backup og meta

Minuman Malt Coklat Boleh Jadi Punca Anak Hiperaktif, Fakta Atau Mitos?

Minuman Malt Coklat Boleh Jadi Punca Anak Hiperaktif, Fakta Atau Mitos?

Minuman malt coklat memang sedap, popular dan sering menjadi pilihan golongan kanak-kanak. Pun begitu, kandungan gula dalam Milo dan jenama lain dalam minuman ini mungkin agak tinggi.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang percaya bahawa minuman ini boleh jadi punca anak hiperaktif akibat ia tinggi dengan gula. Namun, hal ini masih menjadi tanda tanya.

Benarkah ia adalah antara keburukan Milo? Untuk tahu dengan lebih lanjut, terus baca artikel ini!

Minuman malt coklat, apa ada di dalamnya?

Untuk pengetahuan anda semua, minuman malt coklat diperbuat dan diproses daripada bahan utama iaitu koko, susu, malt dan gula yang mungkin penuh dengan nutrisi.

Majoriti minuman ini tinggi dengan nutrisi seperti vitamin B (B2, B3, B6, B12), vitamin C, vitamin D, kalsium, fosforus, zat besi dan lain-lain nutrien penting untuk si kecil.

[embed-health-tool-bmr]

Di sebalik zat dan khasiat di atas tadi, minuman ini juga mungkin tinggi dengan gula semula jadi atau artifisial. Kandungan inilah yang buat ramai risau dengan keburukan Milo.

Di dalam minuman malt coklat paling popular di negara kita, secawan 200ml mengandungi 12.2 gram gula yang datang daripada laktosa (susu), maltosa (malt) dan sukrosa.

kandungan gula dalam milo

Ya, kandungan gula dalam milo atau minuman coklat ini mungkin tinggi. Jadi, adakah ia sesuai dan selamat untuk anak anda?

Benarkah gula boleh jadi punca hiperaktif?

Rasanya, semua orang mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang teori ‘sugar rush di mana individu akan jadi lebih aktif apabila mengambil gula dalam kuantiti banyak.

Teori popular ini dicipta oleh Pakar Alahan, Dr Benjamin Feingold pada tahun 1973 yang kemudian telah disangkal kenyataan itu oleh ramai pakar pemakanan pada masa kini.

Melalui pelbagai eksperimen, para saintis tidak berjaya menemukan sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan bahawa gula itu boleh mengakibatkan hiperaktif.

Kajian University of Kentucky dan University of Iowa membuktikan kanak-kanak yang ambil gula dalam kuantiti banyak tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku.

Dalam erti kata lebih mudah, kandungan gula dalam milo dan seumpamanya bukan punca hiperaktif!

kandungan gula dalam milo

Kandungan gula dalam milo: Wujudkah kesan ambil gula yang lain?

Meskipun ramai pakar telah kata gula tidak akan jadi punca kanak-kanak hiperaktif, namun mungkin juga wujud kesan ambil gula yang lain dan ia juga mungkin akan melibatkan aspek emosi.

Kajian bersama yang dijalankan oleh universiti di Warwick, Lancaster dan Berlin menyatakan bahawa gula akan buat individu cenderung untuk marah, murung, waswas dan letih.

Ini menunjukkan bahawa istilah ‘sugar rush’ itu mungkin lebih tepat jika dikaitkan dengan aspek mental dan bukan fizikal kerana kesannya itu yang telah berjaya dibuktikan.

Dalam pada itu juga, gula tentu sahaja akan meningkatkan risiko individu mengalami penyakit kronik seperti diabetes, obesiti dan lain-lain yang boleh membahayakan nyawa.

Sebagai langkah waspada, ibu bapa perlu pantau dan sukat pengambilan gula anak masing-masing!

Kandungan gula dalam milo atau minuman malt coklat selamat?

National Institute of Health (NIH) mengumumkan bahawa tiada kaitan yang jelas di antara pengambilan gula tinggi dengan hiperaktif dan ia telah terbukti secara saintifik.

kandungan gula dalam milo

Persoalannya hingga kini adalah kenapa kanak-kanak cenderung untuk jadi lebih aktif selepas ambil hidangan tinggi gula seperti minuman malt coklat? Ini penjelasannya.

Seperti mana yang ramai sudah tahu, minuman malt coklat akan memberikan dan membekalkan tenaga kepada peminumnya. Jadi, itu adalah sebab utama anak jadi aktif.

Selain itu juga, ia ada kaitan dengan psikologi kerana minuman ini selalu diminum dengan penuh rasa keterujaan. Ini adalah punca mereka akan rasa lebih cergas dan aktif.

Jadi, minuman seperti milo dan lain-lain itu masih lagi sesuai dan selamat diambil oleh anak anda.

Hiperaktif bukan satu isu yang remeh…

Sekiranya anda sebagai ibu bapa perasan anak anda seakan aktif, cergas dan lasak lain daripada biasa, itu mungkin petanda bahawa mereka ada isu kesihatan seperti ADHD.

ADHD adalah sejenis kondisi yang berkaitan dengan gangguan pada mental serta fizikal kanak-kanak dan pemakanan mungkin bukan satu koleransi yang begitu besar.

Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor segera untuk elak komplikasi yang lebih teruk.

Konklusinya, keburukan Milo itu mungkin tidak terletak pada kandungan gula dalam Milo kerana minuman malt coklat ini masih lagi sesuai dan selamat untuk diminum selagi ia diambil pada kuantiti dan kualiti yang ideal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chocolate malt mix, chocolate, https://world.openfoodfacts.org/product/0751746033615/chocolate-malt-mix-chocolate, Accessed Feb 24 2022.
  2. Effect of Chocolate Malt Drink, https://openventio.org/effect-of-chocolate-malt-drink/. Accessed Feb 24 2022.
  3. Sugar: Does it Really Cause Hyperactivity?, Accessed Feb 24 2022. https://www.eatright.org/food/nutrition/dietary-guidelines-and-myplate/sugar-does-it-really-cause-hyperactivity, Accessed Feb 24 2022.
  4. Myth: Too Much Sugar Causes Hyperactivity in Children, https://www.psychologicalscience.org/teaching/myth-too-much-sugar-causes-hyperactivity-in-children.html, Accessed Feb 24 2022.
  5. True or False: Eating Sugar Tends to Make Children Hyperactive, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=157003, Accessed Feb 24 2022.

Versi Terbaru

03/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Mengamuk, Hiperaktif & Buat Perangai, Cek Balik Makanan Yang Mereka Makan!

Terlompat Sana Sini & HiperAktif Sungguh Di Rumah, Adakah Anak Alami ADHD?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan