backup og meta

Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

Sebagai ibu bapa, semestinya anda pernah berdepan dengan situasi anak mula merengek, tantrum dan akhirnya mula menangis apabila permintaannya tidak dipenuhi atau ada kesalahan yang dilakukan. Pastinya mood dan keadaan emosi anda menjadi tertekan. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berlaku di persekitaran awam, seperti di taman permainan mahupun pusat membeli-belah dan semestinya  pada saat itu, anda pasti terfikir apakah cara yang perlu dilakukan agar anak mendengar kata anda.

Jangan panik. Situasi itu adalah normal bagi setiap ibu bapa. Tetapi menjadi ibu bapa, sudah tentu kita inginkan yang terbaik. Berikut terdapat beberapa tips untuk mendidik anak untuk dapat mendengar nasihat.

Gunakan bahasa yang baik dan lembut

  • Elakkan penggunaan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’.
  • Gunakan ayat positif untuk memberi tunjuk ajar atau mengarahkan anak.
  • Penggunaan ayat yang sopan dan lembut pastinya dapat membuatkan anak mengikut arahan kita.
  • Jangan meninggikan suara atau menengking. Perbuatan ini secara tidak langsung boleh mengganggu psikologi dan emosi anak tanpa kita sedar.

Renung mata anak

  • Sebelum memberikan apa-apa arahan, pastikan paras mata anak dan anda adalah selari. Melutut jika perlu.
  • Renung matanya dan pastikan dia memberikan fokusnya kepada anda.

Sebut nama

  • Biasakan untuk menyebut nama anak sebelum anda memberikan sebarang arahan atau nasihat. Seeloknya nama penuh anak, agar dia sedar betapa seriusnya perkara yang dikatakan itu.
  • Elakkan dari memanggil anak dengan bahasa kasar.
  • Hormati anak sebagaimana kita mahu anak menghormati kita.

Ringkas dan jelas

  • Sentiasa ingat anak anda tetap seorang kanak-kanak. Jangan berikan arahan mahupun nasihat yang berbelit atau mesej tersembunyi.
  • Jangan berikan terlalu banyak nasihat atau teguran dalam satu-satu masa. Dikhuatiri anak akan keliru.
  • Elakkan dari berleter.

Hadiah dan pujian

  • Semua individu sukakan hadiah. Jadi berikan anak anda hadiah (reward) sebagai menghargai atau pembakar semangat untuk dia melakukan sesuatu mengikut arahan atau nasihat anda.
  • Berikan hadiah mengikut kemampuan dan pastikan ianya adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada anak.
  • Pujilah anak apabila dia dapat melakukan sesuatu dengan baik. Pujian yang baik boleh dianggap sebagai doa buat anak.

Jadi teladan

  • Adalah menjadi kebiasaan untuk anak-anak mengikut atau meniru perbuatan ibu bapanya. Maka ajarkan kata-kata sopan yang mudah seperti terima kasih, maaf dan tolong. Tapi pastikan anda juga melakukan perkara yang sama.
  • Kedua ibu bapa harus bekerjasama dalam mendidik anak.

Peluk dan cium anak

  • Sentiasa peluk dan cium anak agar anak akan sentiasa merasakan diri disayangi.
  • Semasa memeluk anak, usaplah belakang bahu (anak lelaki) dan belakang kepala (anak perempuan) sambil kita menasihati anak.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita sentiasa bersikap sabar dalam melayani kerenah anak-anak. Jangan pernah berputus asa. Setiap hari adalah hari untuk kita belajar sesuatu yang baru.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cara mendidik anak-anak supaya mendengar kata

https://my.theasianparent.com/cara-mendidik-anak-anak-supaya-mendengar-kata/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Anak degil tak mahu dengar cakap. 5 cara yang dikongsi wanita ini sangat membantu

https://www.keluarga.my/anak-degil-tak-mahu-dengar-cakap-5-cara-yang-dikongsikan-wanita-ini-sangat-membantu/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Kenapalah anak taknak dengar cakap. 5 tips ajar anak tahu limit mereka.

https://majalahpama.my/kenapalah-anak-tak-nak-dengar-cakap-5-tips-ajar-anak-tahu-limit-mereka/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan