backup og meta

Hepatitis B dalam Kalangan Kanak-kanak

Hepatitis B dalam Kalangan Kanak-kanak

Hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak merujuk kepada kondisi di mana tisu hati terinfeksi dengan virus hepatitis B (HBV) lalu menyebabkannya mengalami keradangan dan pembengkakan. Antara virus infeksi hepatitis yang lain termasuklah hepatitis A dan hepatitis C.

Apakah punca hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak?

Kanak-kanak akan terinfeksi dengan HBV apabila mereka terdedah dengan darah atau cecair yang berasal daripada individu yang telah terjangkiti virus tersebut. Antara situasi yang akan menyebabkan infeksi ini berlaku adalah:

  • Ibu sudah mempunyai HBV ketika proses kelahiran
  • Terdedah kepada cecair badan individu yang dijangkiti menerusi luka yang terbuka
  • Gigitan yang menembusi kulit daripada individu yang dijangkiti
  • Perkongsian penggunaan barang peribadi seperti berus gigi dengan individu yang dijangkiti
  • Penggunaan semula jarum suntikan yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti

Peluk, cium, batuk atau bersin tidak akan menyebabkan virus ini merebak. Penyusuan badan oleh ibu yang mempunyai hepatitis B dipercayai selamat jika anaknya dirawat sebetulnya semasa kelahiran. Jika seorang remaja tidak mendapatkan vaksin untuk hepatitis B, mereka mungkin akan terjangkitinya jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan ataupun menyalahgunakan dadah.

Apakah simptom hepatitis B dalam kelangan kanak-kanak?

Dalam kebanyakan kes, hepatitis B tidak akan menunjukkan sebarang simptom yang serius. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah sangat jarang menunjukkan sebarang simptom. Kanak-kanak yang lebih tua mungkin akan menunjukkan simptom selepas 3 hingga 4 bulan terjangkiti virus tersebut. Simptom utama infeksi ini baru berlaku adalah seperti berikut:

  • Hilang selera makan
  • Keletihan yang melampau
  • Demam yang sederhana
  • Sakit pada otot dan sendi
  • Cirit-birit dan muntah-muntah
  • Mata dan kulit berubah warna seakan kekuning-kuningan
  • Air kencing yang keruh

Jika tubuh badan seorang anak cukup kuat untuk melawan HBV, simptom tersebut mungkin akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu hingga 6 bulan. Kondisi ini dikenali sebagai hepatitis B akut. Namun begitu, kondisi ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan jangka masa panjang yang lain.

Bagaimanakah mengetahui anak anda terjangkiti hepatitis B?

Hepatitis B boleh dikesan melalui ujian darah (hepatitis viral panel). Menerusi ujian ini, doktor akan dapat mengesan sama ada anak anda terjangkiti atau tidak selain dapat mengenalpasti infeksi tersebut baru, lampau atau jangka masa panjang.

Bagaimanakah merawat hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak?

Hepatitis B akut tidak memerlukan sebarang rawatan khas. Sistem imun anak anda akan melawan infeksi tersebut dengan sendirinya. Jika tidak terdapat sebarang tanda infeksi HBV masih berlaku selepas 6 bulan, maka anak anda sudah pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, virus yang sedia terdapat dalam badan anak anda masih berisiko merebak kepada individu lain. Anda perlu berhati-hati agar virus tersebut tidak menjangkiti anda mahupun individu lain yang berada di sekitar mereka.

Hepatitis B kronik pula memerlukan rawatan. Tujuan rawatan ini dijalankan adalah untuk meredakan simptom, menghalang penyakit daripada merebak serta menghalang penyakit hati daripada berlaku. Anak anda seharusnya:

  • Mendapatkan rehat yang mencukupi
  • Minum banyak air putih
  • Makan menerusi diet yang seimbang

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hepatitis B – Children. https://medlineplus.gov/ency/article/007671.htm. Accessed March 2, 2017.

Versi Terbaru

23/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Macam Mana Nak 'Apply' Cuti Jaga Anak Kuarantin? 'Parents' Yang Bekerja, Ikut Panduan Ini!

Hak Penjagaan Selepas Penceraian, Siapakah Yang Lebih Layak: Ibu Atau Ayah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan