Penting atau tidak ya didikan seni dan kreatif kepada anak-anak? Tahukah anda, aktiviti seperti ini akan mengembangkan kreativiti, kemahiran motor, mampu mengekspresi diri, menyelesaikan masalah dan meningkatkan keyakinan diri.
Kebanyakan ibu bapa hanya menekankan tentang kepentingan aspek pelajaran semata-mata kepada anak mereka sedangkan terdapat banyak lagi aspek yang membantu pembentukan diri anak-anak misalnya aspek sukan, aspek kemahiran mahupun aspek seni kreatif.
Oleh sebab itu, kanak-kanak dan kreativiti tidak dapat dipisahkan. Kerana daripada aktiviti inilah mereka dapat explore dan memupuk rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara.
Ingin ketahui kepentingan didikan seni dan kreatif kepada anak-anak anda? Teruskan membaca artikel ini sehingga habis ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Aktiviti yang boleh dilakukan untuk perkembangan seni kanak-kanak

- Lipatan kertas origami
- Lukisan cat air/ akrilik/ minyak
- Membina lego
- Membina menggunakan kotak kadbod
- Anyaman kertas
- Carta kertas menggunakan cap ibu jari
- Mengukir tanah liat
- Melukis
- Membuat cetakan
- membuat topeng dari kertas
- Seni pasir dan macam-macam lagi!
Kepentingan didikan seni dan kreatif kepada anak-anak
Berikut adalah kepentingan seni dan kreatif kepada anak-anak:
#1. Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif
Secara semulajadi, sikap kreatif sudah wujud dalam diri setiap kanak-kanak lagi. Namun, dengan dorongan dan didikan ibu bapa, sikap ini akan lebih bercambah lalu menjadikan anak-anak lebih yakin danselesa untuk mengekspresikan kesenian dan kreativiti mereka kepada umum.
Kepentingan didikan seni dan kreatif kepada anak-anak #2. Mengasah kemahiran motor halus anak

Kemahiran motor halus anak anda dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni seperti melukis, menggunting mahupun menulis. Ini adalah praktis yang terbaik untuk menguatkan motor halus mereka.
Dalam pada itu, dengan praktis ini juga ibu bapa dapat mengetahuitangan dominan anak mereka sekaligus lebih memudahkan proses dan praktis pengawalan motor halus atau tangan mereka. Ini akan membuatkan anak anda akan lebih cepat dan pandai menulis kelak.
#3. Menghubungkan neuron-neuron anak anda
Seni merupakan aktiviti yang dapat menghubungkan setiap deria yang terdapat pada manusia iaitu deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.
Oleh itu aktiviti seni seperti melukis yang melibatkan deria lihat dan sentuh atau lain-lain jelas sekali dapat membantu dalam pembentukan neuron anak anda sekaligus mengesahkan bahawa kanak-kanak dan kreativiti amatlah penting.
Kepentingan didikan seni dan kreatif kepada anak-anak #4. Meluahkan perasaan mereka melalui seni
Perkembangan seni kanak kanak dapat dilihat melalui snei yang dihasilkan. Seni kreatif ini akan menjadi alternatif untuk meluahkan perasaan gembira, sedih atau marah mereka.
Ibu bapa dapat mengesan perasaan anak anda dengan melihat kepada penggunaan warna, corak atau bentuk lukisan mereka lalu memudahkan ibu bapa membaca perasaan anak mereka dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
#5. Membina ikatan seisi keluarga
Tidak dinafikan kepentingan seni visual ini penting untuk membina ikatan seisi keluarga. Anda boleh jadikan melukis sebagai satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga.
Dengan aktiviti seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama anak-anak, tetapi hasil lukisan tersebut juga boleh dijadikan kenangan untuk masa hadapan.
#6. Boleh dijadikan alat untuk mengajar anak
Tidak semua kanak-kanak boleh belajar dengan cara yang formal. Malah kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk belajar melalui visual. Oleh itu, ibu bapa boleh menggunakan cara ini untuk proses pembelajaran anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggunakan visual seperti lukisan binatang dan makanan untuk mengajar anak nama binatang serta nama makanan.
Kepentingan seni visual sangat penting dalam pembentukan fizikal dan perkembangan emosi anak anda pada hari ini. Seni bukan sahaja dapat membantu dari aspek pembangunan emosi atau rohani, seni juga dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak yang amat diperlukan seperti kemahiran menulis dewasa kelak.
Oleh itu, ibu bapa haruslah menekankan kepentingan didikan seni dan kreatif ini seawal usia anak lagi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]