home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Si Kecil BERISIKO Terkena Difteria! Ibu Perlu Kenal Pasti Simptom & Puncanya

Si Kecil BERISIKO Terkena Difteria! Ibu Perlu Kenal Pasti Simptom & Puncanya

Pernah dengar mengenai wabak difteria? Ia amat mudah menjangkiti kanak-kanak. Ayuh semak artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan penyakit difteria. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Wabak difteria

Merupakan jangkitan bakteria yang mudah merebak dan boleh menjejaskan hidung dan tekak.

Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dan individu dewasa 60 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mengalaminya.

Selain itu, individu yang tinggal di persekitaran kotor dan sesak, tidak mendapat makanan seimbang serta tidak menerima suntikan vaksinasi juga berisiko.

Memahami simptom penyakit difteria

Pada peringkat awal, difteria boleh disalah anggap sebagai sakit tekak yang teruk. Demam dan pembengkakan pada kelenjar leher antara gejala awal lain.

Toksin atau racun berpunca daripada bakteria boleh membentuk lapisan tebal dalam hidung, tekak atau saluran pernafasan. Gejala ini yang membezakan wabak difteria dengan sakit tekak biasa.

Lapisan tebal berwarna kelabu atau hitam kabur ini boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan kesukaran menelan.

Baca juga:

Antara simptom lain yang boleh dialami:

  • Penglihatan berganda
  • Percakapan tidak jelas
  • Tanda seperti terkejut – kulit pucat dan sejuk, degupan jantung pantas, berpeluh dan tampak cemas

Punca wabak difteria

Wabak ini berlaku disebabkan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang merebak melalui individu atau sentuhan pada barangan mempunyai bakteria, seperti cawan atau tisu yang telah digunakan.

Jangkitan juga boleh menular apabila berada di sekitar individu dijangkiti ketika mereka bersin, batuk, menghembus hidung, bahkan semasa ketawa.

Walaupun tidak menunjukkan simptom, penularan bakteria boleh berlaku sehingga tempoh 4 minggu selepas jangkitan awal.

Selepas dijangkiti wabak difteria, bakteria akan melepaskan toksin berbahaya yang akan masuk ke saluran darah dan menyebabkan pembentukan lapisan kelabu tebal pada:

wabak difteria

  • Hidung
  • Tekak
  • Lidah
  • Saluran pernafasan

Komplikasi kesan wabak difteria

Dalam kes jangkitan berlaku di luar tekak, toksin boleh merebak melalui saluran darah dan mengakibatkan potensi masalah mengancam nyawa yang menjejaskan orang lain seperti jantung.

Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan:

  • Masalah pernafasan kesan penyakit difteria

Bakteria punca wabak ini menghasilkan toksin yang boleh merosakkan tisu di kawasan jangkitan seperti hidung dan tekak.

Pada bahagian itu akan terbentuk lapisan tebal keras terdiri daripada sel mati, bakteria dan bahan lain yang boleh menghalang pernafasan.

  • Kerosakan jantung kesan wabak difteria

Toksin turut boleh merebak ke aliran darah dan merosakkan tisu lain dalam badan seperti otot jantung dan menyebabkan komplikasi seperti keradangan otot jantung (miokarditis).

Dalam kes yang teruk, miokarditis boleh mengakibatkan kegagalan jantung kongestif dan kematian mengejut.

  • Kerosakan saraf

Toksin juga boleh mengakibatkan kerosakan saraf dengan menyasarkan bahagian tekak yang boleh mengakibatkan kesukaran menelan.

Saraf pada lengan dan kaki juga boleh meradang menyebabkan kelemahan otot.

wabak difteria

Jika toksin ini merosakkan saraf yang berfungsi mengawal otot semasa bernafas, kesannya otot boleh menjadi lumpuh. Sekiranya terjadi, anak mungkin memerlukan bantuan mekanikal pernafasan.

Dalam beberapa kes, toksin ini boleh merosakkan organ lain termasuk jantung, otak dan buah pinggang. Dianggarkan 50% individu tidak menerima rawatan maut disebabkan wabak ini.

Rawatan dan pencegahan

Anak yang dijangkiti difteria biasanya akan dirawat di hospital dan diasingkan.

Setelah doktor mengesahkan diagnosis penyakit difteria, anak akan diberikan antitoksin khas sama ada melalui suntikan atau IV bagi meneutralkan toksin yang merebak dalam badan.

Doktor juga mungkin akan menambah antibiotik, bertujuan untuk membunuh bakteria yang tertinggal.

Sekiranya tahap jangkitan kritikal, bantuan ventilator mungkin diperlukan untuk bernafas.

Dalam kes masalah toksin merebak ke jantung, buah pinggang atau sistem saraf pusat, anak mungkin diberikan cecair IV, oksigen atau ubat jantung.

Biasanya apabila seseorang individu didiagnosis menghidap difteria, doktor akan memaklumkan jabatan kesihatan tempatan dan merawat semua isi rumah yang mungkin terdedah kepada bakteria.

Rawatan merangkumi ujian sample tekak dan dos booster vaksin difteria. Mereka juga akan diberikan antibiotik sebagai langkah berjaga-jaga.

wabak difteria

Setelah antibiotik dan antitoksin bertindak balas, anak mestilah mendapatkan rehat yang secukupnya, antara 4-6 minggu atau sehingga pulih sepenuhnya.

Bed rest amat penting bagi individu yang mengembangkan miokarditis yang berpunca daripada wabak jangkitan ini.

Setelah sembuh, suntikan vaksinasi difteria mestilah diambil untuk melindungi daripada dijangkiti kembali. Individu yang pernah menghidap penyakit ini tidak dijamin kekebalan seumur hidup.

Bolehkah wabak difteria dicegah?

Cara utama untuk mencegah penyakit difteria ini adalah dengan suntikan vaksinasi.

Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan, anak akan mendapat suntikan vaksin DTap, iaitu kombinasi vaksin yang memberikan perlindungan terhadap difteria, tetanus dan pertussis.

3 suntikan dos akan diberikan, iaitu ketika anak berusia 2, 3 dan 5 bulan.

Manakala ketika anak berusia 18 bulan, suntikan DT yang merupakan dos booster untuk perlindungan tambahan terhadap difteria dan tetanus akan diberikan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Difteria. http://www.myhealth.gov.my/difteria/, Accessed on Sept 20, 2021
  2. Jadual Imunisasi. http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/,  Accessed on Sept 20, 2021
  3. Diphtheria. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897, Accessed on Sept 20, 2021
  4. Diphtheria. https://www.cdc.gov/diphtheria/index.html, Accessed on Sept 20, 2021
  5. Diphtheria. https://www.health.gov.au/health-topics/diphtheria, Accessed on Sept 20, 2021
  6. Diphtheria. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/diphtheria, Accessed on Sept 20, 2021
  7. Diphtheria. https://kidshealth.org/en/parents/diphtheria.html, Accessed on Sept 20, 2021
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada seminggu lalu
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah