backup og meta

Penjagaan Bayi Bulan Ke-21

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda kini sudah berumur 21 bulan. Dia berkemungkinan sangat aktif dan sedang belajar berlari. Dia bahkan mungkin cuba berjalan berundur atau memanjat tangga. Ini sangat bagus! Dia sedang membina otot, koordinasi antara tangan dan mata serta kestabilannya. Jika anda menemui anak anda duduk dan diam, jangan terlalu risau. Kadangkala, anak anda mengambil masa untuk memerhati persekitarannya. Kebanyakan kanak-kanak akan menghabiskan sekitar 20% dari harinya untuk melakukan ini. Anda harus biarkan doktor tahu jika anak anda langsung tidak aktif.

Anak anda mungkin sudah mampu menyusun lego untuk membina bangunan atau menconteng kertas dan kadangkala dinding rumah. Ini menunjukkan bahawa skil motornya sedang berkembang.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Cara yang terbaik untuk membantu anak anda ialah dengan memberikannya kebebasan untuk berlari dan jatuh. Sebagai seorang ibu, sudha pasti susah untuk melepaskan anak anda. Anda tidak pernah ingin melihat anak anda cedera. Tetapi, semakin banyak mereka jatuh, semakin kuat semangat mereka untuk bangun semula. Ini adalah cara yang terbaik untuk anak anda belajar dan membesar.

Anak anda akan ingin melukis dan menconteng. Anda harus menggalakkan mereka dengan memberikan mereka kertas kosong dan krayon. Jika anda memilih pen marker, pastikan ia jenis yang boleh dibasuh. Anda boleh membantu mereka menjadi lebih kreatif.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Jika anak anda tidur berdengkur, membuat bunyi dengkur atau bernafas melalui mulut, anda harus memaklumkannya kepada doktor. Jika anak anda mengalami masalah tidur disebabkan tonsil atau tekak bengkak, doktor akan mengesyorkan untuk membuangnya. Membuang tonsil adalah cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah anak anda.

Apa yang harus beritahu doktor?

Cara yang paling selamat dan efektif untuk membuatkan ubat anak anda makan ubat apabila dia enggan disebabkan rasa, rupa atau bau ubat yang tidak menarik adalah:

  • Letakkan satu sudu garam atau jus ke dalam ubat tersebut;
  • Campurkan ubat ke dalam secawan susu atau jus;
  • Campurkan ubat ke dalam yogut atau epal hancur;
  • Buatkan ubat tersebut seperti gula-gula;
  • Gunakan picagari oral atau ubat titisan;
  • Minta ubat lain dari doktor.

Jika anak anda masih enggan mengambil ubat disebabkan rasanya, sila bercakap dengan ahli farmasi. Anda juga boleh bertanya doktor anak anda untuk mengesyorkan atau mempreskrip ubat jenis tablet yang anda boleh hancurkan dan campurkan dengan yogut atau epal hancur.

Apa Yang Dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Apa yang anda mungkin bimbangkan ialah teror malam. Ia adalah berbeza dengan mimpi ngeri. Semasa teror malam, mata anak anda terbuka, dan dia akan bergerak dan kebiasaannya menjerit dan menangis. Hal ini tdak kerap berlaku tetapi adalah satu yang menakutkan jika berlaku kepada anak anda. Kebiasaannya anda tidak boleh membangunkan atau menenangkan anak anda. Ini membuatkan anda berasa tidak berdaya. Anak anda kelihatan seperti sedar, tetapi masih tidur.

Jangan risau – teror malam tidak berbahaya. Jika menenangkan mereka membantu anak anda semasa teror malam, anda boleh lakukannya. Jangan paksakan sentuhan fizikal atau cuba menahan dirinya. Pastikan dia tidak mencederakan dirinya. Selepas beberapa lama, dia akan kembali kepada tidur yang normal.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

BabyCenter Medical Advisory Board. Toddler sleep habits: Snorting, sweating, head banging, and more. http://www.babycenter.com/0_toddler-sleep-habits-snorting-sweating-head-banging-and-more_3656751.bc. Accessed June 3, 2015.

BabyCenter Medical Advisory Board. Test your health IQ: What’s the best way to make the medicine go down? http://www.babycenter.com/0_test-your-health-iq-whats-the-best-way-to-make-the-medicine_1227228.bc. Accessed June 3, 2015.

Your 21-month-old: Week 1. http://www.babycenter.com/6_your-21-month-old-week-1_5992.bc. Accessed June 3, 2015.

Your 21-month-old: Week 2. http://www.babycenter.com/6_your-21-month-old-week-2_10329455.bc. Accessed June 3, 2015.

Your 21-month-old: Week 3. http://www.babycenter.com/6_your-21-month-old-week-3_10329459.bc. Accessed June 3, 2015.

Your 21-month-old: Week 4. http://www.babycenter.com/6_your-21-month-old-week-4_10329463.bc. Accessed June 3, 2015.

21-Month-Old Child. http://www.whattoexpect.com/toddler/21-month-old.aspx. Accessed June 3, 2015.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar

Pening Nak Pilih Susu Formula Yang Terbaik? Ini 7 Benda Kena Lihat Sebelum Beli Susu Anak


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan