backup og meta

Selamat Ke Guna Pencuci Pinggan Untuk Cuci Botol Susu Anak? Parents Wajib Ambil Tahu!

Selamat Ke Guna Pencuci Pinggan Untuk Cuci Botol Susu Anak? Parents Wajib Ambil Tahu!

Sabun pencuci botol susu sering menjadi antara item yang ‘terlepas pandang’ semasa membeli persiapan barangan bayi. Tetapi penting ke pencuci tersebut atau boleh sahaja menggunakan sabun pencuci pinggan di rumah?

Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kekerapan membasuh botol susu

American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan ibu bapa untuk mencuci botol susu bayi selepas setiap penyusuan. Ini penting bagi mengelakkan sisa susu menjadi berkerak.

Bayi yang berumur bawah 3 bulan masih mengembangkan sistem imun dan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria.

Disebabkan itu, amat penting untuk membasuh botol menggunakan sabun pencuci botol susu atau ia boleh mendedahkan bayi kepada risiko seperti:

pencuci botol susu
Botol susu perlu dicuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci yang sesuai.

Gigi rosak

Kerosakan gigi bayi boleh berlaku akibat pendedahan kepada cecair untuk jangka masa yang lama, seperti jika anda membiarkan si kecil tidur dengan botol susu yang mengandungi air bergula.

Ini membolehkan bakteria penghasil asid terkumpul di dalam mulut mereka dan menyebabkan pereputan. Terdapat juga kemungkinan susu formula mungkin mengandungi bakteria – yang boleh membiak jika botol dibiarkan pada suhu bilik.

Rotavirus

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menjelaskan gastroenteritis virus dalam perut boleh merebak melalui sentuhan objek atau permukaan tercemar.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu kerap mencuci tangan, termasuk sebelum menyediakan susu bayi.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Jangkitan Cronobacter

Kuman Cronobacter boleh mencemari makanan kering, serbuk seperti susu formula bayi dan seterusnya, botol susu.

Bakteria jenis ini boleh menyebabkan jangkitan darah yang sangat jarang berlaku tetapi berpotensi mengancam nyawa dipanggil sepsis, terutamanya pada bayi.

Penting ke menggunakan sabun pencuci botol susu?

pencuci botol susu
Berus untuk mencuci botol susu anak.

Ya, sangat penting untuk anda menggunakan sabun cuci botol bayi terbaik! 

Ini kerana susu mengandungi lemak dan protein yang tidak boleh dibasuh dengan hanya menggunakan air kosong. 

Sebelum mensteril botol, pastikan anda mencucinya dengan detergen pencuci bersesuaian bersama berus pencuci botol susu dan dibilas dengan bersih.

Bolehkah menggunakan sabun basuh pinggan?

Perbezaan antara kedua-dua sabun pencuci ini adalah kesannya kepada botol dan aksesori bayi.

Pencuci botol susu bayi merupakan alternatif lebih selamat berbanding cecair pencuci pinggan biasa yang mengandungi bahan keras yang sebaiknya dielakkan – dikaitkan dengan kerengsaan kulit, gangguan endokrin, ekzema dan tindak balas alahan.

Tetapi sabun akan dibilas juga, jadi apa masalahnya.

Betul kenyataan tersebut, namun ia tidak bermakna ia pilihan yang terbaik untuk si manja.

Hakikatnya, setiap ibu bapa sentiasa dinasihat dan disarankan menggunakan sabun pencuci botol susu bayi kerana ia bebas daripada bahan kimia dan toksin.

Jika botol tidak dicuci dengan betul, bahan kimia daripada sabun pencuci pinggan boleh meresap ke atas lapisan botol. Apabila dipanaskan dengan susu, bahan kimia ini boleh mencemari botol.⁠ Sudah tentu anda tidak mahu mengambil risiko bayi tertelan bahan kimia ini!

sabun pencuci botol susu
Cara untuk mensterilkan botol susu anak.

Sabun pencuci botol susu: Cara membersihkannya

Kebanyakan ibu bapa akan membasuh botol susu yang telah diguna menggunakan tangan, betul tak? Tetapi apakah cara yang betul untuk melakukannya?

Perkara paling utama adalah tangan perlu dicuci dengan berus pencuci botol susu dan setiap bahagian botol ditanggalkan dan dibilas dengan bersih.

Kemudian gunakan air panas dan sabun pencuci botol susu yang mencukupi untuk membunuh kebanyakan mikroorganisma dan membersihkan botol.

Sebaiknya, pencuci botol susu tanpa pewarna dan bebas pewangi merupakan pilihan yang paling disarankan untuk mencuci botol bayi.

Langkah seterusnya dalam membasuh botol bayi adalah dengan membilas setiap bahagian botol dan puting sehingga sebarang kesan sabun hilang.

Kemudian setiap item hendaklah diletakkan di atas tuala bersih untuk pengeringan udara. Pastikan tuala pengering itu dicuci dan dikeringkan dengan kerap.

Botol susu perlu dipastikan kering sepenuhnya sebelum disimpan. Memasang botol dan meletakkan ia di dalam kabinet dalam keadaan basah boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan pertumbuhan mikrob. 

Mensterilkan botol hendaklah dilakukan sebelum ia dikeringkan dan sebelum ia disimpan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang sabun pencuci botol susu, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Safe Bottle Feeding (Use of Bottle For Feeding). http://www.myhealth.gov.my/en/safe-bottle-feeding-use-of-bottle-for-feeding/, Accessed on Jan 25, 2023
  2. Cleaning and sterilising baby bottles. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/cleaning-and-sterilising-baby-bottles#, Accessed on Jan 25, 2023
  3. How to Clean, Sanitize, and Store Infant Feeding Items. https://www.cdc.gov/hygiene/childcare/clean-sanitize.html, Accessed on Jan 25, 2023
  4. Bottle-feeding: cleaning and sterilising equipment. https://raisingchildren.net.au/newborns/breastfeeding-bottle-feeding/bottle-feeding/bottle-feeding-equipment, Accessed on Jan 25, 2023
  5. Guide to Baby-Safe Bottles & Formula. https://www.ewg.org/research/guide-baby-safe-bottles-formula,  Accessed on Jan 25, 2023

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ibu Perhatikan Jika Bayi Lakukan 6 Perkara Ini, Maknanya Si Manja Mahukan Susu

Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan