backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Bulan Ke-12

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 05/05/2022

Pembesaran & Tingkah Laku

Bagaimana seharusnya anak saya membesar?

Anak anda kini secara rasminya berumur 1 tahun! Anda telah berjaya mengharungi setahun pertama. Anak anda kini mula menjadi lebih berdikari dengan mengambil langkah pertama. Ramai bayi mengambil langkah pertama mereka antara 9 ke 12 bulan dan berjalan dengan betul menjelang 14 atau 15 bulan. Jangan risau jika anak anda masih belum mampu untuk melepaskan meja. Langkah pertama di umur 15 atau 16 bulan juga adalah normal atau bahkan lebih lambat dari itu.

Selepas berbulan mengeluarkan bunyi, anak anda mula menghasilkan perkataan yang betul. Ia bukanlah proses yang berlaku dalam satu malam dan kelajuannya berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Satu perkara yang pasti adalah anak anda faham lebih baik dari apa yang dia boleh cakap.

Bagaimana saya harus membantu anak saya?

Galakkan mereka meluncur dan berjalan dengan memberikan banyak peluang kepada anak anda untuk bergerak tanpa bantuan dan dengan tidak mengangkat mereka terlalu kerap. Jika anak anda sedang cuba berjalan, dia mungkin berasa lebih selamat jika dia boleh bergantung kepada jari anda.

Susu penuh lemak kebiasaannya menjadi minuman pilihan di peringkat umur ini kerana mereka memerlukan lemak untuk memacu pembesaran dan bagi memenuhi keperluan tenaga. Pengecualian: Jika anda mempunyai lebih berat badan atau obes, atau mempunyai sejarah obesiti, kolesterol tinggi atau penyakit kardiovaskular dalam keluarga, doktor mungkin mengesyorkan pengambilan susu kurang lemak.

Anak anda sentiasa memerhatikan apa yang anda lakukan. Mereka suka mengikut tingkah laku orang di sekeliling mereka terutamanya ibu bapa mereka. Itu adalah bagaimana mereka mempelajari asas tingkah laku. Sila letakkan perkakas yang boleh membahayakan anak anda jauh dari mereka.

Kesihatan dan Keselamatan

Apa yang harus saya bincang dengan doktor?

Adalah disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di umur 12 bulan. Anda boleh bersedia untuk pemeriksaan anak anda dengan menjangkakan sebahagian soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh doktor seperti:

  • Berapa lama anak anda tidur di waktu malam dan semasa tidur sebentar?
  • Apakah makanan pejal yang anak anda ambil? Bagaimana seleranya? Adakah dia suka makan makanan bersaiz kecil dengan sendiri?
  • Berapa banyak gigi yang sudah tumbuh?
  • Adakah anak anda merangkak dengan baik? Memanjat? Berjalan? Menunjukkan jari kepada sesuatu? Memandang mata anda dan memberi respon jika namanya dipanggil?
  • Adakah anda menyedari mata juling atau menggosok mata dengan kerap, atau kecenderungan untuk memegang mainan dan buku dekat dengan muka mereka? Sila baca tentang tanda-tanda lain bagi masalah penglihatan.
  • Adakah anak anda memandang ke arah suara? Sila belajar tanda-tanda lain bagi masalah pendengaran.
  • Adakah anak anda mengikut bunyi, mengeluarkan bunyi atau bercakap apa-apa perkataan?

Soalan-soalan ini akan membantu doktor mengevaluasi tabiat tidur, penglihatan, serta pembesaran fizikal dan tingkah laku anak anda. Sila beritahu doktor jika anak anda berasa gatal atau tidak selesa. Ia mungkin merupakan tanda alahan.

Apa yang harus saya tahu?

Semasa temu janji pertama, doktor akan mengukur tinggi, berat dan ukur lilit kepala. Nombor-nombor ini akan ditanda pada satu carta pembesaran. Carta tersebut boleh menjadi agak mengelirukan tetapi adalah penting untuk anda faham bagaimana cara membacanya. Kami akan membantu anda, jangan risau.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bayi berumur 12 bulan harus mempunyai purata ukuran berikut:

  • Lelaki: 10 kg (berat), 78 cm (tinggi), 46 cm (ukur lilit kepala);
  • Perempuan: 5 kg (berat), 78 cm (tinggi), 45 cm (ukur lilit kepala);

Angka-angka ini mewakili persentil ke-50. Ini bermakna 50% bayi berumur 1 tahun mempunyai berat sama atau lebih kurang dari anak anda dan 50% lagi mempunyai berat melibihi anak anda.

Jika anak anda berada di persentil ke-25, ini tidak bermakna anak anda bermasalah. Ia membawa maksud bahawa 25% kanak-kanak berumur 1 tahun mempunyai ukuran yang sama atau kurang. Anak anda akan membesar dengan laju dan tidak sekata. Doktor lebih bimbang tentang kadar pembesaran berbanding apa-apa bacaan ukuran yang spesifik. Jika anak anda berhenti membesar atau hilang berat, ini adalah petanda kepada masalah yang lebih serius. Anda hanya patut risau jika terdapat perubahan yang drastik.

Kebimbangan Saya

Apakah kebimbangan saya?

Ini adalah beberapa perkara yang mungkin anda bimbangkan:

Penglihatan bayi

Mereka kebiasaannya tidak tahu yang mereka mempunyai masalah penglihatan. Jadi, anda perlu sentiasa peka dengan tanda-tanda kepada masalah yang serius. Sila hubungi doktor jika anak anda:

  • Juling atau mata kerap berkelip;
  • Menyengetkan kepala untuk melihat dengan lebih baik (semasa melihat gambar di televisyen)
  • Menggosok mata semasa tidak mengantuk;
  • Mempunyai kesukaran melihat objek;
  • Kekok;

Anda juga ingin doktor memeriksa mata anak anda jika mereka menemui apa-apa tanda saluran air liur tersumbat, kecederaan atau jangkitan seperti mata merah jambu (pink eye). Tanda-tanda ini termasuk air mata berlebihan, merah, sakit, sensitif terhadap cahaya atau nanah atau kerak di dalam mata.

Keracunan plumbum

Bayi berumur 1 atau 2 tahun adalah berisiko tinggi mendapat keracunan plumbum. Mereka mungkin merangkak di atas lantai dan meletakkan tangan mereka ke dalam mulut. Walau bagaimanapun, bayi di mana-mana peringkat umur boleh mengalami keracunan plumbum.

Memandangkan badan bayi belum berkembang dengan sempurna, mereka lebih cenderung mendapat keracunan berbanding orang dewasa. Ibu mengandung dengan kadar plumbum yang tinggi di dalam darah boleh memindahkan plumbum ke dalam darah bayi di dalam perut mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 05/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan