Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain kotor adalah lebih berkemungkinan untuk lebih baik dalam pembelajaran mereka. Bayi yang mencengkam, merasa (perbuatan), rasa (oral) dan membaling objek, terutamanya makanan mereka, adalah sedang mengumpul maklumat berterusan tentang dunia di sekeliling mereka. Ahli psikologi menjalankan kajian kepada 72 bayi, masing-masing berumur 16 bulan, memberikan mereka beberapa bahan dan melihat jika bayi-bayi tersebut boleh belajar menyebut nama bahan yang diberikan.
Melalui kajian tersebut, mereka mendapati bahawa anak-anak yang lebih suka membuat kotor adalah lebih baik dalam pembelajaran dan menangkap perkataan. Pakar memberitahu, melalui tindakan seperti bermain dengan kerusi makan ataupun melempar barang sebenarnya, bayi sedang mendapat maklumat daripada perbuatan-perbuatan mereka. Malahan, mereka menggunakan maklumat tersebut kemudiannya. Setiap kanak-kanak diberikan 14 objek bukan pejal, termasuklah jem strawberi, keju, butterscotch, coklat cair dan oatmeal. Bayi-bayi ini kemudiannya disuruh menyebut nama setiap barang, dengan perkataan yang ringkas seperti ‘dax’ atau ‘kiv’. Seminit kemudian, bayi-bayi ini diberikan objek yang sama dalam bentuk yang berbeza, dan diminta untuk mengenal pasti objek sekali lagi. Saintis mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan lebih ‘tindak-tanduk kotor atau selekeh’ seperti menggenggam, mengambil atau membawa bahan ke dalam mulut mereka, boleh menamakan beberapa barang lebih tepat berbanding dengan bayi yang tidak melakukan ‘tindak-tanduk kotor; seperti menuding barang dengan jari. Daripada kajian ini, kira-kira 70% kanak-kanak yang melakukan aksi kotor dapat mengenal pasti barang dengan tepat, sementara kanak-kanak yang tidak membuat aksi kotor hanya kira-kira 50% sahaja yang menjawab dengan betul.
Manfaat jika biar anak bermain kotor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen