backup og meta

Mama Papa, Sila Pantau Penggunaan Internet Anak Atau BAHAYA Menanti!

Mama Papa, Sila Pantau Penggunaan Internet Anak Atau BAHAYA Menanti!

Penggunaan internet pada masa kini bukan sahaja kepada individu dewasa, malah turut melibatkan kanak-kanak. Namun ada beberapa aspek keselamatan anak yang perlu ibu bapa ketahui.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keperluan penggunaan internet 

Internet boleh menjadi medium yang menyeronokkan buat kanak-kanak yang boleh digunakan dengan tujuan menyelesaikan tugasan sekolah, berkomunikasi dengan cikgu dan rakan-rakan serta untuk bermain permainan interaktif.

Namun mendapat akses internet ini juga turut meningkatkan risiko keselamatan anak seperti kandungan tidak sesuai, buli siber dan pemangsa dalam talian.

Sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui apa yang dilihat, didengar dan dikongsikan anak, serta dengan siapa mereka berinteraksi.

Seiring pertambahan usia anak, ibu bapa akan semakin sukar untuk mengawasi masa yang dihabiskan mereka untuk melayari internet. 

Tidak dinafikan, mereka mungkin mahu dan memerlukan sedikit privasi. Ia adalah situasi sihat dan normal kerana anak akan semakin berdikari.

Internet dapat menyediakan persekitaran ‘maya’ yang selamat kepada anak jika ada langkah berwaspada diambil.

penggunaan internet

Bahaya penggunaan internet kepada kanak-kanak

Penggunaan komputer dan gajet dengan sambungan internet adalah perkara biasa pada masa kini, malah menjadi tuntutan bagi menyiapkan tugasan sekolah atau kerja mahupun bermain. 

Namun ada kalanya ibu bapa mungkin terlepas pandang mengenai aspek keselamatan anak berkaitan ancaman yang boleh berlaku semasa menggunakan laman web.

Terdapat pelbagai bahaya yang boleh mempengaruhi anak semasa mereka melayari internet:

#Berhubungan dengan individu tidak diingini seperti:
  • Pemangsa. Contohnya dalam mesej di media sosial atau ruang sembang permainan interaktif
  • Buli siber. Kanak-kanak boleh menjadi sasaran dalam talian termasuklah kehidupan sebenar
  • Penipuan dalam talian. Pihak tertentu akan menipu anak untuk mendapatkan maklumat peribadi mengenai diri mereka atau anda
#Kandungan tidak sesuai, seperti:
  • Kandungan seksual eksplisit terutamanya gambar dan video pornografi
  • Kandungan atau grafik ganas seperti perbuatan menyerang
  • Kandungan lucah atau tidak sesuai dengan usia melibatkan bahasa kotor atau penggunaan dadah dan alkohol
  • Muat turun bahan cetak rompak termasuk fail muzik atau video

Baca juga:

Pentingnya aspek keselamatan anak 

Selain menyekat bahan tidak sepatutnya, anda perlu mendidik anak-anak tentang cara penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.

Garis panduan asas yang boleh dikongsikan dengan anak adalah:

  • Tidak berkongsikan gambar atau video peribadi dalam talian tanpa mendapat kebenaran ibu bapa
  • Jangan berikan maklumat peribadi diri tanpa kebenaran ibu bapa, seperti nama penuh, alamat rumah, nama sekolah atau nombor telefon
  • Jangan berkongsikan kata laluan dengan individu lain kecuali ibu bapa. Pastikan diri log keluar daripada akaun selepas penggunaan komputer awam
  • Semasa mencipta nama skrin, jangan masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh atau tarikh lahir 
  • Jangan bersetuju untuk berjumpa rakan dalam talian melainkan dengan kebenaran ibu bapa, ini kerana ada kalanya watak tersebut mungkin sekadar rekaan
  • Semasa menggunakan internet, elakkan daripada membalas emel, hantaran atau text yang berbaur ancaman
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa atau individu dewasa dipercayai mengenai komunikasi atau perbualan yang menakutkan atau menyakitkan

