backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi 25 bulan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

Perkembangan & Pelakuan

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Imaginasi merupakan salah satu perkara yang paling mengujakan bagi kanak-kanak prasekolah – kecuali jika ia dalam bentuk yang menakutkan. Kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasakan kerisauan memandangkan mereka sudah berkemampuan untuk membentuk imej mental di luar apa yang boleh dilihat di hadapan mereka. Buktinya adalah mereka akan takut kepada orang luar dan boleh ingat kepada pengalaman lalu seperti sakit dari suntikan vaksin.

Otak anak anda adalah sumber aktiviti kerana ia membentuk banyak hubungan saraf baru yang membantunya memahami “apa, bagaimana dan kenapa” tentang dunia ini. Dia akan mula bertanya banyak soalan. Itu adalah cara untuk mencari makna kepada sesuatu. Ini akan membuatkan anak anda berhubung lebih lama dengan anda dan belajar banyak perkataan baru.

Adakah telah tiba masanya untuk membuat latihan membuang air di tandas? Kebanyakan kanak-kanak 2 tahun sudah boleh membuang air dengan sendiri tetapi ada juga yang baru ingin mula membiasakan diri dengannya.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

  • Bawa “beg doktor” yang mengandungi stetoskop mainan, termometer dan sebagainya supaya anak anda boleh bermain permainan doktor. Bawa juga anak patung untuk menjadi “pesakit” anak anda.
  • Cakap tentang apa yang akan berlaku: “Mula-mula, kita akan berjalan ke meja besar itu dan sebutkan nama awak. Kemudian, kita akan duduk dan baca buku…”
  • Letak anak di atas riba semasa pemeriksaan doktor dan suntikan, jika boleh.
  • Jangan menipu. Jangan katakan, “Suntikan itu tak rasa apa-apa pun.”
  • Jangan berikan janji palsu seperti, “Tidak ada suntikan pun,” jika ada peluang anak anda akan mendapatkan suntikan.
  • Optimis dan tunjukkan riak wajah yang ceria. Kanak-kanak pandai membaca wajah dan bahasa badan.

Untuk menggalakkan anak anda belajar:

  • Jangan halang mereka dari menerokai apa yang ada di dalam rumah.
  • Rangsang deria mereka menggunakan permainan seperti tanah liat, pasir dan permainan musik seperti xylophone.
  • Dedahkan anak anda kepada tempat dan pengalaman baru: kolam, zoo dan lapangan terbang.
  • Sentiasa pastikan ada buku. Pergi ke perpustakaan dengan kerap untuk mendapatkan buku baru.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anak anda berkemungkinan sudah menjalani pemeriksaan semasa berumur 2 tahun. Jika tidak dijadualkan pada bulan yang lalu, anda harus berjumpa doktor pada bulan ini. Sila pastikan doktor tahu sebarang perubahan dalam tingkah laku atayu tabiat anak anda.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Anda mungkin terfikir bila seharusnya dimulakan latihan membuang air di tandas. Apa yang anda harus tahu ialah setiap kanak-kanak bermula di umur yang berbeza. Latihan ini boleh membuatkan anda dan anak anda tertekan. Berikut adalah beberapa tip ynag boleh membantu:

  • Jangan paksa anak anda jika dia masih belum bersedia. Ia hanya akan melambatkan latihan dan membuatkan anak anda berasa takut.
  • Cuba biarkan anak anda duduk di atas mangkuk tandas yang tertutup. Kemudian anda boleh bercakap dengannya tentang fungsi tandas tersebut.
  • Cuba bacakan buku. Anda boleh membaca buku sambil anak anda duduk di atas mangkuk tandas. Ini akan membantu menenangkannya.
  • Berikan ganjaran. Sebagai contoh, anda boleh berikan snek kegemarannya selepas berjaya melakukannya atau berikan masa lebih 15 minit untuk menggunakan Ipad.
  • Jika semuanya tidak menjadi, anda boleh berhenti dan cuba di masa yang lain.

Adalah sangat penting untuk tidak hilang sabar jika anda tertekan dan kecewa. Anak anda perlu dalam keadaan tenang.

Apa yang Dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang sama ada bagus atau tidak untuk mula mengurangkan pengambilan lemak dan kolesterol bagi anak anda untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan. Mengekalkan lemak baik dan membuang lemak jahat adalah penting. Ini bermakna bahawa anda boleh memberikan anak anda susu penuh lemak tetapi elakkan kerepek dan kentang goreng. Anda harus menambah jumlah bijirin penuh dengan serat yang tinggi, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet anak anda bersama sumber protein seperti ayam dan ikan. Tetapi jangan terlalu ketat dalam mengurangkan lemak kerana kanak-kanak memerlukan sumber lemak yang sihat bagi jantung untuk membesar – secara fizikal dan intelektual. Jadi, sila sahkan dengan doktor pediatrik anda tentang diet yang sesuai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan