backup og meta

Anak Geli Pijak Rumput? Jangan Biarkan! Ini 8 Tanda Anak Alami Gangguan Deria Sentuhan

Anak Geli Pijak Rumput? Jangan Biarkan! Ini 8 Tanda Anak Alami Gangguan Deria Sentuhan

Anak geli pegang pasir atau rumput? Mungkin si kecil mengalami masalah gangguan pemprosesan deria sentuhan yang dikenali sebagai kepekaan sentuhan. 

Teruskan pembacaan untuk memahami keadaan tersebut serta aktiviti sensori yang boleh membantu mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Gangguan pemprosesan deria

Gangguan pemprosesan deria adalah keadaan neurologi pada kanak-kanak yang boleh menjejaskan cara memproses maklumat daripada deria.

Individu yang mengalami gangguan ini mungkin akan lebih sensitif atau tidak bertindak balas terhadap input deria – bergantung kepada cara mereka terjejas.

Antara input deria termasuklah:

  • Sentuhan (Tactile)
  • Bau (Olfactory)
  • Penglihatan (Sight
  • Pendengaran (Auditory)
  • Rasa (Gustatory)
  • Kesedaran diri (Proprioception)
  • Pergerakan (Vestibular)
  • Isyarat dari organ dalaman seperti lapar, buang air besar dan emosi (Interoception)

Kanak-kanak dengan masalah deria mungkin tidak akan menyukai perkara yang merangsang deria mereka secara berlebihan, seperti persekitaran yang bingit, cahaya terang atau bau kuat. 

Bagi anak yang tidak bertindak balas dengan input deria pula mungkin akan mencari rangsangan deria tambahan.

Isu berkaitan deria sentuhan

Bayangkan anda perlu memakai baju yang dibuat daripada kain guni kasar, saiz kasut 2x lebih kecil dan terdapat kipas bersaiz industri bertiup terus ke muka.

Ketika anda makan semangkuk bijirin, teksturnya seperti batu kerikil di dalam mulut dan semasa memberus gigi pula, terasa seperti menggosok bulu keluli pada gusi.

Itulah yang dirasai oleh mereka dengan keadaan kepekaan sentuhan (tactile sensitivity). Turut disebut sebagai disfungsi sentuhan (tactile dysfunction). 

Keadaan ini di mana sensitiviti deria sentuhan dan fungsinya meningkat hingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.

Nama lain bagi keadaan ini adalah defensif sentuhan (Tactile defensiveness) dan hipersensitiviti sentuhan – semuanya bermaksud keadaan yang sama.

Kanak-kanak dengan kepekaan deria sentuhan ini akan merasai sensasi tertentu dengan lebih kuat berbanding individu lain.

Perkara yang mungkin menjadi gangguan kecil kepada seseorang boleh menjadi sangat tidak selesa bagi mereka.

Anak dengan keadaan ini mungkin akan menjadi sangat sensitif kepada haba panas dan sejuk, atau sensasi air mahupun angin yang terkena kulitnya.

Walaupun kepekaan sentuhan ini cenderung kepada anak dengan autisme, namun ia boleh memberi kesan kepada mana-mana kanak-kanak.

tipu anak
Kesan menipu anak.

Tanda anak ada masalah dengan deria sentuhan

Kanak-kanak dengan kepekaan sentuhan mungkin menunjukkan gejala seperti:

  • Mengeluh tentang pakaian atau kasut, walaupun ia kelihatan sesuai dan diperbuat daripada fabrik yang biasanya selesa
  • Membantah untuk memotong atau menyikat rambut, memberus gigi, atau memotong kuku
  • Memakai kasut sepanjang masa – tidak suka berjalan-jalan dengan berkaki ayam
  • Tidak suka menjadi kotor
  • Tidak suka aktiviti seperti melukis jari atau bermain dengan barangan alat seni yang “squishy” seperti membentuk slime atau tanah liat
  • Cerewet makan kerana tekstur makanan tertentu sukar diterima
  • Berpaling apabila angin bertiup ke muka mereka
  • Mengeluh tentang perubahan suhu: berasa terlalu panas atau terlalu sejuk apabila udara sebenarnya sederhana

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Aktiviti sensori atasi kepekaan deria sentuhan

Anda boleh membantu anak dengan kepekaan sentuhan ini dengan melakukan aktiviti rangsang sensori mereka.