Sebagai ibu bapa, anda juga harus memerhatikan tanda amaran jika anak menjadi sasaran pemangsa dalam talian, seperti:

  • Menghabiskan masa berjam-jam dalam talian, terutamanya pada waktu malam
  • Menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali
  • Menerima hadiah secara pos
  • Anak menutup komputer atau gajet secara mendadak apabila anda masuk ke bilik mereka
  • Mengasingkan diri daripada bersama keluarga serta tidak suka membincangkan aktiviti yang dilakukan semasa melayari internet

Jika wujud gejala di atas, berbincanglah dengan anak! Lakukan komunikasi terbuka dan pastikan mereka selesa untuk mencari anda jika terjadinya masalah semasa melayari internet.

Selain itu, melalui perkongsian di laman Facebook milik Public Health Malaysia, terdapat beberapa ayat singkatan semasa penggunaan internet yang perlu ibu bapa ketahui. Antaranya:

penggunaan internet
Sumber: Public Health Malaysia

Ini kerana ia mungkin ayat-ayat singkatan yang digunakan oleh pemangsa untuk berkomunikasi dengan anak. 

Waspada ketika menggunakan internet 

Keselamatan siber untuk kanak-kanak adalah penting. Anda harus menetapkan peraturan kepada anak demi memastikan tahap keselamatan mereka terjamin.

Pastikan anak tidak berinteraksi dengan individu tidak dikenali di media sosial atau forum dalam talian mahupun ruang sembang. Ia adalah tempat pemangsa kanak-kanak dan pembuli siber.

Pedofil sering bersikap seperti kanak-kanak di media sosial dan ruang sembang untuk mendorong anak berjumpa dengan mereka. Berikan amaran kepada anak tentang bahaya yang boleh terjadi.

Berbual dengan remaja mengenai ancaman dalam talian dan sentiasa pantau aktiviti mereka. Ingatkan kepada mereka tentang bahaya menyiarkan lokasi sebenar semasa melayari internet. 

Ajak mereka untuk berbual secara terbuka dengan anda jika menghadapi masalah atau keadaan tidak menyelesakan ketika di dalam talian.

penggunaan internet

Hadkan masa skrin dan penggunaan internet anak-anak terutamanya jika mereka masih kecil dan galakkan anak untuk melakukan aktiviti fizikal lebih kerap.

Komunikasi terbuka adalah kunci keselamatan paling penting semasa membiarkan anak melayari internet khususnya jika anak anda seorang yang perahsia dan lebih gemarkan privasi.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Internet Safety. https://kidshealth.org/en/parents/net-safety.html, Accessed on Sept 30, 2021
  2. Internet Safety Tips for Children and Teens. https://www.nypl.org/help/about-nypl/legal-notices/internet-safety-tips, Accessed on Sept 30, 2021
  3. Internet safety: children 6-8 years. https://raisingchildren.net.au/school-age/play-media-technology/online-safety/internet-safety-6-8-years, Accessed on Sept 30, 2021
  4. 10 things every parent can do to keep their kids safe online. https://www.childrens.health.qld.gov.au/blog-10-things-keep-kids-safe-online/, Accessed on Sept 30, 2021
  5. How to keep your child safe online while stuck at home during the COVID-19 outbreak. https://www.unicef.org/coronavirus/keep-your-child-safe-online-at-home-covid-19, Accessed on Sept 30, 2021
  6. Keeping Children Safe Online. https://www.justice.gov/coronavirus/keeping-children-safe-online, Accessed on Sept 30, 2021
  7. Teaching kids about Internet safety. https://edu.gcfglobal.org/en/internetsafetyforkids/teaching-kids-about-internet-safety/1/, Accessed on Sept 30, 2021

Versi Terbaru

12/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Anda Bermain Gajet, Namun Kena Kawal!

Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 jam Masa Skrin Sehari? Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan