Puting Sakit Ketika Menyusu Bayi? Ini 6 Tip Ibu WAJIB Buat Di Rumah, Barulah Tak Sakit Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai seorang ibu yang menyusukan si manja dengan susu badan, sudah pasti anda pernah mengalami puting sakit ketika menyusu bayi anda bukan? Anda tidak perlu terlalu risau kerana ia adalah sesuatu yang normal terutamanya di awal kelahiran bayi.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan ia berlaku dan apakah yang boleh dilakukan? Dan adakah masalah itu boleh dirawat?

Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya. Jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi!

Apakah punca puting sakit ketika menyusukan bayi?

puting

Ya, ia mungkin normal. Namun, sudah pasti kita akan tertanya-tanya apakah perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan puting sakit ketika menyusu bayi antaranya:

  • Payudara bengkak kerana penuh susu
  • Lekapan mulut bayi ke puting payudara yang tidak betul
  • Puting luka kerana posisi menyusu yang salah
  • Puting luka kerana digigit bayi
  • Pam payudara tidak digunakan dengan betul
  • Menyusu bayi terlalu lama
  • Memakai baju dalam yang terlalu ketat
  • Memiliki puting yang tenggelam
  • Memiliki puting yang sensitif terhadap kesejukan (vasopasm)
  • Bayi mempunyai masalah frenulum yang terbatas

Selain itu, puting sakit sebab menyusu bayi juga mungkin disebabkan jangkitan yang berpunca daripada kulat susu atau mastitis. Untuk lebih kepastian, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika ia berlaku kepada anda!

Apakah yang boleh dilakukan?

puting sakit ketika menyusu

Baiklah, sekarang kita sudah jelas mengenai punca ia berlaku. Namun, apakah yang boleh dilakukan selain berjumpa dengan doktor? Tenang, ini apa yang para ibu boleh lakukan sendiri di rumah:

#1. Tuamkan puting dengan air suam

Pertama sekali, anda boleh cuba gunakan cara semula jadi iaitu dengan menuam puting payudara anda yang telah dibasahkan dengan air suam dengan perlahan-lahan. Ulangi proses ini sehingga bengkak pada puting dan rasa sakit itu hilang dengan sendirinya.

#2. Sapukan  puting dengan susu ibu

Selain itu, anda juga boleh menggunakan petua orang lama iaitu sapukan susu ibu pada kawasan puting anda. S

etelah disapukan dan dikeringkan, pakai semula baju dalam anda dan jalani kehidupan seharian seperti biasa. Ya, ia mungkin kedengaran seperti mitos, namun apa kata anda mencubanya terlebih dahulu?

#3. Betulkan lekapan mulut si manja

Anda juga boleh memerhatikan lekapan mulut bayi anda. Pastikan kedudukan puting dekat dan mudah dicapai oleh mulut bayi bagi mengelakkan puting tertarik daripada kedudukan sepatutnya.

Caranya, anda perlu memastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu, bibir bawah bayi terjuih keluar dan mulut bayi terbuka lebar semasa menyusukan bayi.

menyusu bayi

#4. Betulkan posisi ketika menyusu

Posisi menyusu yang salah merupakan antara punca utama keadaan ini berlaku. Oleh itu, anda perlu betulkan posisi anda agar kedua-dua anda dan bayi berasa selesa ketika penyusuan.

Sebaiknya, gunakan bantal untuk menyokong bayi ketika mendukungnya. Atau, anda juga boleh menyusukan bayi ketika berbaring di atas katil. Ini lebih mudah dan tidak memberi tekanan kepada anda.

#5. Tetapkan waktu untuk menyusu

Kekerapan menyusu yang paling ideal adalah 2 hingga 3 jam sekali. Ini adalah sangat penting untuk mengawal kadar penghasilan susu bagi menghalangnya daripada membengkak.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi puting dan payudara anda berehat daripada aktiviti penyusuan yang kadangkala boleh mendatangkan kepenatan.

#6. Gunakan krim dan ubat pada puting

Jika kesakitan yang dialami itu terlalu melarat, anda perlu berjumpa doktor untuk berbincang mengenai penggunaan krim atau ubat untuk merawat puting sakit ketika menyusu bayi.

Namun begitu, anda perlu memastikan krim yang disarankan tidak mengandungi lanolin yang mampu mengakibatkan alahan dan tidak mempunyai bau busuk yang menyebabkan bayi menolak untuk menyusu.

Konklusi

Terdapat beberapa punca puting sakit ketika menyusu bayi. Selalunya ia terjadi pada awal proses menyusu bayi, terutamanya pada minggu-minggu pertama selepas kelahiran si manja.

Namun, anda tidak perlu risau kerana kami telah senaraikan beberapa cara untuk anda merawatnya sendiri di rumah. Jika keadaan yang dialami masih berlarutan atau bertambah teruk, segera berjumpa doktor untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Tempoh selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu berisiko meroyan selepas bersalin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Mata kuning adalah istilah perubatan dikenali sebagai jaundis. Penyakit kuning ini berlaku apabila tahap bilirubin menjadi terlalu tinggi di dalam darah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/01/2021 . 3 minit bacaan

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
mengecilkan payudara

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
cecair puting tanpa menyusu

Tak Menyusukan Bayi, Tapi Kenapa Ada Cecair Pada Puting? AWAS, Warna Jernih Petanda Barah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/02/2021 . 3 minit bacaan