Setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka sejak dari dalam kandungan. Selepas lahir, tanggungjawab anda bertambah besar kerana bagi setiap pencapaian perkembangan (milestone), anak anda memerlukan penjagaan yang berbeza. Berikut adalah antara perkembangan anak 2 tahun yang boleh anda perhatikan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Perkembangan anak 2 tahun
Antara perkembangan bayi 2 tahun yang boleh anda perhatikan:
1. Belajar berjalan
Apabila bayi berumur 2 tahun, mereka belajar mengambil langkah pertama. Kebanyakan bayi mula berjalan semasa berumur antara 9 ke 17 bulan. Mereka boleh melakukannya selangkah pada satu-satu masa dan tidak memerlukan bantuan dari ibu bapa mereka.
2. Mula berlari
Selepas 6 bulan berjalan, bayi anda kini boleh berlari serba sedikit. Mereka akan selalu berlari ke sana sini. Anda akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk melayan mereka. Sila bersedia untuk bermain kejar-kejar!
Baca juga:
- Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 jam Masa Skrin Sehari? Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet
- Mahu Libatkan Anak Anda Dalam Sukan Lasak? Perhatikan Hal Ini Terlebih Dahulu
Perkembangan anak 2 tahun 3: Memanjat
Sila bersedia dengan pengembaraan bayi anda. Sebaik sahaja mereka telah mahir berjalan dan berlari di atas tanah, mereka akan mula “naik” ke atas. “Naik” bermaksud memanjat keluar dari buaian, di atas perabot dan tangga.
Pada satu tahap, anda mungkin perlu mengalihkan buaian tersebut untuk mengelakkan risiko dan memerhatikan mereka sepanjang masa.
4. Lahirnya seorang pemain bola sepak
Ini adalah tahap di mana anak anda belajar mengenali dunia. Mereka mungkin mula menyepak objek seperti bola. Belajar menyepak adalah satu langkah yang besar di dalam perkembangan seorang bayi.
Selepas mengetahui bola boleh melantun, mereka akan bertukar kepada perkara lain seperti alat mainan atau makanan untuk melihat jika ia mempunyai reaksi yang sama. Begitulah bagaimana anak anda mendapat pelajaran kognitif mereka yang pertama.
5. Menconteng dan makan dengan sendiri
Semasa tahun kedua, anak anda akan lebih mahir dalam mengawal tangan dan jari mereka. Mereka boleh mengambil krayon, melukis garisan atau memegang sudu untuk makan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
6. Anak anda mula menggunakan imaginasi mereka
Antara 18 ke 24 bulan, bayi mula menggunakan imaginasi mereka. Ibu bapa boleh menyedarinya melalui permainan anak-anak mereka. Ia boleh jadi dalam bentuk bercakap dengan anak patung, memberi Donald duck makan atau bercakap di telefon mainan. Otak mereka kini bersedia untuk pengemberaan yang baru.
7. Mereka akhirnya boleh bercakap
Semasa berumur 15 ke 18 bulan, mereka boleh bercakap perkataan yang betul. Apabila mencapai 24 bulan, mereka boleh menghasilkan ayat-ayat pendek.
Perkembangan anak 2 tahun 8: Mereka mula berkawan
Menjelang pengkahiran tahun kedua, bayi kebiasaannya lebih suka bermain bersama kawan-kawan. Kehidupan sosial mereka bermula di sini.