backup og meta

Jadual Anak Terlalu Padat? Ini 3 Kesan Bila Sekolah, Tuisyen & Aktiviti Anak Tanpa Rehat

Jadual harian anak kita penuh dengan aktiviti yang bermanfaat: pagi sekolah, petang tuisyen, malam kelas mengaji, hujung minggu pula kelas renang, muzik dan latihan sukan.

Jadual Anak Terlalu Padat? Ini 3 Kesan Bila Sekolah, Tuisyen & Aktiviti Anak Tanpa Rehat

Nampak sangat produktif, bukan?

Yang penting, kita mahu memastikan setiap aktiviti menyokong perkembangan anak secara menyeluruh — bukan sekadar kesibukan semata-mata.

Kadangkala, dalam usaha membantu anak berjaya, kita boleh lupa bahawa keseimbangan antara pembelajaran, hobi dan masa rehat adalah kunci supaya anak dapat berkembang dengan gembira, sihat dan bertenaga.

Artikel ini bertujuan memberi pandangan tentang kepentingan keseimbangan, supaya setiap aktiviti membawa manfaat sebenar kepada anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Kenapa ibu bapa zaman sekarang gemar padatkan jadual harian anak ?

Tidak dapat dinafikan, ramai ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Oleh sebab itu, mereka sedaya upaya mendaftar kelas-kelas tambahan bagi ‘membantu’ si kecil ini dari segi pelajaran dan kokurikulum sehingga membuatkan jadual harian anak penuh.

  • Takut anak ketinggalan dalam pelajaran
  • Mahu anak mahir pelbagai kemahiran
  • Tekanan persaingan akademik
  • Anggap masa kosong sebagai masa terbuang

5 Tanda-tanda anak anda sudah terlalu penat

Jadual harian anak di sekolah sudah terlalu padat. Ditambah lagi dengan aktiviti tambahan di luar waktu sekolah membuatkan mereka menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

  1. Gred anak anda mulai merosot.
  2. Kerap mengadu sakit kepala, sakit perut.
  3. Kerap lupa tentang sesuatu perkara.
  4. Anak kehilangan kawan kerana terlalu sibuk dengan pelajaran. Walhal anak anda juga perlukan masa untuk bermain, bersosial dan sebagainya.
  5. Sukar mendapatkan tidur yang cukup. Barangkali anak anda pernah tidur lambat atau bangun terlalu awal untuk menyiapkan kerja.

Keletihan seperti ini akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada mental dan emosi buat anak anda.

3 Kesan jadual harian anak yang terlalu padat

1. Pertumbuhan terbantut

Kehilangan waktu tidur disebabkan jadual anak yang padat boleh menjadi masalah yang sangat besar buat kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak yang tidak cukup tidur mungkin menghadapi masalah dengan pertumbuhan mereka. 

Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa tidur. Jika tempoh ini terganggu, ia akan mempengaruhi jumlah hormon pertumbuhan yang dikeluarkan. Perkara ini akan mengganggu potensi pertumbuhan mereka dan hasilnya, mereka akan menjadi lebih pendek berbanding kanak-kanak yang lain.

2. Mudah hilang fokus, disebabkan jadual harian anak yang padat

Apabila rutin yang sama dilakukan tanpa henti diumur 7 tahun hingga 12 tahun, ia sedikit sebanyak akan membuatkan mereka penat dan hilang fokus dan keterujaan untuk melakukan perkara yang digemari.

Selain itu, ia akan membuatkan keupayaan otak anak anda tidak mampu untuk memproses maklumat baru.

3. Anak menjadi tantrum & emosi tak stabil

Anda jangan terkejut jika perkara ini terjadi. Sedangkan orang dewasa juga penat, apatah lagi kanak-kanak yang baru hendak membiasakan dengan rutin di alam persekolahan.

Ketika ini anak akan senang cepat marah, menangis tanpa sebab, atau menjadi pendiam.

Bagaimana menyusun jadual yang lebih seimbang?

Tujuan jadual harian di rumah mahupun di sekolah bukan untuk memenuhi setiap jam yang ada, tetapi untuk menyusun waktu dengan baik.

1. Pastikan anak dapat tidur yang cukup

jadual harian anak
Anak anda memerlukan tidur yang cukup setiap hari.
Tahukah anda, kanak-kanak sekolah rendah memerlukan 9-11 jam waktu tidur setiap malam? Ini bermakna, jika anak anda bangun tidur pukul 6 pagi, pukul 9 malam mereka perlu tidur.
Jika kelas tambahan anak habis pukul 10 malam, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula keputusan anda.

2. Utamakan kualiti berbanding kuantiti

Niat anda untuk mendaftar kelas-kelas menarik sudah bagus, tetapi tidak bermakna si cilik perlu melakukannya sekaligus. Tanya anak anda aktiviti apa yang mereka gemari dan kemudian fokus pada satu atau dua pada satu masa.

Dengan utamakan kualiti berbanding kuantiti dapat membantu anda membuat jadual harian anak di rumah dan sekolah dengan lebih baik.

Wang yang akan dibelanjakan pun akan berkurang, anda pun tidak stres dengan jadual anak anda!

3. Pastikan ada waktu lapang setiap hari

Ya, waktu yang kosong itu perlu. Di sinilah perkembangan otak dan kreativiti anak anda terbentuk bagi memberi peluang badan mereka rehat, berfikir semula apa yang telah dipelajari dan menjadi diri sendiri.

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak bagi menstabilkan emosi setelah penat bersekolah :

Kesimpulan

Jadual harian anak yang padat perlu mengambil kira umur dan tahap kecenderungan anak anda. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan anak penat, tertekan dan hilang minat belajar.

Hal ini kerana, zaman kanak-kanak tidak akan berulang. Biarlah mereka membesar dengan kenangan bahagia, bukan tekanan yang tidak perlu.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

About Sleep.
https://www.cdc.gov/sleep/about/index.html . Accessed on March 4, 2026

Is Your Child Overscheduled?. https://www.fessenden.org/blog/is-your-child-overscheduled . Accessed on March 4, 2026

The Impact of Overscheduling Children: Finding Balance in a Busy World. https://www.pennfoundation.org/news-events/articles-of-interest/the-impact-of-overscheduling-children-finding-balance-in-a-busy-world/ . Accessed on March 4, 2026

5 Signs Your Kids May Be Too Busy. https://www.urmc.rochester.edu/news/publications/health-matters/5-signs-your-kids-may-be-too-busy . Accessed on March 4, 2026

How Sleep Deprivation Affects the Human Body. https://www.verywellhealth.com/what-are-the-physical-effects-of-sleep-deprivation-3015079 . Accessed on March 4, 2026

Sleep and Memory. https://sleep.hms.harvard.edu/education-training/public-education/sleep-and-health-education-program/sleep-health-education-88 . Accessed on March 4, 2026

Why overscheduling hurts your child and 6 tips to prevent it. https://www.ymcagta.org/blog/how-to-avoid-overscheduling-your-kids . Accessed on March 4, 2026

Versi Terbaru

10/03/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Cuti Sekolah Bukan Alasan Anak Melekat Gajet. Ini 4 Cara Mudah Ibu Ayah Boleh Hadkan Penggunaan Gajet Anak!

Parent, Kekal Bertenang & Lakukan 4 Perkara Ini Apabila Anak Tantrum


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan