Nak dapatkan anak suntikan imunisasi tetapi apa yang perlu dibawa semasa vaksin agar si kecil tak menangis atau berasa takut? Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Persediaan untuk ibu bapa
Sebelum kita mengetahui apa yang perlu dibawa semasa vaksin, perkara pertama sekali adalah mengenai persediaan diri sebagai ibu bapa berkaitan proses imunisasi anak terutamanya buat mereka yang baru melangkah ke alam keibubapaan ini.
Sebagai persediaan, anda disarankan untuk melakukan pembacaan berkaitan vaksin yang akan diberikan dan langkah berwaspada serta perkara berkaitan sebelum, semasa, dan selepas vaksinasi anak.
Paling penting, anda harus sentiasa menyemak jadual imunisasi si kecil. Jika terdapat sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Fahamkan anak maksud imunisasi
Pastinya sebagai ibu bapa, anda lebih memahami keadaan anak anda berdasarkan usia dan perangai mereka.
Jadi jika merasakan si kecil sudah cukup besar untuk memahami maksud imunisasi dan tujuan mereka mendapatkannya, maka anda boleh memaklumkan lebih awal bahawa tidak lama lagi mereka akan mendapat suntikan vaksin.
Paling penting, cuba untuk mengekalkan pendekatan positif. Jika mereka berasa takut, akui ketakutan atau kebimbangan yang dirasai anak. Berbincanglah dengan terbuka untuk mengatasinya.
Apa yang perlu dibawa semasa vaksin? Persiapkan anak untuk imunisasi
Bincangkan topik vaksin dengan anak
Pastikan anda menggunakan ayat mudah difahami dan kekalkan nada positif.
Sebagai contoh, “Masa injection Husna mungkin akan rasa sakit, tetapi Mama akan sentiasa ada bersama. Jadi Husna kena berani, okay?”
Penerangan mengenai maksud imunisasi
Jika anak sudah dapat memahami konsep ubat-ubatan, maka anda boleh jelaskan bahawa vaksin anak berfungsi sama seperti ubat yang membantu badan menjadi lebih kuat.
Apa yang perlu dibawa semasa vaksin? Mengikut keselesaan anak
Untuk anak kecil yang masih menyusu badan atau susu formula, melakukan penyusuan atau memberikan anak susu botol dipercayai dapat membuatkan mereka lebih berasa selesa dan distracted.
Anda juga boleh membawa mainan kegemaran mereka, buku atau selimut yang disukai. Dapat bersama perkara yang mereka gemari dalam persekitaran baharu boleh membantu anak mengatasi tekanan dengan lebih baik.
Selain mengetahui apa yang perlu dibawa semasa vaksin, anda juga boleh mengelakkan anak daripada melihat jarum bagi mengurangkan rasa cemas mereka.
Lakukan apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian mereka ketika proses suntikan berlangsung bagi mengelakkan anak memikirkan tentang kesakitan.
Sokongan terhadap anak
Jangan sesekali memarahi anak jika mereka menangis atau mempersendakan ketakutan yang dialami. Sebaiknya, berikan kata-kata sokongan seperti “Kuatnya anak Mama ini.”
Permudahkan urusan anak ketika vaksin
Untuk memudahkan proses imunisasi, anda perlu mengekalkan pendekatan positif dan elak daripada mengaitkan ketakutan dengan jarum.
Semasa proses suntikan, cuba alihkan perhatian anak sebaik mungkin agar mereka tidak terlalu memikirkan mengenai kesakitan.
Dan setelah proses itu selesai, biarkan anak meluahkan emosi mereka. Anda juga boleh meraikan ‘kejayaan’ itu dengan membawa mereka menikmati aiskrim kegemaran atau meluangkan masa sekejap di taman.
Anak takut jarum?
Tidak mahu memvaksinkan anak hanya kerana mereka takutkan jarum? Tetapi sampai bila harus mengelak? Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mengambil pendekatan yang jujur.
Bagi anak yang cukup besar untuk memahami maksud imunisasi, kongsikan dengan mereka kepentingan dan manfaat vaksin kepada diri.
Jangan sesekali mengaitkan vaksin dengan ugutan atau hukuman kerana itu hanya akan lebih menakutkan anak.
Anda juga sebagai ibu bapa harus kekal tenang sepanjang proses suntikan dan biarkan anak meluahkan emosi yang dirasai.
Perkara penting berkaitan imunisasi
Kini anda sudah mengetahui apa yang perlu dibawa semasa vaksin untuk anak agar mereka dapat melalui proses itu dengan baik.
Sebagai individu dewasa, anda mungkin sudah biasa dengan proses vaksinasi tetapi tidak bagi si kecil. Cara anda mendekati keseluruhan proses vaksin anak memainkan peranan utama dalam menentukan ketersediaan anak untuk mengambilnya.
Walaupun anda sendiri mempunyai ketakutan kepada jarum atau berasa sangat bimbang untuk anak mengambil imunisasi, namun jangan sesekali tunjukkan kepada mereka.
Jika anda mengambilnya dari sudut positif, terdapat kemungkinan ketakutan dalam diri sendiri turut akan dapat diatasi.
Akui, fahami dan terima sebarang ketakutan atau kebimbangan si kecil, namun jangan sesekali bangkitkan rasa ketakutan itu.
Kini setelah mengetahui beberapa petua tentang cara mempersiapkan anak mengenai suntikan imunisasi dan apa yang perlu dibawa semasa vaksin, pastinya proses ini tidak akan kelihatan begitu sukar.
Ingatlah bahawa setiap kanak-kanak adalah unik, begitu juga dengan cara mereka bertindak balas terhadap sesuatu.
[embed-health-tool-vaccination-tool]