Menjaga anak sakit, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit kanser merupakan satu cabaran untuk mana-mana ibu dan bapa di luar sana.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Menjaga anak sakit, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit kanser merupakan satu cabaran untuk mana-mana ibu dan bapa di luar sana.
Tidak dinafikan, ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit kanser perlu berkorban dari segi fizikal, emosi dan juga kewangan bagi memastikan anak mereka kekal sihat.
Kami faham bahawa menjaga anak-anak yang istimewa ini merupakan sebuah tanggungjawab yang amat besar.
Menurut kajian, kanser yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak mempunyi punca yang berbeza daripada kanser yang berlaku kepada orang dewasa.
Kanser yang menyerang orang dewasa selalunya berkait rapat dengan faktor gaya hidup atau faktor persekitaran seperti amalan merokok, minum arak ataupun obesiti.
Namun, kanser dalam kalangan kanak-kanak pula selalunya terjadi tanpa sebab yang jelas. Puncanya juga selalunya tidak dapat dikenal pasti.
Selalunya, kanak-kanak yang sakit akan dirawat dengan cara yang berbeza. Keadaan emosi mereka juga perlu diambil kira supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan penyakit yang dialami.
Kanser yang berlaku pada kanak-kanak selalunya tidak dapat dielakkan atau dikenal pasti dengan lebih awal.
Kebanyakan kanser dalam kanak-kanak boleh dipulihkan dengan rawatan kanser seperti pembedahan dan terapi radio.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Bukan mudah untuk menerima hakikat apabila anak didiagnosis dengan kanser. Ramai yang akan rasa sedih, terluka malah keliru apabila mereka mendapat tahu bahawa anak mereka menghidap penyakit ini.
Pastikan anda sentiasa ingat bahawa:
Informasi yang boleh didapati di laman sesawang amat berguna jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai jenis kanser yang anak anda alami.
Selain itu, anda juga boleh memahami lebih mendalam lagi tentang prosedur, rawatan, ataupun percubaan klinikal yang terdapat di Malaysia.
Leukemia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ada beberapa jenis leukemia yang anda perlu tahu iaitu acute lymphocytic leukaemia (ALL) dan acute myeloid leukaemia (AML).
Kanser lain seperti kanser paru-paru juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Namun, peratusannya amat rendah lebih-lebih lagi jenis kanser yang berlaku kepada orang dewasa.
WHO menjelaskan bahawa 10% daripada kanser yang berlaku dalam kanak-kanak mempunyai kaitan genetik. Tetapi, masih banyak kajian yang perlu dijalankan sebelum pakar boleh memastikan punca sebenar kanser tersebut.
Kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap kanser dapat menerima rawatan dengan baik dan hampir 80% daripada pesakit boleh hidup lebih daripada 5 tahun.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghidap kanser mungkin perlukan rawatan seumur hidup untuk pastikan kanser tersebut tidak kembali.
Mengurus anak yang mempunyai penyakit kanser bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, anda boleh lakukan beberapa perkara untuk pastikan anak anda kekal tenang. Antaranya termasuklah:
Selepas rawatan kanser, pihak hospital selalunya akan menyediakan jadual rawatan tambahan ataupun pemeriksaan follow-up untuk anak anda.
Pastikan anda sentiasa bawa anak untuk pemeriksaan ketika dijadualkan. Apabila anak semakin membesar, dia mungkin tidak lagi perlukan rawatan yang sekerap dahulu kerana sakit yang dialami akan beransur pulih.
Walau bagaimanapun, follow-up masih lagi penting supaya doktor boleh memantau keadaan anak anda dan pastikan mereka tidak mengalami apa-apa kesan sampingan daripada rawatan kanser yang diterima.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen