backup og meta

Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

Pada 8 November 2019, seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 7 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat didera di asrama sekolah tahfiznya, Madrasah Nahdhah Syubban Addiniah, Temerloh.

Kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang pada jam 2 petang setelah ditemui dalam keadaan yang lemah oleh warden asramanya.

Beberapa kesan lebam turut dijumpai pada bahagian tubuh kanak-kanak malang tersebut yang dipercayai akibat dipukul oleh rakan asrama sekolahnya. 

Ramai yang memberikan reaksi terhadap kes ini disebabkan oleh pelbagai isu. Antaranya status pendaftaran pusat tahfiz tersebut yang tidak berdaftar, jumlah pelajar yang terlalu sedikit dan kewajaran kanak-kanak berumur seawal 7 tahun berada di sana sebagai pelajar.

Ramai yang mempersoalkan mengapa ada kanak-kanak seawal umur tersebut ditempatkan di asrama sekolah maahad tahfiz tersebut.

7 tahun tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah

asrama sekolah

Menurut Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, kanak-kanak yang berusia bawah daripada 12 tahun tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah atas alasan untuk mendidik mereka hidup berdikari.

Ini kerana pada peringkat umur tersebut, kanak-kanak adalah terlalu mentah untuk menguruskan kehidupan harian mereka dan mereka sepatutnya dibantu dan dibimbing oleh ibu bapa mereka sendiri

Selain itu, Prof Datuk Noor Aziah juga menyatakan, pada peringkat usia sebegini, kanak-kanak sebenarnya lebih memerlukan belaian kasih sayang ibu dan bapa mereka agar tumbesaran mereka seimbang. Ini termasuklah aspek emosi dan pemakanan.

Tambah beliau lagi, usia kanak-kanak antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat umur kanak-kanak sedang mengalami pembesaran yang kritikal.

Pada fasa ini, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya tanpa dipantau atau dibimbing oleh ibu bapa mereka sendiri. Bimbingan ibu bapa di rumah ini lah yang membantu mencorakkan pemikiran anak-anak untuk menilai antara perkara yang baik dan buruk apabila mereka keluar nanti. 

Perlu rasional dalam tindakan

asrama sekolah

Walaupun setelah kanak-kanak tersebut mencecah umur 12 tahun, ibu bapa masih perlu menilai kembali tumbesaran fizikal dan emosi anak mereka sama ada anak-anak bersedia untuk tinggal di asrama sekolah atau tidak.

Ibu bapa perlu bertindak secara rasional dalam sebarang keputusan untuk membiarkan anak mereka tinggal di asrama sekolah, bukan hanya memikirkan agar anak-anak berdikari tanpa sebarang persediaan

Profesor Datuk Noor Aziah turut menambah, kini ramai ibu bapa yang cenderung untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tahfiz dengan harapan anak mereka boleh mendapatkan pendidikan dalam bidang agama dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, mereka lupa bahawa rumah adalah ‘sekolah’ pertama anak-anak dan ibu bapa adalah ‘guru’ pertama mereka untuk membentuk peribadi anak yang baik dan sempurna.

Ibu bapa jangan lepas tangan

asrama sekolah

Bagi golongan ibu bapa, jangan sesekali melepaskan tanggungjawab mendidik anak anda pada peringkat awal dengan hanya menghantar mereka ke pusat-pusat tahfiz.

Anda masih tidak terlepas daripada tanggungjawab mendidik mereka, apatah lagi jika anak anda masih kecil dan tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah-sekolah berasrama.

Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap anak anda, sekali lagi anda bertanggungjawab di atas keputusan anda yang terburu-buru untuk menghantar mereka ke sekolah berasrama tanpa menghiraukan kesediaan anak anda.

Apa yang anda rasakan sama sekali tidak akan sama dengan apa yang dirasai oleh anak anda. 

Baca juga:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/626421/murid-mati-dipercayai-didera-sekolah-tahfiz-diarah-tutup

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/11/627892/kanak-kanak-bawah-12-tahun-tidak-sesuai-tinggal-di-asrama

Versi Terbaru

01/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Model SUV Terbaik Tahun 2024 Jika Anda Ada Keluarga Besar, Luas & Selesa!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan