backup og meta

Khasiat Coklat untuk Kanak-kanak

Khasiat Coklat untuk Kanak-kanak

Coklat dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan hampir setiap kanak-kanak menggemari coklat. Namun, pemberian coklat kepada kanak-kanak sering disekat dan sesetengah ibu bapa memandang coklat sebagai suatu jenis makanan yang perlu dielakkan untuk diberi kepada si kecil. Antara penyebab ibu bapa tidak menggalakkan anak makan coklat adalah kerana khuatir gigi anak rosak dan takut anak menjadi gemok.

Di sebalik keburukan coklat, mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa kandungan di dalam coklat itu juga mengandungi khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak. Cuma, pemberian sedikit coklat sekali-sekala kepada kanak-kanak tidaklah memudaratkan seperti yang selama ini dimomokkan kepada ibu bapa. Malahan, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat dari segi kesihatan.

Apa yang ada dalam coklat?

Coklat mengandungi karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin; yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, coklat juga mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Coklat juga dapat membantu anak anda melegakan tekanan dan menenteramkan emosi mereka. Malah, antioksidan ini juga mampu membaiki dan menguatkan sistem imunisasi badan si manja.

Kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak mengambil coklat kerana kandungan kafein yang ada pada coklat. Malah, ada juga ura-ura yang mengatakan kandungan kafein yang ada dalam coklat menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif dan sukar tidur. Namun, tahukah anda sebenarnya kafein yang ada dalam coklat adalah sangat kecil jumlahnya daripada yang ada dalam secawan kopi. Sebagai contoh, satu auns coklat adalah 5 miligram. Sementara, satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligram kafein secawan. Jadi, pengambilan coklat dalam kuantiti yang sedikit dan sekali-sekala adalah tidak memudaratkan kesihatan anak anda.  

Selain itu, coklat juga mengandungi magnesium yang dapat membantu membina otot dan menguatkan tulang kanak-kanak. Malah, kandungan tenaga dan protein yang ada dalam coklat adalah baik untuk menambahkan stamina kanak-kanak terutama di peringkat usia mereka yang sedang lasak.

Ramai juga ibu bapa yang mengalami masalah anak cerewet makan. Namun, dengan memberi anak makan coklat, anda tidak perlu risau kerana secawan coklat panas boleh membantu meningkatkan selera makan anak anda.

Benarkah coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak?

Ramai ibu bapa yang percaya bahawa pemberian coklat kepada kanak-kanak boleh menyebabkan gigi mereka rosak. Namun, menurut Lembaga Koko Malaysia, kajian yang dilakukan menunjukkan sebenarnya salah satu bahan yang ada dalam serbuk koko dapat menghalang pembiakan bakteria daripada membentuk plak gigi. Malah, kandungan fosforus pada coklat dapat menguatkan gigi kanak-kanak.

Selain itu, lemak koko yang merupakan bahan asas dalam pembuatan coklat juga adalah mudah cair di dalam mulut. Jadi, coklat yang dimakan anak anda tidak akan tersimpan lama di dalam mulutnya. Oleh itu, pembentukan plak dapat dicegah.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.koko.gov.my/lkmbm/loader.cfm?page=industry/MOF.cfm

https://www.ocd.pitt.edu/The-Benefits-of-Chocolate/310/default.aspx

 

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!

Sailfish Swim Academy Tawar Kelas Berenang Serendah RM120 Sebulan! Sangat Berpatutan & Berbaloi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan