mainan yang boleh dimanipulasi, patung lembut, bola, mainan yang mengeluarkan bunyi serta “push toys”.
4. Mainan untuk kanak-kanak berumur 9 hingga 12 bulan
Apabila anak anda sudah mencecah usia 9 hingga 10 bulan, mereka sudah boleh bergerak dengan merangkak atau mengesot. Sesudah menjangkau 12 bulan pula, mereka sudah boleh berdiri malahan berjalan. Skil penyelesaian masalah mereka juga sedang berkembang pesat ketika ini. Mereka kian mula memahami perkataan dan nama-nama objek. Kanak-kanak dalam usia ini juga gemar memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Oleh itu, berikan mainan yang sesuai untuk mereka seperti “push toys”, mainan geometri, bola, mainan telefon, buku, mainan blok, serta baldi dan sekop dalam bentuk mainan.
5. Mainan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 18 bulan
Kanak-kanak ketika usia ini gemar untuk mencuba apa yang dilakukan oleh individu dewasa. Oleh itu berikan mereka mainan yang dapat mencerminkan perlakuan seharian individu seperti mainan bangunan, “push and pull toys”, “sorting and nesting toys”, bola, krayon dan kertas, mainan kenderaan yang boleh dinaiki serta buku bergambar.
6. Mainan untuk kanak-kanak berumur 18 hingga 24 bulan
Ketika ini, kanak-kanak sudah gemar untuk berdikari. Mereka sudah tidak mahukan pertolongan individu dewasa lagi. Mainan yang sesuai untuk mereka ketika ini adalah “playhouses”, blok besar dan blok kecil, mainan alat muzik, mainan susun suai gambar, buku dan cakera padat, set keretapi, bola, krayon dan kertas.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.