Garis Panduan Keselamatan di Dapur Buat Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak sememangnya mempunyai sikap nakalnya yang tersendiri apabila bergurau dan bermain. Ini pasti akan mendatangkan masalah buat ibu bapa terutamanya ketika berada di dapur kerana tempat ini mempunyai banyak barang dan objek yang berbahaya. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai panduan keselamatan di dapur di dapur buat kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu.

Tip keselamatan di dapur buat kanak-kanak

#1. Simpan barang berbahaya di tempat yang selamat

Paling penting, ibu bapa perlu memastikan bahawa barangan berbahaya telah disimpan di tempat yang paling selamat dan sukar dicapai oleh anak anda. Antara tempat yang selamat untuk menyimpan barangan berbahaya adalah dalam kabinet, laci atau almari. Untuk lebih selamat, pasangkan kunci pada tempat-tempat ini dan simpan kuncinya.

Antara barangan berbahaya buat anak anda di dapur termasuklah:

  • Pinggan atau mangkuk kaca
  • Cawan atau gelas kaca
  • Pisau, gunting dan peralatan tajam lain
  • Cerek, periuk dan kuali
  • Mesin pengisar, pembakar roti dan pengisar
  • Peralatan mencuci
  • Ubat-ubatan
  • Makanan atau minuman mentah

#2. Pastikan dapur masak anda selamat

Dapur masak adalah peralatan di dapur yang paling berbahaya buat kanak-kanak. Tidak kira ia dijana oleh elektrik atau gas, kedua-duanya akan mendatangkan bahaya buat anak anda. Oleh itu, pastikan anda mengikuti tip keselamatan dapur masak yang berikut:

  • Jangan letak dapur masak anda di atas alas. Anak anda mungkin akan menariknya.
  • Jauhkan dapur masak daripada objek yang mudah terbakar seperti kain langsir, tuala dan lain-lain daripada dapur masak.
  • Tempatkan dapur masak pada penjuru dinding agar ia tidak mudah untuk dijatuhkan.
  • Setiap kali lepas menggunakan dapur masak, pastikan anda menutupnya kembali. Jika dijana dengan elektrik, tutup suisnya. Jika dijana dengan gas, tutup tuasnya.
  • Begitu juga dengan mesin pengisar, ketuhar atau pembakar roti. Pastikan anda menutup kembali aliran elektriknya selepas digunakan.
  • Jika boleh, gunakan penunu dapur yang berada di belakang. Namun jika anda menggunakan penunu dapur yang berada di depan, pusingkan tangkai periuk ke belakang.
  • Pastikan pemegang periuk, kuali atau cerek kukuh dan tidak mudah tercabut.
  • Jangan letak cerek di atas dapur masak setelah selesai masak air. Sebaliknya, simpan ia di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak.
  • Sediakan selimut penebat api dan simpan di tempat berdekatan dengan dapur memasak. Ia boleh digunakan untuk membantu anak anda sekiranya mereka disambar api.
  • Pasang penggera asap berhampiran dapur masak anda.

#3. Pastikan peti sejuk anda selamat

Selain dapur masak, peti sejuk juga adalah peralatan yang berbahaya buat kanak-kanak di dapur. Ini kerana di dalamnya tersimpan banyak makanan dan minuman yang masih mentah. Oleh itu, pastikan anda mengikuti tip keselamatan peti sejuk yang berikut:

  • Gunakan peti sejuk yang sukar dibuka oleh kanak-kanak seperti jenis buckle atau velcro.
  • Jangan tampal magnet hiasan pada peti sejuk. Anak anda berisiko menelannya.
  • Larang anak anda daripada menyentuh permukaan yang berais dengan lidah mereka. Ia mungkin akan menyebabkan lidah mereka melekat dengannya.
  • Simpan makanan mentah seperti telur, daging, ikan dan lain-lain pada bahagian belakang atau bahagian di peti ais yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
  • Begitu juga ubat-ubatan, simpan pada bahagian peti ais yang sukar dicapai oleh anak anda.
  • Jangan sesekali benarkan mereka memasukkan diri sendiri ke dalam peti ais.

#4. Simpan semua peralatan mencuci di tempat sepatutnya

Sebaiknya, simpan kesemua peralatan mencuci di laci, kabinet atau almari yang dikunci. Peralatan mencuci seperti sabun pencuci pinggan mangkuk berisiko kepada anak anda jika mereka menelan mahupun menyentuhnya. Oleh itu, simpan ia di tempat yang selamat.

Sebaiknya, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa memerhatikan anak anda ketika berada di dapur bersama mereka. Tegah mereka daripada menyentuh segala peralatan yang berbahaya dan yang mempunyai arus elektrik. Untuk lebih keselamatan, pasangkan pagar untuk menetapkan kawasan mana sahaja yang boleh anak anda masuk di dapur anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

    Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula! Sila rujuk jadual vaksinasi anda di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Rawatan Resdung Secara ‘Over-The Counter’, Boleh Ke Beli Ubat Di Farmasi Sahaja?

    Tahukah anda, anda boleh beli ubat untuk rawatan penyakit resdung secara over-the-counter (OTC) atau di farmasi berdekatan? Nak tahu bagaimana? Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Hidung & Mata 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Ada kepentingan untuk anda mengetahui tanda kencing manis tinggi gula ini. Kami senaraikan beberapa tanda kencing manis peringkat awal untuk makluman anda. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

    Adakah anda selalu mengalami masalah jantung berdegup laju dan kencang secara tiba-tiba? Jantung berdegup kuat mungkin tanda masalah palpitasi jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Degupan Jantung 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pangkal rahim

    Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tulang kaki retak

    Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin pneumococcal

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan