Kemungkinan kanak-kanak yang menjilat sedikit pembersih tangan pada tangan mereka tidak mungkin akan menjadi sakit, tetapi sekiranya terminum dalam jumlah yang banyak, ia akan berisiko untuk keracunan alkohol. Ibu bapa dan pihak sekolah diberi amaran tentang masalah yang kian berleluasa apabila budak kecil mengalami keracunan selepas terminum pembersih tangan yang mengandungi alkohol.
Pembersih tangan yang mengandungi alkohol amat berguna dan merupakan langkah penting untuk mencegah kebanyakan jangkitan bakteria dan virus dengan beberapa pengecualian. Ia digunakan untuk melindungi kanak-kanak daripada kuman, tetapi apabila disalah gunakan, pembersih tanpa bilas ini boleh mengakibatkan kemudaratan.
Apakah yang kita tahu tentang pembersih tangan?
Pembersih tangan kelihatan cerah di dalam botol yang berwarna. Ia boleh dicampur dengan bahan yang berkilauan, bau seperti gula-gula getah, lemonade dan vanila. Pembungkusan seperti ini menjadikan ia sangat menarik kepada kanak-kanak. Meminumnya walaupun sedikit boleh meracuni kanak-kanak. Ia adalah seperti minum satu atau dua gelas minuman keras. Kita mungkin tidak mempunyai masalah membekalkan anak kita dengan pembersih tangan di dalam beg sekolahnya. Tetapi, kebanyakan pembersih tangan mengandungi lebih daripada 60% ethyl alkohol, iaitu kepekatan alkohol yang lebih kuat berbanding minuman keras yang biasa. Sebagai perbandingannya, wain dan bir mengandungi kira-kira 10-15% dan 10-15% alkohol, setiap satu daripadanya.
Disebabkan saiznya yang kecil, kanak-kanak adalah lebih sensitif terhadap keracunan alkohol berbanding orang dewasa. Mereka mungkin terhantuk, kelihatan mengantuk atau muntah. Alkohol juga boleh menyebabkan tahap gula di dalam darah menurun dengan mendadak membawa kepada sawan dan koma.
Bagaimanakah orang dewasa boleh mencegah keracunan pembersih tangan?
Pembersih tangan selalunya terdapat di dalam senarai barang bekalan sekolah. Kebanyakan orang dewasa tidak mengetahui bahawa pembersih tangan mengandungi alkohol yang banyak atau jenis alkohol yang boleh membawa kepada keracunan. Walaupun membasuh tangan dengan sabun dan air adalah digalakkan, adalah dipercayai membasuh tangan dengan pembersih tangan yang mengandungi alkohol adalah pilihan terbaik untuk menjaga kebersihan tangan. Sekiranya anda ingin membeli pembersih tangan kepada anak anda, ia mungkin lebih baik untuk menggunakan jenama yang tidak mengandungi alkohol atau hanya memberikan pengelap tangan sahaja.
Pastikan kanak-kanak menggunakan pembersih tangan ini dengan betul di bawah pengawasan orang dewasa. Ini boleh membantu mencegah sebarang masalah. Untuk menggunakan pembersih tangan dengan betul, gunakan satu atau dua pancut atau pam. Gosokkan kedua-dua tangan dengan pantas, di depan dan belakang, di celah jari, sekitarnya dan di bawah kuku sehingga tangan kering. Orang dewasa haruslah meletakkan pembersih tangan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak. Pengawasan ibu bapa atau guru adalah penting semasa menggunakan produk pembersih tangan, terutamanya kepada kanak-kanak yang lebih besar yang berkemungkinan menyalahgunakan produk ini sepanjang sesi persekolahan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]