Ajar Anak Ungkap Kata Maaf

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

‘Maaf’, antara perkataan wajib yang anda perlu ajar pada anak anda selain perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’. Walau bagaimanapun, mengajar anak mengungkapkan perkataan maaf tidak semudah yang disangka, apatah lagi jika anda sudah terlewat mengajarnya. Kanak-kanak yang sudah faham akan maksud perkataan maaf mungkin akan sukar mengungkapkannya kerana mereka berasa ego. Bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak pula amat mudah untuk mengucapkan “Minta maaf” atau “I’m sorry” semata-mata bagi memuaskan hati ibu bapa mereka. Disebabkan itulah, ibu bapa perlu mendidik anak mengungkapkan kata maaf (dan juga memahami maksud kata maaf) sejak anak kecil lagi.

Kebaikan jika anak belajar minta maaf

Mengajar kanak-kanak tentang cara meminta maaf adalah suatu proses yang berterusan. Terdapat banyak manfaat jika anak anda dapat mengekspresikan ‘minta maaf’ sama ada melalui perkataan atau bahasa tubuh. Antaranya ialah:

  • Kemahiran sosial kanak-kanak akan meningkat
  • Kanak-kanak belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan
  • Kanak-kanak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab akan segala tindakannya
  • Anak anda akan tahu menjaga perasaan orang lain
  • Mengajar anak menjadi berjiwa besar

Bagaimana ingin melatih anak memohon maaf

Jika kanak-kanak bertelagah, tidak kiralah antara adik-beradik, antara sepupu ataupun rakan sebaya, pasti mereka akan menyalahkan antara satu sama lain. Beritahu anak anda bahawa tidak semestinya orang yang bersalah sahaja perlu minta maaf. Kanak-kanak boleh mengucapkan kata-kata seperti “Maafkan saya atas kejadian yang berlaku.”

Jika anak anda sukar untuk minta maaf, temani dia mengucapkan kata maaf bersama-sama. Namun, selalunya anak-anak memerlukan masa untuk bertenang dahulu sebelum boleh meminta maaf. Anak kecil kadangkala lebih mudah untuk memohon kemaafan dengan menggunakan medium lain seperti menulis di dalam kertas atau melukis gambar mahupun melalui perbuatan seperti memeluk rakannya atau memberikan bunga.

Jangan memaksa. Galakkan anak anda tanpa perlu memaksanya untuk mengucapkan kata-kata maaf. Anda hanya akan membuatkan situasi lebih teruk jika memaksa anak memohon maaf. Andai kata anak anda menurut kata anda ketika itu, perkataan maafnya tidak bermakna apa-apa sekali gus anda tidak dapat mengajarnya pengertian sebenar maaf.

Bantu anak anda untuk memahami pengertian minta maaf dengan bertanyakan sebab dia melakukan perkara tersebut dan benarkannya untuk meluahkan perasaan dan pendapat tentang situasi yang dialami. Perkara paling penting adalah membantu anak anda mengambil pengajaran dan bertanggungjawab atas perkara yang berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan