Tiada siapa pun yang tahu apa punca autisme yang sebenar di sebalik masalah ini tetapi ada banyak faktor risiko yang berkemungkinan telah berjaya ditemukan dan ditentukan oleh para pengkaji.
Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang penyebab autisme pada janin, jenis autisme, tanda austisme dan kesan autisme!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.
Punca autisme #1. Genetik
Autisme mempunyai kecenderungan untuk diwarisi dalam kalangan keluarga dan ia mungkin sesuatu yang diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.
Sebagai contohnya, sekiranya salah seorang ibu bapa mempunyai autisme, maka anaknya berkemungkinan untuk mempunyai autisme.
Jika seorang kanak-kanak itu didiagnosis dengan autisme, terdapat kemungkinan kepada adik-beradiknya untuk mempunyai keadaan yang sama.
Adalah menjadi kelaziman untuk sepasang kembar mempunyai autisme.
Bijak pandai berpendapat bahawa salah satu faktor utama untuk seseorang mempunyai penyakit ini adalah genetik.
Tetapi terdapat beberapa genetik di dalam tubuh badan manusia yang dikaji oleh ahli saintis bagi mengetahui genetik yang manakah penyebab utama perkembangan autisme.
Di dalam sesetengah kes, autisme mungkin berkaitan dengan kecelaruan genetik yang lain seperti sindrom fragile-X atau sklerosis tuberos.
Manakala dalam kes yang lain pula, sedikit perubahan dalam pelbagai genetik boleh menjadikan seseorang itu cenderung terhadap autisme.
Sesetengah genetik boleh menjejaskan perkembangan otak atau komunikasi sel otak, atau terdapat beberapa yang berpotensi untuk memburukkan keadaan simptom autisme.
Punca autisme #2. Persekitaran
Pencetus persekitaran boleh mengakibatkan perkembangan tanda autisme.
Berlakunya masalah ketika mengandung atau ubat yang diambil ketika itu juga boleh memainkan peranan.
Sebagai contoh, jangkitan virus, pendedahan terhadap pencemaran udara atau ubat yang dipreskripsikan seperti thalidomide dan valproic asid boleh meningkatkan risiko dalam kalangan kanak-kanak.
#3. Pelbagai punca biologi yang lain
Terdapat keadaan kesihatan yang tertentu yang boleh dikaitkan dengan tanda autisme, termasuklah:
- Sindrom Down: Kecelaruan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan pendek
- Distrofi otot: Sekumpulan keadaan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Dalam keadaan ini, genetik yang tidak normal mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot
- Palsi serebrum: Penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf, menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi
- Spasma infantil: Sejenis epilepsi (keadaan apabila otak mengakibatkan serangan sawan yang berulang)
- Masalah sistem metabolisme
- Masalah sistem imuniti
Salah faham tentang punca autisme berlaku
Benarkah vaksin menjadi antara punca anak autisme?
Vaksin adalah mudah untuk diberikan tetapi ia sangat berkesan untuk melindungi kanak-kanak.
Walaupun vaksin mempunyai kesan sampingan, ia boleh mendatangkan kebaikan lebih daripada keburukan.
Tidak mendapatkan vaksin boleh mendatangkan risiko jangkitan yang serius terhadap anak anda.
Meskipunautisme tidak mempunyai sebab utama, faktor risiko dan faktor yang berkemungkinan seperti masalah genetik dan masalah persekitaran boleh memainkan peranan penting.
Doktor mengkaji maklumat ini untuk menentukan punca-punca dan rawatan yang sesuai kepada anak anda.
[embed-health-tool-child-growth-chart]