backup og meta

Cara Melindungi Bayi Anda daripada Gigitan Nyamuk

Cara Melindungi Bayi Anda daripada Gigitan Nyamuk

Gigitan nyamuk bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan kulit tetapi juga boleh mengandungi penyakit maut. Bayi paling terdedah kepada nyamuk. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu melindungi bayi anda daripada serangga yang menyakitkan dan berbahaya ini.

Pakai pakaian pelindung

Sekiranya anda dan bayi anda akan menikmati waktu berjalan-jalan di kawasan yang terdapat banyak nyamuk untuk jangka masa yang panjang, pastikan bayi anda berpakaian baju lengan panjang dan seluar. Pakaian boleh menghalang nyamuk dari menggigit. Ia juga boleh digunakan secara kombinasi dengan bahan kimia atau produk penghalau semula jadi. Bayi anda tidak patut memakai pakaian cerah atau berbunga kerana boleh menarik lebih banyak nyamuk.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Pakai penghalau nyamuk sebaiknya

1. Bayi di bawah usia dua bulan tidak disyorkan menggunakan repelan.

2. Repelan tidak boleh digunakan pada luka.

3. Baca label pada pembungkusan untuk arahan dan komponen produk.

4. Jangan sesekali menyembur repelan terus ke wajah bayi anda, sebaliknya semburkan sedikit pada tangan dan kemudian sapukan pada wajah bayi anda. Sebagai alternatif, repelan berasaskan krim adalah pilihan yang baik.

5. Gunakan jumlah yang mencukupi pada kulit bayi anda. Elakkan menggunakan terlalu banyak kali. Menggunakan terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh mengurangkan keberkesanannya.

6. Buang sisa repelan pada kulit bayi anda dengan membasuh kawasan tersebut dengan sabun dan air secara teliti.

Jadikan rumah anda selamat dan bebas nyamuk

Nyamuk hanya boleh hidup dalam persekitaran tertentu. Oleh itu, persekitaran rumah anda memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah nyamuk di sekeliling anda. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah nyamuk daripada hidup dan mengganggu ahli keluarga anda:

  • Gunakan kipas di sekitar rumah anda kerana ia boleh menghalang nyamuk mencari arah melalui udara.
  • Bersihkan sebarang lopak air kerana ia adalah persekitaran yang sempurna bagi nyamuk hidup dan membiak.
  • Baiki dan gantikan tingkap pecah atau jaring tingkap supaya nyamuk tidak dapat masuk.
  • Keluarkan air bertakung daripada halaman anda, kosongkan tab madi dan tutup kolam dengan penutup.

Gunakan kelambu pada kereta sorong bayi

Gunakan jaring atau kelambu pada tempat tidur, katil atau kereta sorong bayi anda. Jaring dengan lubang yang lebih kecil akan menjadikan lebih sukar untuk nyamuk masuk, oleh itu, lindungi bayi anda dengan lebih baik. Anda boleh menggunakan kelambu pada tempat main bayi, buaian dan sebagainya.

Letakkan bungkusan atau bantal lavender dalam bilik bayi anda

Anda boleh menghalang nyamuk daripada menghampiri bayi anda dengan meletakkan lavender kering ke dalam beg kain atau sarung bantal kecil. Letakkan bungkusan lavender ini di tempat-tempat yang cukup tinggi supaya bayi anda tidak berpeluang mencapai dan menelannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 ways to save your baby from mosquito bites. http://www.thehealthsite.com/parenting/world-health-day-2014-5-ways-to-save-your-baby-from-mosquito-bites/. Accessed December 9, 2016.

Seven ways to protect your baby against mosquitoes. http://www.babycenter.in/a1028221/seven-ways-to-protect-your-baby-against-mosquitoes#ixzz4RyjUOP8t. Accessed December 9, 2016.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan