backup og meta

Jus Terbaik Untuk Si Kecil Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2023

    Jus Terbaik Untuk Si Kecil Anda

    Jus Terbaik Untuk Si Kecil Anda

    Apabila memberikan si kecil anda jus, anda diingatkan untuk memberi 100 peratus jus buah-buahan segar. Diingatkan juga untuk ibu bapa elakkan memberi si kecil anda minum kordial atau koktel buah-buahan. Meskipun minuman ini mempunyai amaun kalori yang sama, anak anda akan mendapat lebih vitamin dan nutrien daripada jus buah-buahan yang bebas dari perasa dan pewarna.

    Tidak semua jus buah-buahan mempunyai nutrisi yang sama banyak. Kandungan nutrisi sebenar yang terdapat di dalam jus buah-buahan berbeza mengikut jenis dan jenama. Jus yang mempunyai nutrien paling banyak adalah jus yang mempunyai pes di dalamnya yang penuh dengan vitamin C. Anda perlu menyemak dahulu label untuk membandingkan kandungan nutrien sebelum membeli.

    Jus oren merupakan antara pilihan yang terbaik kerana jus ini mempunyai kandungan gula yang paling rendah berbanding jus-jus yang lain. Jus ini juga mempunyai kandungan vitamin C dan potasium. Walaubagaimanapun, sesetengah si kecil tidak dapat menahan sitrus jus sekaligus menyebabkan perut mereka tidak selesa. Dalam kes seperti ini, anda perlu menunggu sehingga anak anda berumur 1 tahun sebelum memberikan jus oren atau jus anggur. Hadkan amaun jus kepada 4 ke 6 auns (118 ke 177 mililiter) dan hidangkan di dalam cawan (bukan botol) untuk mengelakkan gigi si kecil mereput.

    Jus epal, pear dan plum mempunyai kesan terhadap sistem pencernaan si kecil kerana jus-jus ini mengandungi kandungan gula yang tinggi dengan glukosa dan fruktosa. Dalam amaun yang kecil, jus-jus ini sangat berkesan untuk merawat sembelit. Dalam amaun yang banyak pula, jus-jus ini boleh mengakibatkan kegelisahan, angin, kekejangan perut dan cirit-birit.

    Anggur hijau mengandungi kandungan gula yang seimbang dan tidak mempunyai sorbitol yang mudah dihadam sekaligus mengelakkan perut tidak selesa. Walaubagaimanapun, anggur mempunyai kandungan vitamin C yang kecil tetapi tinggi kandungan gulanya berbanding buah-buahan lain.

    Jus buah-buahan boleh menjadi diet yang sihat untuk si kecil anda jika digunakan dengan betul. Minum jus yang terlalu banyak akan mendatangkan kesan yang negatif kepada si kecil anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan