Setiap kali anak berdiri di sebelah rakan sebaya, hati ibu ayah mungkin terusik—“Kenapa anak saya nampak lebih kecil?” Kadang timbul rasa bersalah, tertanya-tanya…cukup ke menu makanan yang kita sediakan setiap hari untuk bantu dia membesar dengan sihat?
Realitinya, masalah tumbesaran terbantut bukan sekadar soal fizikal. Ia boleh jejaskan kesihatan, semangat belajar dan keyakinan diri anak. Tapi ibu bapa masih punya ruang untuk bantu. Semuanya bermula dengan nutrisi lengkap untuk pertumbuhan anak.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Apa itu tumbesaran terbantut?
Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan carta peratusan ketinggian yang dibangunkan oleh pakar pediatrik.
Anak anda mungkin dikategorikan sebagai pendek jika1,2:
- Tinggi badannya jauh lebih rendah berbanding kanak-kanak seusia dan sejantina
- Ketinggiannya berada di bawah persentil ke-3 (kurang daripada 97% kanak-kanak lain dalam kumpulan umur sama)
Ini bukan tentang fizikal semata, tetapi juga tanda bahawa tumbesaran mereka tidak selari dengan usia sebenar dan mungkin memerlukan perhatian lanjut, terutamanya terutamanya dari segi gaya hidup dan menu makanan harian yang diambil.
Punca anak tidak tinggi seperti rakan sebaya
Beberapa punca umum yang mungkin mempengaruhi ketinggian dan tumbesaran anak:
Faktor genetik
Ibu bapa berbadan kecil mungkin mewariskan ciri fizikal tersebut kepada anak. Namun, genetik bukan satu-satunya penentu3.
Kekurangan menu makanan berkhasiat (malnutrisi)
Kekurangan pengambilan makanan berzat – terutamanya protein, kalsium dan vitamin – boleh mengganggu proses tumbesaran normal4.
Tidur tidak cukup

Hormon tumbesaran dirembes ketika anak tidur nyenyak. Jika tidur tidak mencukupi atau terganggu, tumbesaran mungkin terjejas5.
Kurang aktiviti fizikal
Pergerakan fizikal merangsang pertumbuhan otot dan tulang. Kanak-kanak yang terlalu pasif atau banyak menghadap gajet mungkin kurang mendapat rangsangan pertumbuhan6.
Masalah kesihatan
Penyakit kronik yang melibatkan organ utama seperti jantung atau paru-paru, ketidakseimbangan hormon atau masalah penyerapan nutrien juga boleh mempengaruhi kadar tumbesaran anak7.
Peranan ibu bapa menyokong tumbesaran dengan menu makanan seimbang
Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam memastikan anak membesar dengan sihat. Walaupun tidak semua faktor boleh dikawal, terdapat beberapa langkah proaktif yang boleh diambil4,5,6,8,9:
- Menyediakan menu makanan harian yang kaya protein dan vitamin penting
- Pastikan anak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti
- Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal secara konsisten
- Elakkan tekanan emosi berlebihan yang boleh jejaskan hormon pertumbuhan
- Tambahkan susu formulasi khas sebagai pelengkap nutrisi harian

Nutrisi lengkap untuk pertumbuhan anak
Pemakanan harian yang seimbang dan menyeluruh menyumbang kepada nutrisi lengkap untuk pertumbuhan anak.
Anak yang makan dengan baik—termasuk pengambilan karbohidrat kompleks, protein berkualiti, lemak sihat, vitamin dan mineral—akan lebih berpotensi untuk membesar mengikut kadar yang sihat,8,9.
Bukan itu sahaja, makanan tinggi gula tambahan, makanan segera bergoreng dan minuman berkarbonat juga perlu dikurangkan agar anak mendapat khasiat sebenar daripada makanan.
Susu untuk tumbesaran anak merupakan pelengkap penting dalam pemakanan si manja. Ia menyediakan pelbagai nutrien asas seperti kalsium, protein dan vitamin D yang membantu pembentukan tulang, serta menyokong perkembangan otak dan imun badan10.
Jika si manja mengalami isu lambat membesar, susu terbaik untuk anak tak cukup tinggi adalah pilihan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa—terutama susu yang diformulasikan khas untuk fasa pembesaran aktif.
Susu Dutch Lady® MaxGro, menu makanan lengkap untuk anak
Diperkaya dengan kalsium, protein, vitamin D dan vitamin A – susu adalah antara sumber nutrisi paling lengkap yang menyokong pembentukan tulang dan pertumbuhan menyeluruh anak10,11.
Jika si manja mengalami masalah berat badan rendah atau tumbesaran terbantut, pengambilan susu boleh menjadi salah satu cara efektif untuk menambah berat badan anak. Ini kerana susu mengandungi kalori yang mencukupi dan mudah dihadam oleh badan.
Buat ibu bapa yang sedang mencari cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas, Susu Dutch Lady® MaxGro adalah pilihan yang tepat!

Diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 9 tahun, susu ini menyediakan sehingga 80% daripada nutrien harian utama seperti yang disarankan dalam Malaysia RNI 2017. Ia membantu memastikan anak mendapat nutrisi lengkap untuk pertumbuhan anak dalam fasa pembesaran penting ini.
Dutch Lady® MaxGro juga mengandungi 9 Essential Amino Acids (EAA), berperanan sebagai blok binaan protein penting untuk pembentukan otot dan tulang yang sihat.
Selain itu, susu ini turut diperkaya dengan Docosahexaenoic Acid (DHA) (80mg/100g) – sejenis asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan fungsi kognitif si manja12.
DHA membantu meningkatkan daya berfikir, ingatan serta kebolehan pembelajaran, menjadikannya nutrien penting dalam menyokong fasa awal perkembangan otak anak.
Cadangan pengambilan harian susu Dutch Lady® MaxGro:
- 1–3 tahun: 2–3 gelas sehari
- 4–9 tahun: 3–4 gelas sehari
Dengan pengambilan susu untuk tumbesaran anak seperti Dutch Lady® MaxGro secara konsisten setiap hari, anak bukan sahaja mendapat nutrien yang mencukupi – malah turut dibantu untuk mengelakkan masalah tumbesaran terbantut yang boleh menjejaskan perkembangan secara keseluruhan.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Dutch Lady® MaxGro.
Sokong tumbesaran dengan menu makanan berkhasiat untuk anak
Mulakan langkah awal dengan menyediakan menu makanan seimbang yang lengkap dengan nutrisi lengkap untuk pertumbuhan anak – termasuk susu terbaik untuk anak tak cukup tinggi seperti Dutch Lady® MaxGro. Jangan tunggu hingga anak ketinggalan. Bertindak sekarang!
[embed-health-tool-child-growth-chart]