Namun suka untuk diingatkan, setiap anak adalah berbeza. Mungkin terdapat perkara yang berkesan untuk si kecil dan sebaliknya.

deria sentuhan
Anak tidak mahu mencuba aktiviti sensori.
  • Gunakan firm touch apabila menyentuh anak
  • Semasa mandi, minta anak membasuh rambut dan badan menggunakan mandian pancuran tangan (hand-held shower head) dan dekatkan dengan tubuh mereka
  • Cuba pakaikan stoking inside-out jika jahitan mengganggu mereka
  • Pakaikan pakaian tanpa tag
  • Sediakan bekas sensori deria untuk membolehkan anak menyentuh tekstur berbeza. Jika anak menolak, berikan mereka alat untuk digunakan supaya tangan mereka tidak bersentuhan secara langsung, seperti sudu, berus cat, penyedut minuman dan pencungkil gigi
  • Minta anak bersihkan bekas sensori deria dengan span, tisu atau air
  • Basuh kotoran barangan mainan luar rumah menggunakan kain atau span

Perkara paling utama yang perlu anda fahami sebelum mencuba aktiviti sensori ini adalah untuk memulakannya perlahan-lahan. Elakkan melakukan semuanya sekali gus atau pada hari mahupun minggu yang sama.

Jika anda melakukan terlalu banyak aktiviti deria sentuhan sekali gus, anak mungkin menolak untuk mencuba perkara baharu. Bahkan anda juga tidak akan mengetahui aktiviti mana yang benar-benar berkesan!

Konklusi

Penting untuk anda fahami, si kecil dengan defensif sentuhan bukan sengaja untuk menjadi cerewet.

Sensasi pada kulit yang dirasai mereka adalah sangat nyata – cara memproses sensasi tersebut berbeza daripada individu lain.

Kanak-kanak akan belajar bermain dan meneroka dan kepekaan sentuhan ini boleh menyukarkan situasi tersebut.

Keadaan ini boleh menyebabkan kelewatan perkembangan anak, tetapi berita baiknya ia boleh diatasi jika anda membawa anak untuk mendapatkan rawatan dengan pakar terapi bertauliah.
Jika anda fikir si kecil mungkin mengalami disfungsi sentuhan, bawalah mereka menjalani pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is tactile sensitivity? http://ceril.net/index.php/articulos?id=631, Accessed on Oct 24, 2022
  2. How to cope with sensitivity to touch and textures. https://www.understood.org/en/articles/tactile-sensitivity-how-to-cope, Accessed on Oct 24, 2022
  3. What is sensory processing disorder? https://familydoctor.org/condition/sensory-processing-disorder-spd/, Accessed on Oct 24, 2022
  4. Sensory Processing Issues Explained. https://childmind.org/article/sensory-processing-issues-explained/, Accessed on Oct 24, 2022
  5. Don’t Touch Me. https://ct.counseling.org/2011/04/dont-touch-me/, Accessed on Oct 24, 2022
  6. Sensory Processing and Attention Profiles Among Children With Sensory Processing Disorders and Autism Spectrum Disorders. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnint.2020.00022/full,  Accessed on Oct 24, 2022

Versi Terbaru

15/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Anak Lelaki Suka Main Masak-masak? Jangan Larang! Ini 7 Manfaatnya Yang Banyak Parents Tak Tahu!

Anak Suka Main Buaian Di Taman Permainan? Ini 9 Manfaat Untuk Perkembangan Si Kecil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan