Anak Lebih Banyak Belajar Jika Makan Bersepah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Melihat anak makan bersepah pasti membuatkan ramai ibu bapa yang ‘naik angin’. Mana tidaknya, sudahlah anak tidak makan dan bermain-main dengan makanan yang diberikan, sesudah itu mereka siap mengotorkan lagi mulut, baju dan ruang makan mereka.

Sesetengah ibu bapa pula, apabila melihat makanan bersepah dan anak comot, mereka lebih rela menyuapkan anak makan berbanding membiarkan anak makan sendiri. Tambahan lagi jika ibu bapa membawa anak makan di luar. Sabar! Jika anda tahu kebaikan jika membiarkan anak makan bersepah, pasti anda membiarkan si kecil berkelakuan sebegitu.

Kanak-kanak yang baru belajar makan sendiri akan makan bersepah kerana kemahiran motor dan mengunyah mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Selain itu, anak kecil makan bersepah kerana mereka ingin menyentuh, menghidu, merasa dan bermain dengan makanan mereka. Kanak-kanak pada usia sebegini gemar bereksperimen dengan benda di sekeliling mereka.

Manfaat anak makan bersepah

Kajian yang dilakukan di University of Iowa mendapati, semakin bersepah tempat makan kanak-kanak, semakin banyak yang dia pelajari. Oleh itu, usahlah ibu bapa gusar melihat anak makan bersepah. Ini kerana, dalam kajian tersebut, penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak yang sudah biasa diberikan ruang makan sendiri lebih cepat belajar dalam jangka panjang.

Menurut Journal of Developmental Science, anak kecil yang sering diberikan jenis makanan yang berjuntai, lembik dan sedikit cair akan lebih bijak kerana mereka belajar menggunakan semua deria termasuklah menyentuh, merasa, mengecam dan melempar. Kanak-kanak ini bukan hanya mengenali bentuk dan ukuran makanan, tetapi juga mereka dapat mengenal pasti tekstur makanan tersebut.

Meskipun kelakuan ‘makan sambil bermain’ dapat menjadikan si kecil cepat belajar, namun anda tidak boleh terus membiarkan anak anda  selama-lamanya bermain dengan makanan. Anda perlu mengajarnya untuk memasukkan makanan betul-betul ke dalam mulutnya, secara berperingkat. Selain itu, anda juga perlu melatih si kecil untuk makan di kerusi bayi (high-chair) bagi mengurangkan makanan bersepah. Cari kerusi yang mempunyai tali pinggang atau penghadang di sekelilingnya bagi mengelakkan anak anda terjatuh.

Selain itu, bagi mengelakkan anak anda terus comot semasa makan, letakkan bib atau tuala makan pada lehernya dan alas kerusi atau meja makan bayi anda dengan plastik.

Tips galakkan anak makan sendiri

  • Temani si kecil semasa dia sedang makan.
  • Berikan masa untuknya menikmati makanannya.
  • Berikan pujian jika dia berjaya mengurangkan sepahan di ruang makannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Terdapat pelbagai jenis penyebab kanser mata yang boleh menjadi punca penyakit barah yang didiagnosis. Dari sudut statistik, kanser mata...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Anda kerap diserang masalah pedih ulu hati? Mungkin makanan yang anda ambil setiap hari merupakan penyebab sakit ulu hati yang anda alami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pedih Ulu Hati 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Ramai yang sangka bahawa telinga tersumbat mesti akan disebabkan oleh tahi telinga yang mengeras sahaja. Tidak, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Kajian menunjukkan aduan berkenaan dengan kaki panjang sebelah (atau kaki pendek sebelah) bukanlah sesuatu yang asing. Ia dialami oleh kira-kira...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Tulang Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca sakit dada

    Walau Tiada Payudara, Lelaki Boleh Alami 5 Masalah Payudara Ini Sehingga Sebabkan Sakit Dada

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kerosakan gigi

    Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    waktu tidur bayi

    Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi obesiti

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan