Bolehkah Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anak anda tidak berminat untuk makan ikan berlemak seperti salmon atau sardin, beberapa kali seminggu, apa kata jika anda berikan pada mereka suplemen minyak ikan setiap hari.

Mengapa anak saya perlu ambil suplemen minyak ikan?

Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 (khususnya DHA dan EPA) yang dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Ikan perairan laut sejuk – juga dipanggil sebagai ikan berlemak – mengandungi jumlah omega-3 yang paling tinggi. Secara amnya, inilah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak mendapatkan nutrien daripada makanan. Akan tetapi, ikan yang mereka makan mungkin tidak menyediakan amaun omega-3 yang secukupnya, apatah lagi kanak-kanak tidak boleh makan ikan yang tinggi merkuri. Pakar menyarankan supaya kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 8 tahun perlu makan 93,31g hingga 186,62g ikan dan jenis makanan laut lain dalam seminggu. Sementara itu, kanak-kanak dari usia 9 tahun ke atas pula perlu mengambil 248,83g hingga 311,03g ikan dan makanan laut setiap minggu. Bagaimanapun, jika anda ingin cuba memberikan anak makanan tambahan atau suplemen, anda perlu ingat bahawa pemberian suplemen tidak akan memberikan manfaat yang sama seperti jika mereka makan ikan.

Anda boleh menawarkan anak suplemen omega-3 dalam bentuk cecair, kunyahan lembut, dan gel lembut. Suplemen omega-3 adalah bebas merkuri. Kebanyakan suplemen omega-3 adalah berasaskan minyak ikan. Bagaimanapun, merkuri tidak wujud dalam tisu lemak. Oleh itu, anda hampir tidak menjumpai merkuri dalam suplemen omega-3. Suplemen omega-3 yang lain diperbuat daripada alga berbanding ikan. Jadi, suplemen ini tidak mengandungi merkuri dan juga tidak hanyir- amat sesuai untuk golongan vegetarian. Cuma, anda perlu pastikan sebarang jenama suplemen omega-3 yang anda pilih menapis minyak untuk membuang toksin-toksin seperti PCB.

Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3

– Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.

– Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

– Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.

– Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

    Peliklah, kenapa ujian upt negatif tapi perut buncit? Hamil ke tidak ini? Para wanita yang dikasihi, ada kemungkinan anda mengalami masalah sista ovari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cabaran Ketika Hamil, Cubaan Hamil 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Sistem otot rangka merupakan salah satu sistem di dalam badan manusia yang merangkumi sejumlah organ seperti tulang, otot, tendon, ligamen dan tisu lembut..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tulang / Otot 01/03/2021 . 4 minit bacaan

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Anda sering alami masalah kulit gatal selepas mandi? Cuba lakukan 3 langkah ini untuk menghilangkan rasa gatal-gatal selepas mandi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Mungkin ramai yang masih percaya dengan mitos bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan duduk atas bantal. Ia salah, dan ini punca sebenarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Jangkitan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    aliran darah

    Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    hubungan suami istri

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    maksud alergi

    Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    ketumbuhan dalam perut

    Kanser Perut Sering Lewat Didiagnosis, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Pilihan Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan