Bagaimana pemakanan emosi berbeza daripada makan yang disebabkan kelaparan fizikal?
Apabila kanak-kanak terkesan dengan sesetengah peristiwa atau pengalaman meragam (perubahan mood), mereka selalunya cenderung untuk kuat makan. Sebaliknya, kanak-kanak dengan kelaparan fizikal hanya akan rasa mereka perlu makan apabila perut kosong. Kelaparan fizikal boleh dipenuhi dengan pelbagai makanan yang berbeza, sementara rasa ‘teringin’ hanya berlaku untuk hidangan tertentu. Contohnya, sesetengah kanak-kanak sering mencari aiskrim selepas mereka bergaduh dengan rakan, atau sesuatu kejadian buruk berlaku pada mereka.
Mengapa pemakanan emosional tidak sihat?
Makan mengikut emosi boleh menyebabkan pelbagai akibat seperti obesiti (disebabkan terlebih makan), tidak menambah berat yang cukup (disebabkan diet yang tidak sihat) atau masalah kelakuan makan. Dua perkara yang sering dikaitkan adalah obesiti dan malnutrisi, yang mana meninggalkan kesan yang teruk jika dibiarkan atau tidak dirawat.
Apakah kemungkinan punca pemakanan emosional dalam kalangan kanak-kanak dan remaja?
Sesetengah situasi dan emosi yang lazim dikaitkan dengan pemakanan emosional adalah:
- Kemarahan
- Kebosanan
- Perubahan
- Kekeliruan
- Kemurungan
- Kekecewaan
- Kesunyian
- Kehilangan
- Perasaan geram
- Tekanan
Emosi positif seperti kegembiraan juga kadangkala boleh mengakibatkan pemakanan emosional.
Bagaimana saya boleh membantu anak saya?
Jika anda nampak beberapa tanda pemakanan emosional pada anak anda, gunakan pendekatan perbincangan positif dengan mereka. Beritahu mereka bahawa anda khuatir dan bimbang. Membantu anak anda bukan hanya memerlukan kasih sayang tetapi juga sikap yang sopan dan lembut.
Bantu anak anda membina reaksi yang sihat kepada masalah pemakanan emosional mereka dengan cara mencari penyelesaian alternatif untuk tabiat pemakanan mereka, seperti: