Kanak-kanak yang dijangkiti tibi adalah kurang untuk menyebarkan bakteria tibi kepada orang lain. Ini kerana bentuk penyakit tibi yang dijumpai pada kanak-kanak selalunya adalah kurang berjangkit, berbanding dengan bentuk yang ada pada orang dewasa. Malahan, bukan semua individu yang dijangkiti bakteria tibi akan jatuh sakit. Terdapat dua keadaan berkaitan tibi iaitu jangkitan tibi pendam dan penyakit tibi.
Tanda dan simptom penyakit tibi dalam kalangan kanak-kanak
Antara tanda dan simptom tibi pada kanak-kanak termasuklah batuk, rasa sakit atau lemah, kurang bermain, kehilangan berat badan atau gagal membesar, demam dan berpeluh di waktu malam. Bentuk paling lazim penyakit tibi berlaku dalam paru-paru, malahan boleh menjejaskan bahagian tubuh badan yang lain. Bayi, anak kecil, dan kanak-kanak immunocompromised seperti kanak-kanak yang menghidap HIV, adalah berisiko tinggi mendapat bentuk tibi yang paling teruk seperti tibi meningitis atau penyebaran penyakit tibi.
Revolusi pemeriksaan tibi untuk kanak-kanak
Dalam penyelidikan terbaru yang didedahkan ketika Persidangan Kesihatan Paru-paru Global, di The Hague, saintis telah menemui cara baru pemeriksaan kanak-kanak untuk penyakit tibi. Revolusi terbaru ini dikatakan dapat menghalang ratusan ribu kanak-kanak setiap tahun daripada menghidap penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian ini.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di KNCV Tuberculosis Foundation ini menjumpai cara mudah bagi menguji sampel najis kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen