backup og meta

Anak Gemar Baca Komik? Jangan Halang! Ada 5 Manfaat Membaca Komik Buat Kanak-kanak

Anak Gemar Baca Komik? Jangan Halang! Ada 5 Manfaat Membaca Komik Buat Kanak-kanak

Mungkin ada ibu bapa yang menganggap jika anak baca komik, itu hanya akan membuang masa sahaja. Padahal, ia mampu membawa pelbagai manfaat terhadap kanak-kanak terutama jika mereka ada masalah membaca.

Pun begitu, benarkah jika tabiat ini bagus buat anak anda yang sedang membesar? Jom baca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

Akses kepada buku komik kini tiada had!

Komik merupakan suatu bentuk kandungan khusus untuk hiburan yang menggunakan gabungan dialog dan gambar.

Ia sangat sesuai untuk seseorang yang baru belajar membaca seperti kanak-kanak kerana komik mempunyai banyak genre atau cerita berbeza di mana ia sekali gus akan menarik minat mereka untuk membaca.

Pada zaman dahulu, komik perlu dibeli untuk dibaca. Maka, kanak-kanak yang sudah tentu kurang memiliki sumber kewangan akan sukar untuk mendapat buku ini kerana mereka perlu meminta pada ibu bapa.

Akses kepada komik kini tiada had dengan kewujudan jalur lebar kerana ia boleh diakses walau di mana sahaja anda berada selagi ada talian dan capaian internet. Benar, komik pada zaman sekarang ini ‘percuma’!

baca komik
Kanak-kanak perempuan yang gemar membaca komik.

Sebagai ibu bapa, tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak? Atau kalian tidak fikir begitu?

Apa manfaat baca komik untuk kanak-kanak?

Tidak kira sama ada daripada buku komik atau komik online, ada banyak manfaat baca komik anda perlu tahu:

#1. Memupuk minat anak anda membaca

Kebanyakan individu terutama kanak-kanak, tidak suka untuk baca buku yang penuh dengan kata-kata, ayat dan tulisan!

Berita baik buat anda, semua jenis komik tidak penuh dengan tulisan sahaja malah juga lukisan dalam bentuk watak cerita tersebut. Jadi, ia mungkin mampu membantu anak terhindar daripada rasa bosan ketika sedang membaca.

Jika kanak-kanak gemar membaca komik sejak usia kecil lagi, mereka akan mula rasa terbiasa. Secara tidak langsung pula, ia mungkin akan memupuk minat mereka untuk terus membaca di saat sedang membesar.

#2. Meningkatkan pemahaman teks

baca komik
Kelebihan mengajar anak membaca buku dengan suara yang kuat.

Kedua, komik mungkin sinonim sebagai bacaan ringan dan ringkas, tetapi itu bukan bermakna ia tidak akan mengajar sebarang kata dan ayat kepada kanak-kanak yang memang sedang mengumpul kosa kata baharu.

Adalah lebih baik lagi jika komik ditulis dalam terjemahan dwibahasa contohnya bahasa Melayu serta bahasa Inggeris kerana ini merupakan langkah awal untuk anak anda mendalami dan memahami bahasa asing.

#3. Meningkatkan pemahaman ilustrasi

Ketiga, komik juga sinonim dengan ilustrasi yang sarat dengan macam-macam rupa, bentuk dan mungkin warna bagi memeriahkan isi buku. Selain menarik perhatian, ia juga akan memberi pemahaman yang baru.

Ini kerana setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik akan buat kanak-kanak meneliti, memahami, memikirkan lalu menjelaskan situasi di sebalik gambar, sekali gus dapat meningkatkan pemahaman ilustrasi.

Manfaat baca komik #4. Menjana kreativiti

Kreativiti merupakan satu sifat atau bakat yang akan lahir secara semula jadi tetapi ia mungkin masih boleh dipupuk.

Bagaimana? Caranya adalah dengan lebih banyak melihat dan membaca produk kreatif seperti komik. Apabila kanak-kanak itu membesar dengan suasana sarat dengan seni, ia dapat membantu menjana kreativiti!

baca komik
Membaca komik bersama anak.

#5. Komik bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca

Jangan terkejut jika kami kata kanak-kanak yang ada masalah membaca seperti disleksia lebih gemar untuk membaca buku komik tanpa merasa tertekan apabila melihat terlalu banyak huruf dalam buku biasa.

Menurut kajian terbitan Bucks County Free Library pula, anak autisme itu lebih senang mengetahui dan mempelajari perasaan dengan cara meneliti serta mengamati setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik.

Dalam erti kata lebih mudah, komik memang alternatif yang agak bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca.

Awas juga dengan kesan negatif baca komik!

Tidak dapat dinafikan bahawa komik memang mempunyai banyak manfaat serta mampu menarik minat individu terutama yang masih muda untuk membaca. Namun, ia bukan bermakna komik langsung tiada kesan negatif.

Antara impak buruk yang kanak-kanak mungkin akan terima daripada komik adalah pendedahan kepada bahan tidak sesuai buat mereka. Ibu bapa perlu waspada kerana ada komik yang berbaur politik, lucah dan ganas lantas tidak sesuai untuk bacaan budak bawah umur.

Konklusinya, ibu bapa memikul peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk minat kanak-kanak untuk membaca!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Comics and Child Health Education, https://advancingkids.org/2022/09/27/the-innovative-role-of-comic-books-in-child-health-education/, Accessed Apr 5 2023.
  2. The Power of Comics, https://www.literacyworldwide.org/blog/literacy-now/2018/12/20/the-power-of-comics, Accessed Apr 5 2023.
  3. 5 reasons graphic novels can help kids with reading, https://www.understood.org/en/articles/5-reasons-graphic-novels-can-help-kids-with-reading, Accessed Apr 5 2023.
  4. Yes, Some Comics Are For Kids — And They’re Big Business, https://www.npr.org/2017/07/22/538662858/yes-some-comics-are-for-kids-and-theyre-big-business, Accessed Apr 5 2023.
  5. It’s OK to Let Your Child Read Comic Books, https://www.horizoneducationcenters.org/blog/bid/203013/It-s-OK-to-Let-Your-Child-Read-Comic-Books, Accessed Apr 5 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan