
Memang tidak dapat dinafikan, susu ibu atau susu badan adalah sumber susu yang paling terbaik buat bayi. Disebabkan itu, majoriti para ibu akan memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan.
Pun begitu, mungkin ada segelintir para ibu yang tidak berpeluang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu ekoran gaya hidup mereka. Ini kerana ada ibu yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka.
Jadi, mereka terpaksa mencari alternatif dan penyelesaiannya, mereka perlu mencari susu formula terbaik untuk bayi! Bagaimana? sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Susu formula, setanding susu badan ibu?
Sebenarnya, terdapat beberapa lagi sumber susu selain susu ibu yang mampu menjadi alternatif buat bayi. Antara sumber susu tersebut adalah susu segar dan susu formula.
Seperti yang diketahui umum, susu segar adalah sumber susu daripada haiwan organik seperti lembu atau kambing.
Pun begitu, kebanyakan pakar beranggapan bahawa ia kurang sesuai buat bayi. Oleh itu, pakar akan menyarankan susu formula sebagai alternatif.
Walau bagaimanapun, agak sukar buat ibu bapa mencari susu formula yang paling bagus untuk bayi ekoran terlalu banyak pilihan yang ada.
Di pasaran sahaja, bermacam-macam produk susu formula yang dijual untuk diminum oleh bayi. Persoalannya, yang manakah merupakan susu formula yang paling sesuai untuk bayi?
Panduan memilih susu formula untuk bayi
Mungkin para ibu bapa terutamanya yang masih baharu masih ragu-ragu ekoran kurangnya pengalaman memilih produk susu formula paling bagus untuk bayi.
Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.
Berikut merupakan tip-tip tersebut:
#1. Kenali jenis-jenis susu formula
Perkara yang paling utama adalah anda perlu ketahui terlebih dahulu bahawa terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi.
Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:
- Susu lembu – Ia adalah yang paling banyak dan mudah dijumpai namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi yang tidak sesuai.
- Susu kambing – Kini, ia semakin popular kerana ia dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
- Susu soya – Buat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan, ini merupakan pilihan yang paling sesuai.
- Susu formula berkeperluan khas – Dalam sesetengah kes, contohnya bayi yang pramatang atau mempunyai alahan tertentu, mereka memerlukan susu formulasi khas seperti yang disarankan oleh doktor.
Jadi, pilih dengan bijak untuk mendapatkan susu formula paling sesuai untuk bayi anda.
#2. Pilih mengikut usia bayi
Mungkin masih ramai lagi ibu bapa yang tidak tahu bahawa terdapat penggolongan susu formula berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan si comel anda.
Jadi, ikutilah penggolongan ini berpandukan kepada label susu formula untuk mencari sumber susu formula yang paling bagus untuk bayi terutamanya jika mereka masih berusia bawah 6 bulan.
#3. Baca label dengan teliti
Lantaran itu, anda perlu membaca label susu formula dengan sangat teliti.
Anda perlu tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda.
Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.
#4. Cuba sampel terlebih dahulu
Ya, memang agak sukar untuk ibu bapa menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja.
Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit.
Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.
#5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja
Akhir sekali, anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus.
Sesetengah produk susu mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka sahaja.
Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.