Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Anak Anda Seorang Kidal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Statistik menunjukkan bahawa 9 daripada 10 individu di dunia ini mempunyai tangan kanan yang dominan. Hanya 1 daripada individu itu yang mempunyai tangan kiri yang dominan atau kidal. Sekiranya anda atau pasangan sendiri adalah kidal, anak anda juga lebih berpotensi untuk lahir dengan tangan kiri yang dominan. Jika anak anda merupakan salah seorang yang bertangan kidal, bagaimanakah untuk mengetahuinya dengan lebih awal dan membesarkan mereka dengan betul? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bagaimanakah untuk mengetahuinya?

Sebenarnya, agak sukar untuk mengetahui jika anak anda seorang yang kidal sebelum mereka mencecah usia 4 tahun. Ini kerana sebelum itu mereka akan cenderung menggunakan kedua-dua belah tangan mereka untuk mencapai, menyentuh atau memegang sesuatu. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menggunakan tangan kanan untuk menulis pada kertas dan tangan kiri untuk membaling bola. Ia adalah normal dan anda tidak perlu risau tentangnya.

Menurut kajian, ibu bapa mungkin sudah boleh mengesan sama ada anak mereka kidal atau tidak ketika mereka berusia sekitar 2 – 3 tahun atau lebih awal lagi. Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangan mereka. Letakkan mainan di hadapan mereka dan lihat tangan mana yang kerap digunakan untuk mencapainya. Namun begitu, ini hanyalah sebagai pemerhatian yang kasar dan segalanya akan terjawab apabila mereka mencecah usia 4 tahun kelak.

Bagaimanakah untuk membesarkan mereka?

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu anak anda menyesuaikan diri dengan penggunaan tangan kidal mereka. Ini kerana mereka akan menghadapi beberapa cabaran ketika sedang membesar. Perkara yang paling penting untuk anda tahu adalah jangan sesekali menganggap bahawa ini adalah perkara yang tidak normal dan memaksa mereka untuk mengubahnya dan menggunakan tangan kanan. Selain itu, anda juga perlu melakukan perkara-perkara berikut:

1. Jangan mengelirukan mereka antara kiri atau kanan

Jika anak anda seorang kidal dan anda ingin meminta mereka melakukan sesuatu seperti makan dengan menggunakan tangan kanan mereka, jangan gunakan istilah ‘kiri’ atau ‘kanan’. Sebaliknya, anda boleh gunakan contoh seperti ‘gunakan tangan yang ini/itu’ sambil menunjukkan ke arah tangan mereka. Perlakuan kecil seperti ini sebenarnya boleh mampu membimbing anak anda yang kidal untuk menyesuaikan diri tanpa mengambil kira penggunaan tangan kiri atau kanan dan sama ada ia betul atau salah. Ini juga membantu mengurangkan tekanan mereka lalu membuat mereka rasa lebih diterima.

2. Biarkan mereka putuskan sendiri tangan mana yang ingin digunakan

Pada mulanya, mereka mungkin akan rasa keliru kerana mereka agak berbeza dengan individu lain yang banyak menggunakan tangan kanan terutamanya kawan-kawan rapat mereka, namun selepas dorongan dan ulangan perlakuan itu, mereka dapat membiasakan diri. Apa yang anda boleh lakukan adalah bersabar dan selalu menyokong mereka menggunakan mana-mana tangan mereka sehingga ia menjadi suatu kebiasaan.

3. Jadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang mudah

Anda semua mesti pernah melihat individu kidal menulis, bukan? Lihat sahaja bahagian tepi tapak tangan mereka, mesti akan comot dengan dakwat pensel atau pen. Ini kerana mereka yang menulis dalam tulisan rumi terutamanya akan menyentuh kembali hasil tulisan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali memarahi mereka kerana itu. Sebaliknya sediakan kain atau tisu di sebelah anak anda ketika mereka menulis untuk mereka mudah membersihkan kekotoran tersebut dan meneruskan tugasan mereka seperti biasa.

4. Kenali kelebihan mereka

Ibu bapa juga perlu selalu memuji mereka dengan mengatakan bahawa mereka adalah istimewa dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh, ada kajian yang mengatakan bahawa individu kidal sebenarnya adalah lebih kreatif daripada individu lain. Selain itu juga, individu kidal juga sebenarnya mempunyai kelebihan dalam sukan. Lihat sahaja ikon sukan bola sepak terkemuka di dunia  seperti Lionel Messi, yang juga merupakan seorang yang kidal. Pastikan mereka tahu tentang perkara ini dan sentiasa mengingatkan mereka mengenainya.

Kidal atau tidak, itu sebenarnya tidak penting, anda sebenarnya tidak perlu menganggap ini adalah satu masalah yang besar kerana tidak wujud banyak perbezaan antara individu yang kidal atau tidak. Paling penting, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa mendorong dan menyokong anak anda untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan