backup og meta

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2021, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2021, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Ibu bersalin pasti teruja ketika menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan. Selalunya, bayi yang baru lahir akan disambut meriah oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

Namun, di sebalik raut wajah girang ibu dan bapa, mereka mesti rasa risau akan kesihatan anak mereka. Manakan tidak, kalau ramai-ramai yang datang melawat, takut jatuh sakit pula bayi nanti!

Tapi, kalau tak bagi mereka pegang atau cium, nanti terasa hati pula! Macam mana ni?

Adab melawat ibu dan bayi yang baru lahir

Jangan tambah kerisauan yang ada di dalam hati ibu dan bapa bayi yang baru lahir. Seperti ramai yang sudah maklum, banyak kajian yang telah membuktikan bahawa kuman boleh merebak kepada bayi melalui ciuman dan pelukan.

Oleh itu, kerisauan para ibu bapa tentang kesihatan anak mereka adalah berasas. Jika boleh, berilah kerjasama kepada ibu dan bapa baru ini serta hormat akan permintaan mereka.

Jika anda ingin melawat rakan atau saudara anda yang baru bersalin di hospital, cuba baca artikel kami untuk panduan. Mana tahu boleh membantu!

1. Telefon dulu sebelum datang melawat bayi

Ingat tu, jangan main terjah je! Jika anda ingin ke hospital, pastikan anda telefon dulu sebelum melawat.

Walaupun anda nampak si ibu update di Facebook atau Instagram mengenai kelahiran anak mereka, itu tidak bermakna anda boleh pergi melawat sesuka hati.

Lebih baik jika anda call dulu sebelum datang. Anda juga boleh kirimkan mesej melalui aplikasi whatsapp.

Jika mereka beri kebenaran, pastikan anda beritahu mereka pukul berapa anda akan datang melawat. Mudah buat ibu tersebut bersiap sedia untuk menerima anda sebagai tetamu!

2. Jangan cium atau peluk bayi

ibu bersalin

Pastikan anda tanya ibu dulu jika anda ingin menyentuh bayi.

Bayi yang baru lahir amatlah sensitif terhadap keadaan sekeliling. Mereka juga lebih mudah mendapat jangkitan dan jatuh sakit.

Disebabkan kita juga masih lagi berada di dalam pandemik COVID-19, pasti anda sudah biasa bukan dengan aktiviti membasuh tangan?

Oleh it, basuhlah tangan anda dulu atau gunakan hand sanitiser sebelum memegang bayi. Jika ibu beri kebenaran, anda boleh pegang bayi secara perlahan-lahan.

Tapi, kalau boleh elakkan terus daripada mencium atau memeluk bayi ya!

3. Periksa dulu kesihatan anda sebelum melawat bayi

Kalau anda rasa tidak sihat, jangan datang melawat bayi! Tunggu sehingga anda dan ahli keluarga sihat terlebih dahulu sebelum anda pergi melawat.

Jika anda mempunyai anak yang ramai, mungkin boleh tinggalkan mereka di rumah dan datang berdua dengan suami sahaja.

Kanak-kanak boleh sebarkan kuman kepada bayi. Kami faham anak-anak anda mungkin juga rasa teruja untuk melawat bayi, namun buat masa sekarang, tunggu dulu ya!

4. Bawa buah tangan untuk ibu bersalin

Cuba tanya ibu yang anda ingin lawati jika dia ada mengidam untuk makan sesuatu. Pasti si ibu akan berterima kasih jika anda mampu berikan makanan yang dia inginkan!

Kalau ibu tersebut tidak minta apa-apa, anda berilah buah-buahan ataupun hadiah kecil tanda ingatan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

5. Jangan komen macam-macam

Ibu yang baru melahirkan anak boleh jadi amat sensitif terhadap komen daripada orang sekeliling.

Oleh itu, cuba elakkan daripada cakap sesuatu yang boleh mengguris hati si ibu. Selain itu, anda juga tidak perlulah sibuk memberi nasihat kecuali diminta ketika melawat ibu dan bayi.

Si ibu baru sahaja melalui pengalaman bersalin yang mungkin meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Cuba tunggu dan beri masa kepada ibu. Lambat-laun, dia akan cerita juga setelah dia bersedia.

Jadilah pendengar setia kepada masalah-masalah yang mungkin ditanggung ibu tersebut.

Jika ibu terlalu tertekan, hati-hatilah, mungkin ibu menghidap postpartum depression ataupun meroyan! Meroyan bukan mitos malah ia adalah penyakit yang amat serius.

Oleh itu, jika anda pergi melawat sahabat ataupun saudara-mara anda di hospital, cuba jangan tanya macam-macam. Tetapi, dalam masa yang sama, jangan abaikan mereka!

6. Jangan lupa balik rumah pula!

Jangan melawat lama-lama ya. Ibu dan bayi perlukan rehat yang mencukupi. Oleh itu, pastikan lawatan anda tidak melebihi sejam.

Lagipun, bukan anda sahaja yang datang melawat. Ada ramai lagi sanak-saudara lain yang datang berkunjung.

7. Sabar ketika melawat bayi baru lahir

Anda tidak dibenarkan melawat? Sabar dan tunggu hingga ibu dan bapa bayi berikan anda lampu hijau ya!

Pasti mereka risaukan kesihatan anak mereka. Hormati keputusan mereka dan bersikap prihatinlah terhadap keadaan ibu.

Mungkin anda boleh melawat ketika ibu bersalin dan bayi baru lahir ketika mereka sudah berada di rumah. Pasti lebih selesa untuk ibu menerima anda sebagai tetamu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ABC Life. 2019. Setting the rules for visitors when you have a newborn baby. June 26. Accessed June 22, 2020. https://www.abc.net.au/life/setting-the-rules-for-visitors-after-you-have-a-baby/11229516#:~:text=Wait%20for%20an%20invite%20before,wanting%20to%20visit%20their%20newborn.
  2. Healthy Mama Hacks. n.d. 25 Rules for Visiting a Newborn. Accessed June 22, 2020. https://healthymamahacks.net/rules-visiting-newborn/.
  3. Motherly. n.d. 10 crucial rules for visiting a newborn. Accessed June 22, 2020. https://www.mother.ly/life/10-crucial-rules-of-visiting-a-newborn.
  4. Stanford Children’s Health. n.d. Maternity Unit Visiting Guidelines. Accessed June 22, 2020. https://www.stanfordchildrens.org/en/service/pregnancy-newborn/maternity-unit-visiting-guidelines.
  5. The University of Texas Southwestern Medical Center. 2018. Should I have visitors in the hospital while my baby is being born? September 25. Accessed June 22, 2020. https://utswmed.org/medblog/labor-newborn-visitors/.

 

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain - Ada Yang Sampai 480 Hari!

Ibu Yang Bersalin Normal Tinggi Risiko Masalah Faraj Longgar? Adakah Ini Benar?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan